Pages

the clown is here

:)

Saturday 6 April 2013

Bugis Street


Assalamualaikum..

hai semorang. bertemu lagi kita di Abu Dhabi. dush. pengaruh tv sangat. haha

okay2 sekarang mari kita sambung balik singapore trip haritu seperti yang telah dipersetujui.
:)

_________________________________________________________________________________


we are here..


bugis street


tempat pertama kitorang pergi masa trip haritu adalah Bugis Street. eh tak, awal2 tu pegi hantar kawan2 yang lain tu pegi USS dulu. dah hantar diorang baru kitorang gerak pegi Bugis Street ni. 

apa ada kat sini? moh proceed.




Bugis Street ni bahasa kasarnya macam pasar lah. ada banyak kedai. jual macam2.  makanan, baju, aksesori, souvenirs, beg, kasut, dan macam2 lagi lah. kalau nak tau, Bugis Street ni the largest street shopping location in Singapore tau. mau tak largest, ada lebih kurang 800 kedai kat sini. memang banyak gila. meriah. orang pun ramai. locals ke foreigners ke semua tertumpu kat sini. memang tumpuan orang ramai lah senang cerita.


clothes

souvenirs

hats

accessories

watches


ni antara yang ada kat sana. antara okay. banyak lagi kat situ. rambang mata toksah cakaplah. sampai juling mata ni. jatuh market i. haha.

semua barang2 kat sini macam baju, beg, aksesori dan lain2 tu boleh cakap semua ikut trend sekarang. sapa2 yang kaki ikut trend semasa tu memang tempat ni sesuai sangat untuk korang. setiap kedai tu rasa nak kena masuk tengok apa dia jual. 

harga reasonable jugaklah. tapi sebelum convert to ringgit malaysia. haha. yela nampak beg semua cuma 15, ada 10 tapi tengok depannya singapore dollar. sila lah bawak kalkulator sebagai langkah berjaga2. jangan nak jadi kawan syaiton sangat ok. membazir kawan syaiton kan? jangan2. musuh kita tu semua. haha. walhal kalau ada duit memang nak angkut semua. tapi oleh sebab niat pegi cuma nak makan angin, maka betul2 lah kita makan angin. time2 macam ni, telan air liur jela yang mampu. huhu.




tengoklah sekeliling kitorang tu, ramai je orang kan. memang. ramai sangat. apa je diorang buat kat situ entah aku pun tak tau. haha

masa kitorang pegi sini sempatlah kitorang beli souvenir sikit. sikit ok. buat syarat. bukan selalu pegi kan. so beli lah sikit buat kenangan. apa boleh cakap harga barang kat sini masih lagi under budget. taklah murah sangat tapi tak mahal macam kat tempat2 lain. so sapa2 yang nak pegi sini, disarankan untuk beli je souvenir siap2. begitu.

dan masa trip tu, kitorang tak lama pun kat bugis street ni. dalam 2 jam je. so tak sempat nak pegi semua kedai. main pegi yang sempat lalu je. bole dikatakan tak berapa nak puas sebenarnya, tapi apa nak buat kan. pegi pun under one day trip je. layan jela. huhu. lain kali ada peluang pegi lah lagi. tapi time tu dah kaya lah. apa nampak boleh main ambil je. siap bawak suami kaya suruh gendong semua beg plastik. aku kat depan belek2 barang yang menarik. haha kongajo gila. belum pape dah niat jadi isteri derhaka. nauzubillah. okay baik hentikan karutan ni.

jumpa lagi next entry.
to be continue..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...