Pages

the clown is here

:)

Friday 16 May 2014

ke Melaka ke kita?

Assalamualaikum..

tajuk nak wak doyok sangat kan? haha.




abaikan group project entah apa kat bawah tu. planner lah kata kan. haha.

27 April haritu (dan sekarang dah bulan Mei, siput sangat ni. cis), aku dengan kawan2 saja buat jalan2 cari pasal pegi Melaka. orang lain vacation kemaen ke korea ke jepun ke istanbul lah, kitorang rilek je pergi Melaka. 2 jam dah sampai dah. hekeleh sangat. 

tapi takpalah, yang penting pengalaman dan keseronokan tu yang penting kan. ehem

mula2 plan ni ramai yang join. last2 yang dapat pergi cuma 4 orang je. aku, syida, suha, dengan mia.

tadaaaa..


suha - syida - aku


masa pergi mia belum ada lagi. dia datang dari rumah dia kat putrajaya tu naik bas ke melaka. turun kat melaka sentral. so kitorang ambik dia kat melaka sentral tu jela. dahlah memasing tak tahu jalan nak ke melaka sentral tu. so main redah jela ikut signboard. yang penting yakin. haha. dah dok pusing2 bandar melaka yang penuh jalan one way tu. nak jalan sangat kan. ambik kau. -.-"




2 jam dah sampai dari melaka dari utm. lepastu redha dapat saman. kahkah.




tu dia mia si cantik manis dah ada.

ke mana sebenarnya ni? 




ahaaa..
tula ke situ je. A Famosa waterworld. saja nak main2 air. sampai ke melaka main air. kat johor memang takda air agaknya. kah.

alkisahnya decided nak pergi sini sebab syida ada tiket free. beli untuk sorang lagi sorang dapat free. dia ada dua tiket tu. so kitorang 4 orang ni macam ngam2 lah. sorang separuh harga je. konon jimat lah. sekali dah sampai kaunter nak beli tiket tu, dengan yakin je suha dengan mia tunjuk kupon free ticket tu kan. dan dengan yakin jugak akak kaunter tu cakap, "dik, sini A Famosa Waterworld dik, bukan wonderland".

krik krik krik

*merah muka*

haha tula main redah je. yakin tahap tertinggi masing2. dah kena bayar full satu2. haha. tapi redha jela. dah alang2 sampai tu teruskan jela. aku best je pun mana2. haha

masa kat dalam tu takda satu pun gambar. sebab semua barang kitorang simpan kat loker termasuklah handphone dan kamera. takda sapa nak jaga kan. semua nak main2 air. jadi setiap gambar cuma mampu diambik dan disimpan dalam memori ingatan masing2 jela. haha.

semua benda kitorang try kat situ. sanggup naik tangga tinggi2 tu sebab nak main gelongsor tinggi tu. sanggup naik tangga sambil bawak pelampung berat kemaen sebab nak try big ice cream tu. takut tu takut jugak tapi dah naik tetibe rasa best dan nak naik lagi. tapi apakan daya, dia punya azab nak naik bawak pelampung besar tu sangatlah tak terkata. so sekali je dahlah. huhu.

dahlah terpaksa rehat berapa minit sebab hujan. tak kena timing betul time pergi tu kan. redha je lagi sekali. huhu.

bila dah puas, siap2 terus packing nak balik. tapi bukan balik terus pun. ada je idea budak2 ni. beli durian kat luar a famosa tu. yang mahal gila tu. rasa durian jugak, takda lah pulak rasa tambahan coklat ke vanila ke. cis betul uncle durian ni.




gambar atas idea uncle durian tu. siap bagi idea macam ni sebab dia pernah nampak ada pelancong arab buat sama macam ni. yela uncle yela. kitorang layankan lah.

dah beli durian, bawak kemaen jauh. ke pantai klebang baru nak makan. haha. sebenarnya kat a famosa tu dia akan bagi makanan free. so kitorang nak pergi makan makanan yang free tu sampai ke klebang. konon2 nak rasa coconut shake yang famous sangat tu sekali lah. padahal rasa biasa je. ke aku salah beli. tak pasti lah tu. makanan tu taklah free sangat sebenarnya. dia masuk sekali dalam pakej tiket kau bayar tu. untung sangat kalau free kan.

sampai2 klebang dah maghrib dah. tapi lenjan jela. makan laju2 sementara masih ada cahaya. haha. lama jugak kat melaka masatu. malam baru nak balik. masa sampai klebang tu mak baru mesej tanya kat mana, dah balik ke belum. bila aku cakap masih kat melaka baru nak makan ni, pergh dia punya istighfar taknak panjang pulak kan. haha. kesian mak, mesti dia risau anak2 dara dia semua ni tak balik2 lagi. tak remaja lah mak ni. kah.




habis makan barulah gerak balik johor. pukul 11 sampai utm. selamat. alhamdulillah. lepasni kitorang plan nak pergi bercuti kat 7 wonders in the world. setiap satu tu nak jejak. gitohhhh. angan2 nak mat jenin sangat. melampau. haha. takpa mula dengan angan2.



Thursday 8 May 2014

SPRM visit

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan, SPRM visit here it comes. 


tina - kede - me


hari kedua ni kitorang diarahkan pakai baju korporat accounting tu. so semua pun kebiruan lah pada hari tu. senang kalau hilang kat mana2 orang boleh cam. tak payah nak buat pengumuman ke apa ke. haha. oh ye, belakang tu bukan almari ye. jangan confuse. tu baju budak2 ni memasing rajin nak menggantung blazzer diorang. maka mempersembahkan wardrobe SHAC students. haha

visit ke SPRM ni tak banyak gambar sebab dari awal memang tak dibenarkan bawak handphone segala bagai tu. masuk dan kamu hanya dibenarkan menyimpan kenangan indah dalam bentuk memori di dalam kepala saja. mungkin dia saja bagi kita rangsang otak kita, tak payah nak depend on gadget sangat. agaknyalah. haha. ok tak, ada lah dari segi security and all that. korang pun boleh fikir logically kan benda2 gitu. sebagai pelawat kita kena hormat. 




CAKKK!

terkejut kan? saja bagi segar sikit. herm

visit ke SPRM ni sangat menambah pengetahuan lah aku rasa. sebab selama ni jenis tak berilmu sangat. kahkah. maksud aku macam apa diorang buat, apa sistem diorang guna, macam mana keadaan dalam tu, semua tu lah. mungkin boleh agak lah kan. hasil tengok kat dalam tv ke drama tu semua. tapi ni versi real depan mata punya. so lebih meyakinkan lah. haha. 

pape pun best pergi sini. awal2 tu kitorang semua kena ambik gambar. memang gitu konsep dia. sebab gambar tu nanti semasa pelawat tengah sibuk jalan2 melawat sana sini, diorang akan cuci dan framekan gambar tu so that hujung sesi lawatan tu dia akan bagi balik gambar tu kat kita sebagai kenangan. :)

lepastu kat dalam tu menariklah sebab dapat pegi bilik kawad cam, dapat masuk dan tengok lokap dia, pergi bilik pameran dia. dan lastly ada sikit sesi perkongsian antara pihak SPRM dengan UTM. oh masatu ada sekali students dari UMT kot kalau tak silap. so bergabung sekali dengan diorang.

dan habis tu dapat makanan free. bagusnya gini. tolong semua tempat lawatan buat macam ni. kahkah.

kitorang lunch terus kat situ dan keluar dari situ dalam pukul 1.00pm kot. lepastu tak terus balik pun. pergi Alamanda kejap sementara tunggu yang lelaki2 tu pergi solat jumaat kat masjid putrajaya tu. dan gerak balik ke UTM pukul 3.30pm. yeayyy balik! haha




ni lepas keluar je dari SPRM tu. semua dah dapat handphone dengan kamera masing2 terus selfie. memang kami dan selfie berpisah tiada. tapi yang bencinya diorang tak ajak aku sekali. masuk belakang je tu ha si tudung purple tu. setapak dua tapak je lagi nak masuk dalam selfie dah kan. cis sungguh.

-.-''

Sunday 4 May 2014

parliament visit

Assalamualaikum..

ehem.


#SHAC


masa tu, 24 april 2014, kelas aku ada visit ke key yel (KL). pergi mana? lawatan ke parlimen untuk subjek Public Sector Accounting. pergi hari khamis tu, terus ke parlimen.jumaat ke sprm pulak. tapi kali ni cerita pasal first day visit dulu lah ye. yang ke sprm tu next entry inshaAllah.




ni kawan makan saya. nama dia amy. eh ada ke gelaran tu. kalau takda aku nak ada kan jugak. sebab memang tu paling sesuai untuk kitorang. tengok je dalam gambar tu, belum pape dah makan. ni baru je nak gerak ni. dah bukak tupperware makanan. siap bawak bekal roti inti serunding daging tau. aman perut. haha




lepastu masa orang semua sibuk breakfast kat R&R Pagoh aku dengan amy dah kenyang dah. tak ke bagus gitu. jimat kan. dahlah stop sampai dua R&R. satu untuk breakfast. satu untuk lunch. so breakfast dah selesai, lunch jela keluar duit beli makanan. kang kebuluq pulak.

around 1.00pm kot kitorang sampai. tak ingat dah aku. kah




sebenarnya takda cerita sangat pun. lawat ke parlimen. tengok diorang discuss pasal negara (bahasa sopan sangat. hikk). kitorang pergi masatu cuma ada persidangan dewan negara je. kitorang masuk dan dengar jela. nak menyampuk tak boleh. tak dibenarkan langsung sebenarnya. yela kata pun pemerhati kan. so kenalah dengar baik2.

setiap sesi tu 30 minit je. lepas 30 minit keluar lepastu masatu ada sikit sesi soal jawab dengan kakitangan kat sana. sesiapa yang ada soalan masa sesi ni bolehlah tanya.




so tamatlah tujuan utama ke parlimen. tapi yang menariknya trip ke parlimen ni, kitorang punya sesi bergambar. tu je. haha. punyalah banyak sesi. dari sebelum masuk dewan sampai keluar balik. bersambung2. yela kitorang sampai agak awal masatu. so banyak masa terluang tu kenalah diisi. terisinya rasa. -.-

so kalau dah ambik gambar banyak2 apa gunanya kalau tak share dengan korang kan.
dengan itu sila lah tatap. sumpah tak banyak sangat. haha




aku mulakan dengan gambar hari raya ni. tema tahun ni purple+pink. haha. kemaennya aku dengan mia ni tau. masa ni sebenarnya orang lain ramai yang pergi cafe. kitorang tak pergi pun. duduk je dekat depan pintu parlimen tu. depan tu cantik. so apa lagi. kihkih





memperkenalkan kak long SHAC, malaaaaaa...
ceh mia tak dikenalkan pun. haha. ala mia korang mesti dah kenal kan. dah banyak dah dia masuk dalam blog ni. huhu




and this cute and sporting guy is Ong Teik Hoo.
he is too cute to resist. I just cant stop myself from sharing this picture. so, here it is.




 :)




selain gambar2 penuh erti, ada juga yang disalah erti. haha. yang atas ni cadangan si syida lah ni. photographer kitorang. suruh memasing bawak karakter lain2. aku taktau apa entah karakter aku. asal masuk dalam gambar dahlah. haha




banyak lagi sebenarnya. sangat banyak. tapi takkan nak masukkan semua dalam ni kan. T_T




dan dengan itu aku tamatkan dengan ucapan, selamat maju jaya semua. ceh




BYEEEEEE!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...