Pages

the clown is here

:)

Monday 16 June 2014

BigFood

Assalamualaikum..

semester break yawww! wohoooo

sesiapa yang macam pelik apesal semester break aku macam cepat sangat tu jangan pelik please. UTM memang serba serbi nak lebih awal daripada yang lain. start sem pun awal, so adillah kot cuti pun awal. haha. eleh padahal baru kali ni je macam cepat sikit. ada je budak UTM yang ada exam lagi. booo ain booo

macam aku, last paper aku adalah 12 Jun masatu. hari khamis petang. dan aku kali ni tak berapa nak gelojoh sangat lah balik rumah. Jumaat pagi tu baru balik rumah. so Khamis tu ada lah masa sikit lepas exam tu nak kemas2 barang semua kan. tak kuasa aku nak mengemas masa exam. penat hokey. bila penat macam mana nak study? ha cuba cakap? ok alasan. haha

dan oleh sebab lepas exam tu masih ada masa, so marilah kita celebrate sikit our second last semester kat UTM sebagai pelajar full time. (another one semester kitorang ada intern selama 6 bulan, so maksudnya tinggal satu sem jela kat UTM ni. sobs)

everyone of us agreed to end our semester with fooooood. oh no, please siapa yang tak setuju kalau pasal makan. haha. and we chose BigFood for this time. onnomnomnom




BigFood ni terletak kat area Nong Chik, JB. tepi jalan je. senang nampak. kalau dah sampai Nong Chik tu dah senang dah nak identify which one BigFood Cafe ni. dia ada kat hujung sekali, corner lot.

cadangan makan ni dah lama dah. sejak dari sebelum exam lagi. konon dapat bagi semangatlah kat semua. haha. oh kalau nak tau lagi, sebenarnya kitorang ni siap ada geng food hunting lagi hokey. benci je kan. macam mana nak elak kalau dah macam ni. haha.

makanan kat sini ada macam2 choices. western ada, nak nasi2 pun ada, dessert jangan cerita lah, banyak juga pilihan dia. nyums





 kau tengok budak tu. konon cool je kan tunggu makanan. padahal. herm malas lah nak cakap. korang faham2 jelah sendiri.

 mari jamu mata korang dengan makanan kitorang haritu.




yang ni lupa nama dia. supreme something something. ahahaha. tapi yang ni kitorang share lah sebab banyak kot. dalam tu ada banyak, ada sosej, mashed potato, daging ayam, lembu, kambing, semua lah. semua dalam satu. berbaloi lah so semua dapat rasa. masatu kitorang share 6 orang.


hani's


spaghetti bolognese. sedap dan banyak. baguslah untuk sesiapa yang kuat makan. sebab memang banyak gila. masa sampai tu kitorang semua terkejut sebab yang order ni hani. hani tu dahlah kecik je orangnya. sekali sampai hamek kau satu pinggan besar dia bagi. nak menangis hani nak habiskan. haha.


amy's


ni burger mushroom ape entah. aku ingat burger dengan mushroom dia tu je. haha. sedap sangat. datang sekali dengan fries tu. pun menangis nak habiskan.


tina's


chicken chop. tina nak try ni atas suggestion pekerja kat sana. dia kata chicken chop dia lain sikit daripada chicken chop yang biasa tu. so korang pun bolehlah tengok sini apa yang lainnya kan. ayam dia tu ada sos macam tu. ada mashed potato jugak dan sayur2 tu. ada terung, baby tomato dan lain2.


tia's


tomyam soup. tia memang ke mana2 pun, semua dia nak minta tomyam. bawak pergi Jepun ke Venice ke agaknya tomyam jugak dia carik nanti. haha. yang ni sedap. pekat tomyam dia. tapi banyaknyaaa T_T apa aku boleh cakap, sedap dan meriah sebab banyak lauk dia dalam tu. daging lah, ayam lah, macam2. haha.


tia's


tia sorang je yang beli kek. dari awal lagi dia dah tengok2 kek yang ada. dan ni lah pilihan dia. oreo cheese cake. ni nama je kek dia, tapi macam jadi hak milik semua orang. haha. sedap jugak. tak muak sangat.

 eh eh,apesal macam aku punya tak ada je. haha. ada sebenarnya, cuma takda gambar je. aku kongsi dengan Mia. Persian Fried Rice. datang dengan dua jenis lauk ayam. satu tu macam percik sikit kuah dia, satu lagi tu macam ayam masak merah tapi bukan. tak tau nak kata macam mana. so korang kenalah cuba ye.




burppp Alhamdulillah..

apa yang aku boleh cakap, tempat ni sangat best. selesa. cantik. banyak pilihan. dan silalah cuba. tu je nak cakap.




Selamat Mencuba !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...