Pages

the clown is here

:)

Monday 23 December 2013

#UTMPEC2013

Assalamualaikum..

hai hello hola holi diberi nama. ehem

yang sana tu, jangan buat2 terkejutlah tetibe ada post baru kat blog ni. please jangan ye. LOL

okay tanpa pembukaan yang baik. okayyy nampak dah makin lari skill blogging tu. takpa, pelan2. :P

alkisahnya, dengan rasminya esok bermula lah study week dan oleh sebab itulah aku ada masa nak update blog ni. sebab baru lah bebas daripada segala assignments, tests, quiz, programs, blablabla and etc.

lepas study week, exam week, dan lepas tu bermula cuti semester. jadi sebelum berakhirnya semester kali ni, apa kata aku share sikit apa benda yang aku buat semester ni. salah satunya lah ye. 

 it's called Perodua Eco-Challenge 2013 (PEC2013) yawww!

apa PEC ni? soalan yang sering kitorang dapat.
dan jawapannya, PEC ni sebenarnya satu competition yang dianjurkan oleh Perodua. yerrr Perodua, yang produce kereta tu. so kalau dah dia produce kereta, kitorang yang join pertandingan ni mestilah ada bersangkut paut dengan kereta jugak kan. 

ye betul tu betul sangat. 
untuk tahun 2013 ni, PEC buat satu theme baru. theme ke? alah lebih kurang lah. kali ni, setiap universiti yang join diberi sebijik MyVi dan pasukan yang join tu kena modify kereta tu dengan new design, new features, new tagline, dan macam2 lagi lah. kiranya macam kena produce kereta baru untuk Perodua ni. 

setiap universiti tu akan ada engineering team dan jugak marketing team. and here we are!


engineering team


marketing team


meriah kan?
a very big family. 
UTMPEC family :DD

dan pada 12, 13, dan 14 Disember yang lepas, pertandingan sebenar bermula di Shah Alam. both marketing and engineering team ada challenge dia tersendiri. dan kami semua telah cuba yang terbaik. 


this is our car.
PERODUA NYDIA


ha ni lah dia Perodua NYDIA!
tu nama produk kitorang. it means safe and comfortable.

dan untuk pengetahuan semua, UTM team menang tempat ke-3 untuk presenter terbaik, dan jugak tempat ke-5 untuk long distance challenge. wohooooo
*kembang2 hidung sebab bangga*

apa2 pun, jujur aku cakap aku tak melihat pada kemenangan tu sangat. pengalaman dan ilmu sepanjang join PEC ni yang sangat2 bernilai. dapat belajar benda baru. dapat kenal kawan baru. dapat tengok dunia baru. haaa macam2 lah.

dan sebenarnya aku jugak bangga dengan kebolehan kawan2 aku. aku sedar masalah yang ada, aku tahu kekurangan yang ada, but then we all try to made it happens. memang korang semua hebat2 belaka lah. and some of them yang memang betul2 work hard untuk PEC ni, subhanaAllah korang memang terror sangat lah weiiii. tak tahu nak kata apa dah. salute and salute and salute again. korang kuat dan harapnya kemenangan kali ni mampu bagi kepuasan kat korang. next time kita pulun habis2 lagi bagi memang keseluruhan pulak. haaa tengok, punya ambitious perempuan ni. :P

apa2 pun, for the UTMPEC family, we made it!
walaupun banyak masalah, banyak halangan, banyak dugaan, tapi kita still bertahan together and overcome all those things kan. lepas tu menang pulak tu lagi. haih lagi lah best. jom bangga sama2 jom. haha


UTMPEC's family



dan mereka :))

ehhh, sebelum tutup cerita ni, bagi aku ruang untuk ucapkan TAHNIAH kepada Mia. my one and only classmate yang join PEC sama dengan aku. 

to Mia,
congratulation bebeh! u're the best. present best, nyanyi best, menari best. ahhh semua lah best. and therefore u deserve to be a winner. 
and thanks jugak sebab join PEC. sama2 share idea, masalah, cerita dan macam2 lagi. seriously kalau Mia takda, memang rasanya tak mampu kuat sorang2 dalam PEC ni. eceh kemaen ayat. haha
okay dah. romantik sangat pulak rasa. :P
in short, tahniah dan terima kasih :DD

gonna miss #UTMPEC2013


Thursday 28 November 2013

The Garbage Truck Theory

Assalamualaikum..

first and foremost, korang semua kena baca dulu cerita bawah ni. the whole story tau, jangan mengelat baca setengah2 pulak. jentik dahi tu kang. hikkss :P


The Garbage Truck Theory


dah habis baca dah? 
ada rasa apa2 tak lepas habis baca tu?

this story was shared by one of the lecturer in UTM. nice and very inspiring. touched as well. 

plus, masa lecturer tu cerita, nada dia cerita and the way dia explain every part of this story memang amat2 best dan menarik. he read and explained line by line. dia buat students dia ni semua ambil masa untuk fikir dan reflect balik pada diri sendiri, termasuklah aku.

lately memang aku busy. busy macam2 lah. assignment, test, interview, program and etc. and mostly semuanya melibatkan kerja2 yang berkumpulan. bukan individu lagi dah. kenalah dengan situasi sekarang kan. dah tahun 3 ni, dah nak LI dah pun, keadaan haruslah lain sikit daripada dulu kan. sekarang ni semuanya berkaitan dengan real situation bila dah masuk alam pekerjaan nanti. masa kerja nanti lagilah kita akan hidup dan jumpa dengan ramai orang yang kita entah kenal entah tak. dan bila hidup dalam masyarakat yang lebih besar scope nya ni, macam2 perangai kita akan jumpa. dan confirm lah bukan semuanya kita boleh terima dan suka. even orang lain pun belum tentu suka kat kau kan. baik ke jahat ke is not the point, basically bila kita dah set mind tentang certain people ni, kita akan keep on judging them based on those perception kan. 

so, apa kata kita try to avoid that action. 
macam mana? macam cerita atas ni lah. :)

be positive. always and always.
cuba jangan merungut sana sini, orang tu macam ni, orang ni macam tu, but end up diri sendiri sebenarnya tak berapa bagus pun. (okay yang ni kena suruh diri sendiri baca banyak kali. HAHA)

dan dah tau tu, cuba bagi yang terbaik. ikhlaskan hati dalam bekerja. inshaAllah semuanya akan kembali kepada apa yang dirancang. Allah kan ada :)


Friday 15 November 2013

mindful

Assalamualaikum..

hye and hello everyone! 

happy that finally I can write and post something in this blog. ahaaa tetibe rasa rajin malam ni. so let's use that kerajinan tu to the max lah. jangan sia-siakan. huhu

reflection
that's the main point here. just like, sometimes we need it. really need it. bila2 masa free, even busy pun, kita perlu nilai dan muhasabah balik diri kita. sebab apa perlu, sebab kita tak boleh lah syok sendiri dengan setiap apa yang kita buat. kadang2 masa kita buat sesuatu atau cakap sesuatu, kita tak perasan pun apa kita buat dan cakap tu. sebab otak kita dengan badan bukanlah setiap masa seiring kan. kadang2 hati kata lain, otak kata lain, lastly kita buat atau cakap benda yang lain. dan kadang2 mungkin jugak kita memang sengaja. kita sengaja cakap yang menyakitkan hati orang, kita sengaja buat sesuatu untuk aniaya orang. gara2 hati dan emosi. so kita perlulah take some times untuk reflect balik apa yang kita buat tu. betul ke salah ke? kenapa kita buat? apa kita dapat? reflect okay, reflect.

avoid bias
sebab apa, kadang2 kita memang muhasabah diri, but then keep on comparing ourselves dengan orang lain. and even worst, kita nampak yang baik je pada kita, dan yang jahat semua ada pada orang lain. faham tak? macam kita tak berlaku adil. eventhough kita bukanlah terang2an describe comparison tu, tapi still kita sebenarnya tak berlaku jujur pada diri sendiri. faham kan? :) 


reflect yourself


kita selalu lupa nak muhasabah diri kita. nilai balik semua perbuatan kita. mungkin takda masa. mungkin jugak kita tak cari masa tu. walhal sebenarnya kita dah diberi masa secukupnya. paling tidak pun masa wajib 5 kali sehari tu. SOLAT. setiap kali solat tak salah rasanya kita ambik sikit masa untuk duduk, segarkan minda balik, buang yang buruk, simpan yang baik. positifkan diri kita. memang kadang tu kita rushing, solat pun laju kemaen kan. tapi tula, kadang tu cuma alasan kita je. kena dengan cara yang betul, inshaAllah boleh.

aku pun jarang buat. kira ni sebenarnya adalah kata2 untuk diri aku sendiri jugak. aku selalu lupa yang masa 24 jam ni terlebih cukup sebenarnya. selalu perasan busy. tapi sebenarnya busy dengan apa pun tak tahu. then bila sampai satu masa tu, aku akan realise yang aku terlupa sesuatu. lupa diri lah senang kata. 

selalu terjadi dan aku hanya sedar bila ada benda buruk jadi pada aku. dah dapat balasan dah baru nak sedar dan beringat. contohnya sakit. aku ni susah nak sakit. jarang sakit. walaupun sebenarnya aku ada asthma, tapi bukanlah selalu. but once dah kena, sakit tu susah nak baik. macam demam. mula2 selsema, then batuk. lepastu demam panas. dan aku kalau demam, bukan demam yang biasa acah2 panas kepala makan panadol 2 biji sembuh terus. aku kalau dah sakit boleh bawak seminggu terbaring, pengsan, mampu bukak mata makan tidur dan repeat lah semua tu sampai seminggu. bila dah sakit teruk macam tu barulah aku sedar diri sikit. yela dah rasa sakitnya tu, pulak tu teruk. rasa macam dah dekat sangat ajal tu. baru nak insaf. masa ni lah baru nak ingat dosa2 lampau. 

dan bukan ke sakit tu kifarah dosa. penawar dosa kita. bila aku ingat macam tu, aku syukur balik sebab Allah balas aku on the spot. aku buat salah dan Dia hukum aku terus kat dunia ni. aku tak dapat bayangkan kalau balasan tu aku terima kat akhirat nanti. Nauzubillah. begitu untungnya jadi hambaNya. maha pengasih maha penyayang. 

dan sebelum terlambat, marilah kita sama2 muhasabah balik diri kita masing2. saling mengingati. saling terima pandangan orang. inshaAllah :))



Sunday 8 September 2013

girls day out

Assalamualaikum..

hai hai hai. harini hari ahad. esok isnin. isnin pertama untuk 3rd year aku sebagai student di UTM sanjungan bangsa itu. lajunya masa ni. T_T

dan harini masih sempat update blog. saja gagahkan diri update jugak harini. sebab kalau tak bila lagi. mungkin tunggu next cuti nanti. sanggup korang tunggu? haha

kisah harini pasal semua sayang2 saya. sweet sangat. auww. 

siapakah mereka?


amah - aku - nana - zura


hoiiii semoranggg. zura ada wei. tolong excited sama2 plisssss.
haha. aku sangat excited nak jumpa zura. nana dengan amah tak sangat. haha. kongajo sangat. bukanlah macam tu. cumanya si zura ni aku dah lama gila tak jumpa. sejak masuk uni terus tak jumpa. almaklumlah zura kan orang melaka. -,-''

masa dorang datang jemput aku kat rumah, zura yang keluar panggilkan aku. aku depan gate je dah jerit. terlebih excited. terlupa ada jiran tetangga. haha. masuk2 kereta je kena sound dengan nana. nana memang tau. suka dengki dengan aku. haha. 

lepastu bergerak lah kami. mula2 dorang nak pegi jusco taman u tau. aku nak nangis rasa masa dorang kata nak pegi taman u je. tolonglahhhh. jangan bagi aku feel balik u sangat boleh tak. ngada ah dorang. T_T

aku apa lagi, mana boleh biarkan. terus pujuk amah selaku driver. dan akhirnya memberi hasil seperti yang diinginkan. haha. terus tukar plan pergi jusco tebrau. aku adalah suka. terloncat2 dalam kereta. haha. tapi yang kembali menyedihkan, kami semua tak tau jalan. jom nangis balik. kitorang semua tau sebenarnya (nak cover), cuma kitorang tak tau jalan yang lebih dekat je. haaaa baik punya cover line tak? haha

last2 semua ikut kata hati masing2. nasib baik betul. haha. dan sampai2 je terus cari makanan. baju ke skirt melambai2 kitorang buat2 tak layan je. yang penting perut ni kena jaga. merajuk susah nanti. so marilah ke sushi king.




nasib baik sangat kami. walaupun lunch hour tapi sushi king tak ramai orang. eh ramai jugak, cuma tak penuhlah. masih ada tempat. sukalah kami.




sambil makan sambil cerita macam2 sambil gelak2. semua buat2 lupa yang semester baru dah nak start dah. haha. paling kesian adalah zura. dia baru je cuti seminggu. sebab dia ada praktikal masa cuti tu. sebab tu raya kitorang tak dapat jumpa dia. sedih kan kisah zura ni. huuuu.. 




oleh sebab zura jarang masuk blog ni, mari letak gambar dia banyak2 sikit. hehe. zura ni kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi. masuk matrik pun dengan dia je. sebelum masuk u pun dengan dia jugak. isi borang lah, bayar itu ini lah, pergi cop sana sini, semua dengan dia. kemudian, sejak kami masuk u, kami terus tak dapat jumpa. ni tak adil. kenapa pisahkan kami?? kenapa?? dengki sangat lah kan?? suka lah kami macam ni?? (emosi tak stabil tetibe dah kenapa) 
-..-


sebelum


selepas


dan kami..


aku dan zura



amah dengan nana


they're a true friends. they're a good friends. they're my friends.
semoga persahabatan kami kekal selamanya.
ameen..




Thursday 29 August 2013

potluck raya

Assalamualaikum..


potluck raya edisi 2013


ngeh ngeh ngeh

tetibe memulakan majlis dengan ketawa kambing dah apesal aku ni. haha. okaylah kan. seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni, akan ada episod lain untuk raya kali ni kan, ni lah sebenarnya. potluck-raya-acah2-pandai-masak-je-semua namanya ni. haha. hari kejadian adalah hari sabtu lepas. betul2 lepas habis exam. *heavennnnn* rasa macam dihargai sangat. kengkonon diorang semua sambut hari aku bebas exam gitu. haha.

alkisahnya, potluck ni nana yang cadangkan. eh nana lagi? yang dulu tu macam nana jugak je. haha. tak kisahlah kan. okay, nana cadangkan then ajak lah sapa2 yang ada masa join sekali. mula2 macam ramai tau nak ajak. alih2 masa berkumpul tu terus semua macam "eh, ni je ke kawan aku? sikitnya." haha. sebab ramai dah balik uni masing2 lah, ada yang praktikal lah, ada yang pergi kenduri kahwin lah. kira masing2 macam banyak pulak halnya masa hari kejadian. makanya yang tinggal adalah kami2 je. walaupun begitu, kami2 ini tetap meriah-semeriah2nya. kemonlah kan, raya namanya. mesti lah meriah. *fliphair*

dah namanya potluck kan, so semua kena lah bawak makanan masing2. aku ni dahlah kepala otak kosong gila masa fikir nak bawak apa tu. siap text dengan zizah dengan nana nak bawak apa semua. serius kosong. blur. mungkin salah exam sebelum tu. hohoho. lepastu ngadu kat zizah, " adoiai zah, susahnya assignment nana bagi ni. takda idea langsung" haha. nak google pun tak boleh, memang susahlah kan?

dan paling mengecewakan, nak pakai baju apa pun tak tau. haha. sekali lagi zizah jadi mangsa jadi kaunter pertanyaan. "zah, ni sebenarnya kita ni beraya ke apa? kita nak kena pakai baju raya ke baju biasa2 je?" haha. zizah pun aku rasa dah jadi blur sebab aku blur. and lastly end up dengan mix and match je. match ke tak tu tak pasti lah. haha.




maka dengan itu sambunglah balik ceritanya, "kami2" itu adalah aku, nana, amah, fiza, zizah, shera, dan jugak yusmiza. tempat kejadian adalah kat rumah nana. thanks nana and family bagi kitorang tumpang rumah kejap. hehe.

serius best. mula2 ingat nak buat potluck makan2 je kat rumah nana sambil borak2 kan. tapi kitorang borak daripada pagi tu sampai lah ke petang macam bosan je. jadi semua terus decided nak pergi beraya sekali. lagipun masa beraya yang sebelum tu, rumah2 diorang ni belum singgah lagi. jadi masing2 pun bawak diri pergi beraya rumah shera, yusmiza, amah, zizah dan jugak teacher mas. :))




kitorang ni perginya cuma bertujuh je, tapi naik sampai 3 kereta. jadi aku sebagai penumpang ni boleh buat pilihan, kejap naik kereta ni, kejap naik kereta tu pulak. bahagia rasa macam orang kaya kereta banyak pulak. siap ada driver lagi. haha. yang lain siap perli, "haa ain lepas ni nak naik kereta yang mana pulak?" haha.




dan kitorang pergi rumah teacher mas jugak. lama sangat dah tak jumpa teacher mas ni. kalau pergi sekolah ada event pape pun tak dapat jumpa teacher mas. rindu yang amatlah senang ceritanya. lagipun kitorang memang ada janji nak datang beraya rumah teacher mas ni. tapi haritu barulah berkesempatan. rumah teacher sangat best. meriah sangat. dahlah dapat makan mee goreng panas2. asal ada makanan je terus best melampau2. siot sangat ni namanya. haha. yang aku dengan nana siap buat macam rumah sendiri. siap discuss nak jodohkan anak kitorang nanti. tolonglahhhh tolonglah jauhkan nana daripada aku. mengarut sangat jadinya nanti. tak boleh cover ayu langsung dengan dia ni. haha.

lastly rumah zizah. masatu aku balik awal tak sempat raya rumah zizah. so kali ni aku dapatlah pergi. kiranya nasib baik jugak masatu tak pergi kan, kalau tak malu wei dua kali raya rumah zizah dua kali. dia takpalah, dah biasa. ehh. hehe peace zizah. jangan ambik hati. :))

begitulah berakhirnya. lepas ni dah tak raya lagi kot. tunggu raya haji jela pulak. hehe. and next time, hopefully lagi ramai kawan2 yang dapat join. dan harapnya aku sendiri dapat join. kang kawan2 je ramai yang join, rupa2nya diri sendiri duduk rumah je. tak fun langsung. haha.

okay dah, sehingga berjumpa lagi.



Saturday 24 August 2013

kisah raya

Assalamualaikum..

bermulanya kisah raya tahun ni. walaupun dah raya ke berapa entah. tapi bagi aku, aku baru start beraya yg betul2 raya kot. tu yang baru semangat nak berkongsi cerita tu. haha

okay mari mula.
(on your mark, get set, GO!)

tahun ni, no specific theme for my family. main bedal suka hati je sesapa nak pakai baju apa pun. lantaklah. kalau rasa yakin dengan baju tu, maka pakailah anda. haha. dan yang lagi best sangatnya, takda ambik gambar langsung. okay kalau langsung tu tipu lah. ada lah jugak dua tiga empat lima keping. huhu. tu pun gambar selca dalam kereta. nak jaja dalam blog pun malu. jadi simpan buat kenangan sendiri jelah. haha.

raya kedua dah duduk rumah. jadi tukang buat air kalau budak2 datang beraya. dan tak beraya langsung, walaupun mak, abah, adik2 dan aku sendiri bolehlah dikatakan cuti lama untuk raya kali ni. tapi cuti adalah cuti di rumah saja. 

tapi lepas tu ada lah jugak beraya rumah kawan2. kali ni macam tak percaya, dapat jugak beraya dengan kawan2. selalunya mesti tak berkesempatan sebab beraya rumah sedara semua kan. sampai ke pagoh, segamat semua. tahun ni takda. terima tetamu je yang mana sudi datang. tu yang sempat jumpa kawan2 tu. Alhamdulillah masih diingati. :))


aku - mira - haizan - zizah - nad


sebelum pape diingatkan dulu yang ni baru episod pertama beraya. ada episod lain lagi. huhu.

oh okay sambung, masa ni beraya sambil tengok baby qamariah. tak sangka kawan sejak daripada sekolah rendah lagi ni dah ada anak dah. dulu kan aku ada cerita kan yang pergi kenduri kahwin si qamariah ni. ada kat sini. rasa macam baru sangat. tup2 dah ada anak dah. dah makcik2 dah aku ni. cepatnya masa berlalu. lepas ni mesti ada yang ikut jejak ni. tunggu jela. haha


the baby, Nur Hajaratul Aisyah


kecik sangat lagi. dia lahir raya kedua. masa kitorang datang beraya tu baru berapa hari sangat. nak pegang pun ketaq longgaq semua siku lutut semua. haha.

congrats to qama. you're a strong woman. proud of you sayang :))



Sunday 21 July 2013

Ramadan Reminder

Assalamualaikum..

Salam Ramadan everyone :)
a good reminder from our Muslim brother, and i hope by sharing this, it'll gives benefit and becomes a very good start for us to be a truly muslim. inshaAllah.




don't waste your Ramadan by only having thirsty and hungry. we can earn more in this holy month. inshaAllah :)



Friday 12 July 2013

holy month

Assalamualaikum..

salam Ramadan buddyos adigos sekalian.
eh eh dah ramadan ke-3 dah. dan baru sedar diri rasa macam nak update blog. nasib sedar, kalau tak sedar2 jugak, raya ke-3 pulak nanti baru nak update. huhu

macam mana ramadan korang kali ni? mestilah saat2 yang ditunggu2 kan? ramadan, bulan yang sangat istimewa. bulan yang mana bulan2 lain tak dapat keistimewaan yang sama. mana ada bulan lain ada terawih. mana ada bulan yang ada sahur (kecuali nak sahur untuk puasa qada ke sunat ke, tu lain cerita.). dan paling best, lailatul qadar. peh istimewa gila bulan ramadan kan?

dalam seronok2 berpuasa, sambut ramadan, jangan lupa pulak untuk sentiasa bersederhana. janganlah nak berlebih2, sampaikan kadang2 tu jelas pembaziran. benda yang tak patut pun nak jugak kan. dah melebih namanya tu. jadi beringatlah sentiasa. 

syaitan memang tak ada bulan ramadan ni, tapi nafsu masih dalam diri. jadi kawal lah sebaik mungkin. kumpul pahala sebanyak mungkin. kalau dah sepanjang tahun abdikan diri dengan dunia, apa kata bulan ramadan booked khas untuk akhirat. tapi jangan salah konsep pulak. bulan ramadan baik macam malaikat, bulan lain kalah syaitan. cari gaduh namanya ni.

dan dan dan..
pahala dalam bulan ramadan ni, inshaAllah lebih banyak daripada bulan2 lain. berlipat kali ganda. jadi, selain yang wajib tu, yang sunat buatlah jugak. yang wajib jangan tinggal, yang sunat pulak jadi amalan. let's make sunnah as a must, not a choice. inshaAllah. betulkan niat, nanti dipermudahkan Allah.




mari mulakan sama2. :))


Sunday 14 April 2013

Sentosa Island

Assalamualaikum..

post ni masih lagi sambungan previous post pasal singapore trip. baru nak sambung. apakan daya, cuti2 pun bukan ada kat rumah nak meng-online 24/7 kan. sekarang ni baru ada masa sikit, jadi jangan lengah2kan lagi. mari sambung. walaupun entah ingat entah tak apa ceritanya, tapi bedal jela. haha. ayat tak bersalah gila rasa. =____=


_________________________________________________________________________________


okay dah siap lunch dan solat semua kat Arab Street tu, kitorang semua dibawa terus ke Pulau Sentosa semula. pagi2 datang situ just nak hantar trip lagi satu ke USS tu, petang ni kitorang pulak yang berjalan keliling Pulau Sentosa.

sampai2 je dah brief segala bagai, terus kitorang naik train turun kat waterfront station. sebab apa pegi sini dulu? sebab nak ambik gambar depan globe USS tu. haha. tak dapat masuk dapat bergambar kat luar tu je pun jadi lah kan. 


universal studio singapore


haaa gitu kau gambar teruja macam puas hati dapat masuk USS kan. padahal.. haha. apa yang penting kenangan tu.
T_T

oh ye lupa nak cakap, sebelum pergi DEPAN USS ni, kitorang singgah dulu kat candylicious. meriahnya kat sana. seronok tengok. tengok jela. again, tu je yang mampu. haha. 


candylicious




m&m crews


masing2 pilih partner masing2. yang tak fahamnya kenapa mia dengan wani sanggup berkongsi kasih aku pun tak tahu. banyak lagi kot. 
-.-''

ok dah. lepastu kitorang jalan2 lah sekitar kawasan tu sebelum naik train lagi. jalan jela mana2 sampai dah letih baru tau gopoh-gapah carik tempat duduk. haha


which route should i take??


then dah puas rehat2 plus "tanned"kan diri masing2, makanya kitorang pun angkatlah kaki ke station seterusnya. yela masa bukan panjang sangat pun kan. walaupun penat tapi kami gagahkan jua kaki kami ke Imbiah Station. kat sini ada singa. aum aummm




kota singa kata kan? huhu. masa kat imbiah station ni kitorang turun untuk ambik gambar je. then duduk2 tengok sekeliling sambil bayangkan maggi kari yang anas berasap ada telur separuh masak sekali dengan air sirap limau ais. perghhh wa cakap lu. lapaq gila baq angg. dahlah panas. lapar. haus. penat. semua bersatu hati bergabung menyerang kitorang bertiga. memang menguji kesabaran sangat. nasib baik mampu mengawal diri lagi. kalau tak, singa belakang tu pun hilang kitorang makan. mungkin tinggalkan belang je.(macam lah ada kan. haha)




masih di station yang sama. nampak sangat tak kat situ. kitorang penat. duduk. tapi still nak ambik gambar. jadinya gambar kaki pun jadi lah. tu pun nak angkat kaki macam dalam gambar di atas adalah sangat malas. haha


nampak penat? nampak kan?


okay dah agak cukup rehatnya kitorang naik train balik pergi semula ke Beach Station. eh tak cakap ae tadi yang awal2 tu kitorang kumpul kat beach station. tak ae? okaylah sekarang dah cakap kan? haha. jadi seterusnya balik semula ke beach station. dari sini kitorang naik trem (trem kot nama dia) pergi jalan sekeliling beaches yang ada kat situ. hujung ke hujunglah dia bawak kita. kita tinggal duduk (atau berdiri kalau bernasib tak baik), then tengok2, then ambik2 gambar kalau nak. gituuu


aku separuh pun takpala. takpa. takpa. *asah parang*


okaylah kat sini kitorang tak banyak jalan pun. cuma berhenti kat satu pantai ni je. pantai apa entah namanya. tapi ada jambatan gantung semua. macam cantiklah. so decided turun sini. dahla masa lalu jambatan gantung ni kitorang teruja gila. berlari sambil lompat2 bagi goyang habis. orang2 yang lalu sama dengan kitorang mesti emosi. haha. meh layan gambar meh.


jambatan gantung yang kuruihhh bebenor




lepastu naik atas




teropong ni tipu tahu? kitorang pun tertipu. semua gara2 budak mana entah berlakon macam ye2 je tengok through teropong ni. kitorang pun termakan tipu dia. termakan tapi tak kenyang lah. huahua. 


keraksasaan kelaparan keganasan


kebetulan bawak roti sebungkus. share lah tiga orang. cukuplah buat alas pape yang patut di alas. 

lepastu kitorang naik trem tu balik. kebetulan nak hujan pulak tu.ngam2 je time kitorang nak balik dah.huhu. balik tu naik trem bukannya nak terus pergi balik tapi duduk je atas trem tu ikut dia berjalan dari hujung ke hujung balik. haha. gara2 dah tak larat nak berjalan, maka duduk jela. tengah penat2, kena pulak trem tu syahdu je pergerakannya. dengan hujan renyai2 angin sepoi2 bahasa. mata pun apa lagi, mula lah buat kerja dia. layu tak sudah. huhu. terlelap2 tahu? aku lah yang terlelap. mia dengan wani dah termimpi dah aku rasa. tidur betul diorang. ada je gambarnya tapi tak sampai hati nak letak. hehe.

malam tu pukul 8.00pm dah berkumpul untuk balik dah. sebelum balik, meh secebis dua gambar dulu meh.


colourful castle


another trip members


dan kemudian kitorang balik malaysia. yeayyyy!!
rindu kampung 
#anakperantauan

_________________________________________________________________________________



yes yes yes habis pun singapore trip. haha




Sunday 7 April 2013

Arab Street

Assalamualaikum..

sambungan post lepas..

_________________________________________________________________________________


lepas dah penat berjalan dan cuci2 mata kat Bugis Street, kitorang teruskan perjalanan ke Arab Street. dekat je. tak jauh pun dengan Bugis Street tu. 

kalau ikut plan, kat Arab Street ni lah kitorang akan lunch, solat zohor semua sebab kat sini banyak kedai makan. ada jugak Masjid Sultan, masjid tertua kat Singapore if i'm not mistaken. so senanglah. semua dah ada kat satu tempat kan, tak payah nak terkejar2 ke sana sini. begitu.

memang waktu pegi sini memang ngam2 waktu lunch. kira lunch break lah ni. huhu. perut toksah cakap lah bergendang, bergabus, bergitar, berkompang semuanya bergabung. dahlah masa pegi Bugis Street tu asyik terpesona je dengan bau2 makanan yang ada kat situ. tapi ambil bau jela. haha.

aku, mia dengan wani awal2 sebelum pegi lagi memang dah saling menasihati dah (HAHA), nanti pergi singapore tu bawak bekal siap2. so takdalah membazir duit kena beli makanan semua. so atas nasihat2 tersebut, semuanya bawak bekal.

dan ini lah hasilnya, makanan lunch kami


megi goreng, roti, snek


megi goreng tu mia dengan wani punya. aku bawak roti dengan biskut je. rajin kan anak dara dua orang ni bangun pagi2 masak megi goreng. bagus betul. dah nampak dah potensi jadi isteri dan ibu mithali ni. :)

eh sebelum makan ada lagi benda lagi penting. 


makan?? apa tu??


abdikan diri dalam segala gambar yang ada. haha. bukan selalu. nanti balik malaysia takda semua2 ni kan.
(statement lupa daratan)


comel tak kak ton??
COMELLLL
hikhik






ok lah dah agak2 puas tu kami pun  makan segala makanan yang ada. berkongsi sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita. kitorang berkelah baik punya atas rumput yang cantik lagi tajam dan menyakitkan. walaupun agak mencabar, tapi kami tetap meneruskan sesi lunch kami dengan tenang. haha. 

dah siap makan, dah kenyang, dah puas, mari lah bawak diri ke masjid berdekatan.


masjid sultan


as i told before, Masjid Sultan ni seperti yang kami diberitahu oleh en zul(yang bawak kami semua datang sini ni), masjid ni adalah masjid tertua kat singapore. kalau tengok struktur masjid ni pun rasanya seni binaannya memang versi lama. kemaen macam tau sangat je aku kan pasal seni binaan bagai. haha. tapi tu berdasarkan apa yang boleh aku observe lah. tapi yang penting, cantikkkk! tu yang penting. memang masjid ni cantik dan unik.




masa kitorang solat kat sini kan, betul2 depan pintu masjid tu ada orang tengah langsungkan pernikahan. dahlah ramai orang, memang jadi tumpuan orang lah. lebih2 lagi orang2 yang datang dari luar negara tu semua kan, diorang teruja kemaen lah dapat tengok cara orang kita kahwin ni ha. yang kitorang ni pun ikut sama teruja. haha. mau tak nya, ramai tengok kan, nak jugak tengok sama kot2 ada pape yang special ke. kot2 lalu2 tu dapat kenyit2 mata dengan adik pengantin ke kan. kot2 dapat berkat. eh haha 


me and mia


dah siap semua kitorang ada lah jugak masa beberapa minit sebelum masa yang dah ditetapkan untuk naik bas tu. so jangan buang masa, mari kita berlagak model. ahaks

dalam sibuk2 ambil gambar semua, tetibe ada sorang perempuan jepun ni datang tegur kitorang. dah tegur tu tapi kitorang tak faham pun apa dia cakap, lepastu tunjuk2 kamera dia. ingatkan suruh snap gambar dia dengan kawan dia ni, tapi rupa2nya dia nak ambil gambar dengan kitorang. haha. mungkin lagak kitorang yang "seperti" model tu menarik perhatian dia. hikhik




ni depan rumah apa entah. dekat area Arab Street tu jugak. dah cantik kan, ambil jela gambar walaupun tak tau apa fungsi rumah ni. haha.

dah puas bergambar, perut dah kenyang, masa dah tiba, so kitorang pun menuju ke bas untuk ke destinasi seterusnya.
ke Pulau Sentosa :)





tunggu..



Saturday 6 April 2013

Bugis Street


Assalamualaikum..

hai semorang. bertemu lagi kita di Abu Dhabi. dush. pengaruh tv sangat. haha

okay2 sekarang mari kita sambung balik singapore trip haritu seperti yang telah dipersetujui.
:)

_________________________________________________________________________________


we are here..


bugis street


tempat pertama kitorang pergi masa trip haritu adalah Bugis Street. eh tak, awal2 tu pegi hantar kawan2 yang lain tu pegi USS dulu. dah hantar diorang baru kitorang gerak pegi Bugis Street ni. 

apa ada kat sini? moh proceed.




Bugis Street ni bahasa kasarnya macam pasar lah. ada banyak kedai. jual macam2.  makanan, baju, aksesori, souvenirs, beg, kasut, dan macam2 lagi lah. kalau nak tau, Bugis Street ni the largest street shopping location in Singapore tau. mau tak largest, ada lebih kurang 800 kedai kat sini. memang banyak gila. meriah. orang pun ramai. locals ke foreigners ke semua tertumpu kat sini. memang tumpuan orang ramai lah senang cerita.


clothes

souvenirs

hats

accessories

watches


ni antara yang ada kat sana. antara okay. banyak lagi kat situ. rambang mata toksah cakaplah. sampai juling mata ni. jatuh market i. haha.

semua barang2 kat sini macam baju, beg, aksesori dan lain2 tu boleh cakap semua ikut trend sekarang. sapa2 yang kaki ikut trend semasa tu memang tempat ni sesuai sangat untuk korang. setiap kedai tu rasa nak kena masuk tengok apa dia jual. 

harga reasonable jugaklah. tapi sebelum convert to ringgit malaysia. haha. yela nampak beg semua cuma 15, ada 10 tapi tengok depannya singapore dollar. sila lah bawak kalkulator sebagai langkah berjaga2. jangan nak jadi kawan syaiton sangat ok. membazir kawan syaiton kan? jangan2. musuh kita tu semua. haha. walhal kalau ada duit memang nak angkut semua. tapi oleh sebab niat pegi cuma nak makan angin, maka betul2 lah kita makan angin. time2 macam ni, telan air liur jela yang mampu. huhu.




tengoklah sekeliling kitorang tu, ramai je orang kan. memang. ramai sangat. apa je diorang buat kat situ entah aku pun tak tau. haha

masa kitorang pegi sini sempatlah kitorang beli souvenir sikit. sikit ok. buat syarat. bukan selalu pegi kan. so beli lah sikit buat kenangan. apa boleh cakap harga barang kat sini masih lagi under budget. taklah murah sangat tapi tak mahal macam kat tempat2 lain. so sapa2 yang nak pegi sini, disarankan untuk beli je souvenir siap2. begitu.

dan masa trip tu, kitorang tak lama pun kat bugis street ni. dalam 2 jam je. so tak sempat nak pegi semua kedai. main pegi yang sempat lalu je. bole dikatakan tak berapa nak puas sebenarnya, tapi apa nak buat kan. pegi pun under one day trip je. layan jela. huhu. lain kali ada peluang pegi lah lagi. tapi time tu dah kaya lah. apa nampak boleh main ambil je. siap bawak suami kaya suruh gendong semua beg plastik. aku kat depan belek2 barang yang menarik. haha kongajo gila. belum pape dah niat jadi isteri derhaka. nauzubillah. okay baik hentikan karutan ni.

jumpa lagi next entry.
to be continue..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...