Pages

the clown is here

:)

Wednesday, 14 February 2018

Greentown Dim Sum Cafe, Ipoh

Assalamualaikum...

Eh alamak ada lagi post masa kat Perak rupanya. Ni last day. Post sebelum ni aku cerita kempunannya aku tak dapat merasa makan kat New Hollywood Restaurant tu kan?

So bagi memenuhi impian aku nak Chinese food gitu, husband dalam diam dok search rupanya dim sum mana halal area Ipoh ni. Bangun-bangun tidur dia ajak makan kat Greentown Dim Sum ni. Siap tunjuk halal gitu kemain yakin dia. Haha.

Aku on je lah. Gila tak on. Bila lagi nak merasa kan. Haha.

Dan bestnya, pagi-pagi lagi dah bukak kedai ni. Kira kitorang siap je check out dari hotel terus menuju ke sini. Masa sampai takda lah ramai orang lagi. Lepas order tu baru ada orang ramai datang in group macam tu.

Kedainya selesa dan pekerja ramah nak layan pelanggan. Menu pun banyak dan dia ada tulis which one yang recommended, signature and everything. So first timer macam aku senang buat pilihan. Haha. But some menu ada yang boleh order on weekend je tak silap. Sebab ada aku order satu menu tu, tiba-tiba pekerja dia cakap tu cuma ada weekend je. So tak dapat merasa.

Apa yang kitorang order haritu?








Nama setiap menu telah dilupakan, namun rasanya masih kekal di hati. Cewah. Semua okay sedap. Cuma mee tu macam mee kicap je kot. Masin berkuah macam tu. Biasa je lah. Mee tarik lagi sedap.

Yang lain tu semua sedap. Memuaskan hati dan mengenyangkan. Walaupun ada yang macam tak cukup sebab 3 ketul je. Tu pun kena bahagi dua dengan husband, mana cukuppp! 




Tapi takpala, bersyukur. Haha. Walaupun nampak macam sikit, sebenarnya boleh tahan kenyang sampai ke petang. Perjalanan hari tu dahlah jauh. Ke utara lagi. Sampai next destination masih kenyang, so okay lah kan?




Mana-mana yang nak cari kedai dia, waze dan cari signboard dia macam ni okay? Senang je nak jumpa.


Tuesday, 13 February 2018

Jalan Ipoh

Assalamualaikum..

Okay, so second day kat Ipoh ni plannya nak berjalan jela. Since hari pertama tu dok makan dan lawat sedara kat Ipoh. Hari kedua baru betul-betul nak berjalan area Ipoh ni.

Awal pagi tu plan kalau ikut aku, nak ke Restoran New Hollywood. Memang famous kan restoran ni. So aku dengan husband pun pergi lah sana. Kedainya hujung macam tak berapa nak nampak signboardnya. Tapi memang nampak ramai gila orang.

Sampai-sampai je rupanya kedai tu jenis banyak-banyak gerai orang jual. Ada jual macam-macam lah jenis makanan. More to Chinese punya makanan lah. Aku memang excited nak cuba, sebab pernah nampak orang post makan kat sini macam best je. Tapi husband aku ni jenis tak boleh kalau tengok cina ke apa yang masak. Walaupun ramai gila orang Melayu makan situ. So takpalah, kitorang cancel makan kat sini. Jalan tempat lain. Sobs.
(Dislaimer : Aku tak kata sini tak halal ke apa, sebab aku pun tak sure. Cumanya case aku ni, suami yang tak suka makan tempat macam tu. Tu je okay :) )

Okay next kitorang terus ke area utama Ipoh Old Town kat Jalan Panglima. Area ni ada Plan B, which is also a famous cafe in Ipoh. Tu pun aku pernah ternampak orang post kat socmed diorang. Hiks. Aku pun excited lah lagi sekali. Dah lah tengah lapar time ni dari pagi tak makan. Minum coffee kat hotel je yang 3 in 1 tu. Haha.

Sampai area ni memang kenalah sangat bersabar. Punyalah sesak. Dengan pelancongnya, dengan local yang nak ke bank ke apa agaknya, sebab area ni agak padat dengan bangunan-bangunan utama. So sabar jela yang paling diperlukan. Dan sekali lagi sabar diperlukan untuk cari parking. Tapi aku advise untuk parking je area parking yang disediakan. Bayar jela RM5 pun walaupun rasa macam nak sekejap je. Sebab daripada kena beli kupon untuk pakai sekali je kan. Ataupun kau rela hati kena saman. So pilihan di tangan anda. Haha.




Dan setelah berjaya parked kereta dan berjalan beberapa kilometer, akhirnya aku sampai jugak Plan B ni dan ambik gambar sahaja! Sebab sekali lagi tak makan. Haha. Okay lupakan pasal makan tu, sebab lastly kitorang pergi Aeon je makan kat Pizza Hut. Lol.




Area ni memang nice sangat. Idea yang fresh and tak typical. Sebab tu dia hipster. Haha. Banyak jalan nak masuk ni. Dan menariknya, setiap celah tu macam ada je benda. Tetibe masuk sini, ada orang jual tu. Masuk sana, ada jual benda lain pulak.





Dan jangan pelik sebab kat mana-mana ada je orang bergambar. Haha. Dah tempatnya cantik. Semua mestilah nak OOTD sikit satu dua kali ye dak?





Best sebab bila dah jalan sini, korang boleh pusing lagi berjalan ke area lain jugak. Sekeliling tu menarik je. Ada je street art, kedai-kedai, cafes, bangunan pun cantik-cantik. Memang area tumpuan pelancong.





Walaupun penat gila berjalan, tapi rasa tetap jugak nak berjalan. Sebab nak merasa semua sekali tu je. Dah tak payah pergi lagi dah next time. Penatttt. Haha. Tu je sebabnya rupanya eh.




Dok sibuk berjalan tiba-tiba terjumpa satu tempat ni macam ada menara jam. Tak sure sebenarnya ada apa kat situ. Jengah macam tu jela sebab time ni dah mula panas. Kitorang dah nak berjalan balik ke parking kerete tu sebenarnya. So tengok-tengok macam tu jela. Lepas tu jalan laju-laju nak pergi makan. Haha.




Apa-apa pun untuk first timer jadi pelancong kat Perak ni, sebenarnya banyak tempat menarik boleh pergi. Ni belum lagi masuk list tempat yang konon nak pergi tapi tak jadi.

 Lost World of Tambun (Ni dok berangan nak pergi air panas dia, last-last tak pergi jugekkk), MAPS (sebab mahal muahaha), Zoo Taiping (ni pun berangan nak singgah jugak tapi tak larattt), Gua Tempurung (next time maybe), dan banyak lagi lah.

Harap-harap kalau ada rezeki pergi Perak lagi, bolehlah singgah ke tempat-tempat yang tak sempat pergi tu. InshaAllah.




Bye Perak. Thanks for being nice to us. Till next time.


Friday, 9 February 2018

Miker Food, Ipoh

Assalamualaikum..

Bila berjalan ni, selain nak cari tempat menarik, mestilah cari makanan-makanan yang best jugak kan. Haha.

Dan oleh sebab kat Ipoh ni ada sedara aku duduk sini, senanglah nak refer mana best. Cousin aku suggest kedai Miker Food ni. Dia kata pizza dia best. Try tengok apa yang best sangat tu. Luls

Miker Food ni dekat je dengan Padang Ipoh. Kalau jalan tepi tu nampak besar nama kedai tu terang benderang bila malam. Post sebelum ni, on the way ke kedai Nasi Goreng Udang tu, lalu sebelah Padang Ipoh ni. Dari situ dah nampak dah kedai ni.




Kitorang datang sini nak dinner. Rasanya dah keluar awal dah dari hotel. Tapi sampai-sampai tengok dah penuh kedai ni. Memang ramai. Nasib baik ada meja kosong lagi.




Sibuk dok belek menu. Oleh sebab cousin aku dah cakap pizza dia terbaik, kitorang pun try lah satu menu pizza. Dan beberapa menu lain.




Tengok punyalah ramai. Selalu kalau cafe ala-ala hipster gini, aku tengok pelanggan dia. Kalau yang datang tu macam family or in group ramai, bagi aku cafe tu sebenarnya mesti ada something special. Kira betul-betul boleh diterima lah. Some cafes kan macam ramai couples je datang nak acah bergambar, padahal makanan biasa je. Yang macam tu aku tak recommended lah selalu. Tau makanan biasa je.




So ni antara menu yang kitorang order hari tu. Semua sedap tapi yang paling sedap of course pizza tu. Betul lah memang terbaik pizza dia.




Pizza crust dia sangat best. Tak tebal sangat, tak nipis sangat sampai jadi keras. Rasa topping dia pun best. Maaf lah sangat-sangat sebab lupa ni pizza yang mana kitorang pilih. Tapi untuk senang, korang boleh je tengok mana menu yang recommended tu, try jela. Memang the best lah.







Makanan lain sedap jugak. Boleh terima lah rasa dia. Tapi mungkin kat tempat lain pun boleh dapat jugak. Macam pizza tu, husband aku sampai cakap, next time datang Ipoh nak makan pizza memang datang sini jela. Dah tau sini sedap. Gitu. Punya lah best.






Muka sebelum kekenyangan. Belum kenyang pun dah kembang semacam muka tu. Kalau lepas? Boleh bayangkan? Haha.

Lepas kitorang habis makan tu, keluar je tengok dah makin ramai orang. Siap ada yang tengah tunggu meja. Ko rasa? Memang ramai lah cerita dia kan.


Husband busy bebenorrr. Time ni minggu budak nak naik sekolah. Sibuklah dia, macam ada projek juta-juta.


So bila dah habis makan tu ingat nak pusing Padang Ipoh ni. Takda apa pun, cuma nak exercise sebab perut penuh. Haha.




Memang kat sini ada je orang exercise malam-malam. Jogging. Rasa bertenaganya tengok diorang ni. Apesal aku tak macam diorang. Insaf kejap sambil fikir apa nak makan lepas ni. Lol




So korang yang nak datang Ipoh, silalah cuba kedai ni ye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...