Pages

the clown is here

:)

Sunday 29 January 2017

Aktiviti cuti sekolah

Assalamualaikum..

#Cadanganaktiviticutisekolah

Amboi amboi. Mementang cuti sekolah bukan main lama. Terus up cadangan aktiviti cuti sekolah. Padahal dah berzaman tingalkan dunia persekolahan. Muahaha.

Just a suggestion. Tapi tak sesuai untuk semua lah. Mungkin sesetengah je sebab zaman sekarang kan dah berubah. *rolling eyes*

So the suggestion is..


Eh apeni? Belum apa2 dah kena cili. Haha.

Takda. Apa kata cuti2 ni kita semua berkebun (i.e. Pergi ke kebun pun boleh). Haha. Bila kerja ke sekolah ke mana ada masa kan? Banyak alasan nanti penat lah sibuk lah, ha lagi apa alasan nak bagi. So bila cuti ni, salah satu aktiviti yang no cost dan paling jimat adalah berkebun, kutip sayur segala bagai. Nak lagi jimat? Pergi berkebun kat kebun orang. Macam kes aku. Haha.

Setiap kali balik kampung (bukan masa cuti je), memang mak suka sangat2 pergi kutip sayur lah, petik cili lah, kutip segala pucuk yang ada, buah lagi. Haih memang meriah kalau kat kampung. Kalau rajin aku tolong lah sekali. Kalau tak, hmmm tolong doakan hasil mak banyak jela nak bawak balik rumah nanti. Haha.



Hasil doa aku, nampaknya cili tu membiak dalam bakul tu. Haha.

Best pergi kebun kat kampung ni. Lagi best lepas hujan. Sejukkk. Nyaman je nak kutip sayur. Setiap kali balik kampung ada je sayur mak dapat. Murah rezeki makcik aku. Macam2 dia bagi. Macam2 kitorang ambik.

Dan salah satu kelebihannya adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan. Ayat karangan tau. Kan selalu time sekolah dulu naik je cuti dapat kerja sekolah wajib, karangan bertajuk "Aktiviti cuti sekolah saya". Ha apa lagi ni lah masanya curi idea. Haha.

Time ni lah segala sedara mara nak turun sekali. Jengah kawasan. Sambil tu borak kisah2 lama. Nostalgia okay. Best je dengar bila mak dengan makcik aku cerita kisah dorang dulu. Macam mana dorang dulu hidup adik beradik ramai, makan pakai apa ada je. Sekarang aku tengok adik aku lebih sikit je dah merajuk. Dasar. Haha.

Okay sambung


Mak yang tengah sembelih serai gemuk. Haha.


Serai  kat kampung tanam sendiri memang gemuk2 okay. Tak macam beli kat supermarket ke apa. Kurus je. Macam belum cukup umur. Haha. Mungkin nak cepat jual ke apa kan. Eh yang ni aku main cakap je. Jangan terpedaya pulak dengan kata2 aku. Aku mana tau serai cukup umur macam mana. Haha.


Dan beranak lagi. Limau dan serai. Haha. Baku besar boleh isi macam2. Selagi nampak depan mata, selagi tu penuhkan bakul.



Korang tau ke ni apa? It's black pepper yawww

Macam2 lagi ada kat belakang rumah semua tu. Tapi tak sempat ambik gambar. Sebab tangan penuh pun satu hal. Mana nak pegang pisau lagi, mana nak tolong pegangkan pucuk betik mak lagi, dua tangan tak cukup. Haha. Kena prepare plastik siap2. Terus siap bungkus fresh dari kebun. So balik rumah boleh berlenggang kangkung tapi tangan penuh plastik.


Dan muka dengan bakul pun takda beza. Sekian.

So korang, cubalah berkebun mana rumah ada tanah tu. Kalau takda tanah, buat macam aku. Balik kampung dan kacau tanah orang. Haha.

Enjoy your holiday :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...