Pages

the clown is here

:)

Sunday 31 January 2016

Cookies & Ginger, Adda Height

Assalamualaikum..

Hmm of course lah pasal makanan lagi.

Kali ni kita review sikit pasal satu restoran kat Adda Height, JB. Nama restoran ni Cookies & Ginger. Kalau lalu highway kempas tu boleh masuk exit Bandar Dato Onn dan dari situ carilah korang Adda Height. Malas aku nak explain. Sebab aku pun guna Waze je. Muahahaha.

Restoran ni bukak hari-hari dan tutup hari Rabu. Ingat tu Rabu tak bukak tau. Jangan jadi macam aku sering dikecewakan gara-gara terlupa sendiri Rabu dia tutup. Haha.

Nah waktu operasi dia untuk senang faham.

Isnin-Selasa & Khamis : 5.00 petang sampai 10.00 malam
Jumaat-Ahad : 5.00 petang sampai 10.30 malam

Yang masa ni aku pergi lepas balik kerja. Hari Jumaat tu, singgah UTM ambik seseorang dan berdesup ke sini. Kalau dari UTM Skudai tu dalam 15 minit je kot. Ke kurang. Macam tula.


Dan ni lah "seseorang" tu. Miaaa

Aku datang sini dua kali. Yang dengan Mia ni kali kedua. Dan dua2 kali ni memang sentiasa lah ramai orang. Penuh je. Parking toksah cakap lah. Pusing kali kedua baru dapat tempat kosong. Fuhh

Makanan kat sini sedap sangat. Apa yang aku makan? Meh ler tengok gambar.




Yang atas tu Mia punya, salmon. Aku punya yang bawah chicken chop. Sorry lah aku lupa apa entah nama menu ni. Tau makan je. Haha. Dia lain sikit lah dari menu chicken chop biasa which is dia ada nasi macam nasi goreng tapi tak tau lah nasi apa sebenarnya. Sedapppp. Aku belek2 nasi tu macam sayang nak makan. Tapi sedap serius tak tipu wei.

Aku punya menu dengan Mia punya beza salmon dengan ayam je kot. Nasi dengan vegie tu semua sama. Sos dia kat ayam tu pun sedap. Ahh senang cakap sedaplah. 


Brownies


Lepas tu kitorang order Brownies seperti yang tertera di atas lepas nampak ada meja sebelah order lepas tu kitorang pun tergoda. Haha. Yang ni pun sedap. Brownies dia masih suam2 macam tu, tambah dengan vanila ice cream tu ohmaiiii. Sedap je mencair dalam mulut. Lepas tu dia tak manis sangat. Kira takdalah rasa nak pitam kemanisan makan brownies ni. Korang faham kan keadaan yang bila kita makan benda manis gila sampai gigi pun rasa nak tercabut time tu jugak. Aku banyak kali kena bila makan brownies ke kek ke. Tapi yang ni sedang elok je lah. Pulak kombinasi dengan ice cream tu, lagi lah kick.




Jenguk sikit suasana dalam restoran ni. See? Penuh je. Yang ni pun kitorang nasib dapat duduk dalam sebab ada seat kosong. Awal2 masa order tu kitorang masih kat luar duduk meja yang 6 kerusi tu sebab dalam semua penuh.

Lepas tu yang datang ni takda lah budak2 remaja yang baru nak up je. Yang kejar cafe hipster semata. Kat sini ada yang family, ada students, kawan2 tempat kerja, siap ada foreigner lagi. Nampak tak dia punya best restoran ni sebab tu mampu tarik ramai orang tak kira siapa.

So far (untuk dua kali ni jela haha), aku rasa makanan dia sangat2 best. Yang first time aku datang tu aku makan fish and chips. Yang tu pun sedap dan banyak dan aku tak mampu habiskan. Haha.
Menu lain aku rasa boleh tahan jugak. Sebab apa aku cakap macam tu. Sebab mata aku dalam makan tu sibuk jugak menjengah meja2 sebelah punya menu. Semua nampak menarik. Dan kawan2 yang pernah datang pun semua cakap sedap dan berbaloi dengan menu yang dorang pilih.

Cumanya dia punya air takdalah banyak pilihan sangat. Tapi aku rasa okay je. Sebab kita datang nak makan bukan nak minum. Haha. Kiranya kalau datang sini, tak payah imagine ada air gelas2 besar ada coklat2 mengalir tu. Takda. Mungkin akan datang kan. 


Kasi sikit. Last.


Dan untuk aku, restoran ni tak macam kedai2 makan hipster yang lain. Yang hanya indah rupa dan harga je. Kat sini sedap dan berbaloi. Servis pun tiptop. Pelayan pun baik. Even owner dia pun rajin datang meja2 customer tanya food okay tak, nak sos tak. Which is great! 

Nak pergi lagi next time. Yay!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...