Pages

the clown is here

:)

Sunday 31 January 2016

Cookies & Ginger, Adda Height

Assalamualaikum..

Hmm of course lah pasal makanan lagi.

Kali ni kita review sikit pasal satu restoran kat Adda Height, JB. Nama restoran ni Cookies & Ginger. Kalau lalu highway kempas tu boleh masuk exit Bandar Dato Onn dan dari situ carilah korang Adda Height. Malas aku nak explain. Sebab aku pun guna Waze je. Muahahaha.

Restoran ni bukak hari-hari dan tutup hari Rabu. Ingat tu Rabu tak bukak tau. Jangan jadi macam aku sering dikecewakan gara-gara terlupa sendiri Rabu dia tutup. Haha.

Nah waktu operasi dia untuk senang faham.

Isnin-Selasa & Khamis : 5.00 petang sampai 10.00 malam
Jumaat-Ahad : 5.00 petang sampai 10.30 malam

Yang masa ni aku pergi lepas balik kerja. Hari Jumaat tu, singgah UTM ambik seseorang dan berdesup ke sini. Kalau dari UTM Skudai tu dalam 15 minit je kot. Ke kurang. Macam tula.


Dan ni lah "seseorang" tu. Miaaa

Aku datang sini dua kali. Yang dengan Mia ni kali kedua. Dan dua2 kali ni memang sentiasa lah ramai orang. Penuh je. Parking toksah cakap lah. Pusing kali kedua baru dapat tempat kosong. Fuhh

Makanan kat sini sedap sangat. Apa yang aku makan? Meh ler tengok gambar.




Yang atas tu Mia punya, salmon. Aku punya yang bawah chicken chop. Sorry lah aku lupa apa entah nama menu ni. Tau makan je. Haha. Dia lain sikit lah dari menu chicken chop biasa which is dia ada nasi macam nasi goreng tapi tak tau lah nasi apa sebenarnya. Sedapppp. Aku belek2 nasi tu macam sayang nak makan. Tapi sedap serius tak tipu wei.

Aku punya menu dengan Mia punya beza salmon dengan ayam je kot. Nasi dengan vegie tu semua sama. Sos dia kat ayam tu pun sedap. Ahh senang cakap sedaplah. 


Brownies


Lepas tu kitorang order Brownies seperti yang tertera di atas lepas nampak ada meja sebelah order lepas tu kitorang pun tergoda. Haha. Yang ni pun sedap. Brownies dia masih suam2 macam tu, tambah dengan vanila ice cream tu ohmaiiii. Sedap je mencair dalam mulut. Lepas tu dia tak manis sangat. Kira takdalah rasa nak pitam kemanisan makan brownies ni. Korang faham kan keadaan yang bila kita makan benda manis gila sampai gigi pun rasa nak tercabut time tu jugak. Aku banyak kali kena bila makan brownies ke kek ke. Tapi yang ni sedang elok je lah. Pulak kombinasi dengan ice cream tu, lagi lah kick.




Jenguk sikit suasana dalam restoran ni. See? Penuh je. Yang ni pun kitorang nasib dapat duduk dalam sebab ada seat kosong. Awal2 masa order tu kitorang masih kat luar duduk meja yang 6 kerusi tu sebab dalam semua penuh.

Lepas tu yang datang ni takda lah budak2 remaja yang baru nak up je. Yang kejar cafe hipster semata. Kat sini ada yang family, ada students, kawan2 tempat kerja, siap ada foreigner lagi. Nampak tak dia punya best restoran ni sebab tu mampu tarik ramai orang tak kira siapa.

So far (untuk dua kali ni jela haha), aku rasa makanan dia sangat2 best. Yang first time aku datang tu aku makan fish and chips. Yang tu pun sedap dan banyak dan aku tak mampu habiskan. Haha.
Menu lain aku rasa boleh tahan jugak. Sebab apa aku cakap macam tu. Sebab mata aku dalam makan tu sibuk jugak menjengah meja2 sebelah punya menu. Semua nampak menarik. Dan kawan2 yang pernah datang pun semua cakap sedap dan berbaloi dengan menu yang dorang pilih.

Cumanya dia punya air takdalah banyak pilihan sangat. Tapi aku rasa okay je. Sebab kita datang nak makan bukan nak minum. Haha. Kiranya kalau datang sini, tak payah imagine ada air gelas2 besar ada coklat2 mengalir tu. Takda. Mungkin akan datang kan. 


Kasi sikit. Last.


Dan untuk aku, restoran ni tak macam kedai2 makan hipster yang lain. Yang hanya indah rupa dan harga je. Kat sini sedap dan berbaloi. Servis pun tiptop. Pelayan pun baik. Even owner dia pun rajin datang meja2 customer tanya food okay tak, nak sos tak. Which is great! 

Nak pergi lagi next time. Yay!


Friday 29 January 2016

Kluang Rail Coffee

Assalamualaikum..

Pekabo?

Ni kes tahun lepas jugak. Hujung2 tahun lah tapi. So tak jenuh sangat nak throwback. Haha. Main jalan2 Johor lah sikek dah nama pun orang Johor. Dan oleh itu terpergi lah Kluang Rail Coffee kat Kluang ni. Hek eleh dah nama pun Kluang Rail Coffee, mestilah kat Kluang kau ni pon. Lol

Dia sebenarnya taklah "terpergi" sangat. Dah lama nak pergi dah. Adik aku belajar kat Kluang tu 5 tahun. Setiap minggu boleh dikata jenguk dia kat sekolah dia kan. Setiap minggu tu jugaklah berhasrat nak pergi Kluang Rail Coffee ni. Tapi sampai dia dah habis tak pergi2. Jadi kiranya ni baru rezeki lah dapat pergi. Huahua.




Ni lah muka hadapan Kluang Rail Coffee ni. Untuk pengetahuan semua, Kluang Rail Coffee ni ada banyak branch. Tapi yang aku pergi ni yang betul2 kat tepi landasan kereta api Kluang ni. Kata Rail Coffee kan. Mestilah kena ada mood kereta api nak lalu gitu. Haha.




Dan ni adalah suasana dalam kedai ni. Gila penuh manusia. Tak kira kaum. Aku pun tak faham apa dorang buat dalam ni. Mungkin dorang pun tak faham apa aku buat kat sini. Haha. Tapi serius lah ramai gila orang. Aku datang dalam pukul 11 lebih lah. Brunch lah kiranya. Masa datang tu siap kena tunggu depan pintu buat muka penuh simpati supaya yang kat dalam ni cecepat lah telan roti bakar dorang bagi kitorang pulak masuk. Tapiii hampeh. Sempat aku baca peta kawasan pelancongan tepi tu. Siap jengah2 rail kereta api kot2 ada orang ambik gambar kahwin ke apa. LOL. Dah berapa minit dapatlah jugak tempat nak duduk.

Dapat duduk tu happy dah. Tapi part pelayan dia ya rabbi, tau lah penat dik. Kerja apa tak penat kan. Tapi layan lah customer baik2. Yang lain okay lah kot. Yang sorang tu je. Kecewa tau kita datang jauh2 dapat layanan cenggitu. Sobs


Roti bakar butter + kaya, Butter + Peanut
Pau sambal
Kopi
Telur separuh masak (Takda dalam gambar)


Menu top dia semestinya roti bakar dan kopi. Barulah kopitiam kan. Roti bakar tu ada banyak jenis roti lah. Lepas tu telur ayam kampung separuh masak ada, pau ada, apa lagi entah aku tak ingat. Oh ada nasi lemak, mihun goreng, semua jugak. Kalau google, ada jugak dia letak ada rojak semua. Tapi masa aku pergi sini takda pulak dalam list menu tu. Tak sure lah kalau tu cuma ada kat branch yang lain ke apa.

Apa aku boleh kata, ok lah semuanya. Mengenyangkan jugak sebab aku lepas makan ni tak lunch terus dinner. Haha. Sedap dan boleh layan. InshaAllah datang lagi. Haha.



Monday 25 January 2016

55th UTM Convocation

Assalamualaikum w.b.t..

Sepanjang tahun 2015, banyak benda jadi. Baik dan buruk. Tapi inshaAllah semuanya adalah yang terbaik. Yakin yeah kamon. Haha.

Dan yang terpaling baik untuk tahun 2015 mungkinlah akhirnya aku dah graduate. Huahuahua. 4 tahun belajar untuk degree sahaja, memang macam lama tapi tau2 dah sarung jubah dengan topi tu je. Time flies so fast gais. Penat kejar.

Alhamdulillah. I made it. Kita semua lah. Kawan2 sama course, lain course, lain universiti. Tahniah semuanya. *Peluk tepuk2 bahu*

Walaupun orang kata belajar dekat je. Balik rumah pun boleh kata tiap minggu. Naik bas pun tambang tak sampai RM10. Tapi tu lah. Sebenarnya dugaan dia tetap ada. Cuma mungkin lain lah dengan orang lain. Rezeki aku part kalau ada masalah tu senang je nak minta tolong family sebab dekat. Tapi ada je part lain yang susah tu, percaya lah.

Dan itulah sebabnya perasaan happy dia susah nak ungkap. Walaupun tak berapa nak mendalam sebab belajar pun main2 je kan (hmmm). Tapi tetap happy bila tengok muka2 bahagia di sebalik kejayaan ni. Siapa lagi kan. Family. Kawan2. Semua lah. Yang dalam diam doakan biar senang semuanya. Tu lah yang buat aku kuat sampai ke hujung. Walaupun banyak kali mengomel bila lah nak habis niiii. Gitu.




Mereka ni lah tulang belakang tulang depan kiri kanan semua lah. Kalau tak, dah terduduk dan tak bangun2 dah. Thanks mak abah adik2. Harap kejayaan yang sedikit ni dapatlah bagi kebahagiaan kat korang semua.




Jujur aku cakap, masa nak konvo tu, perasaan tu lambat betul nak datang. Perasaan happy sebab dah habis tu. Mungkin sebab aku hujung2 tu intern kan, so bukannya kat UTM dan belajar apa semua. So takda nak rasa cepatlah nak konvo. Bila surat datang pun macam rilek lagi. Takda perasaan punya orang. Haha. Tapi bila mak buat ayat, "Ye lah kak, ni anak pertama nak konvo. Mestilah happy.'' Hmm baru aku sedar, muka mak yang selamber macam takda perasaan tu sebenarnya sembunyikan perasaan happy sebak dia semua lah. Terus aku pun jadi teruja gitu. Haha. Yes, ni untuk mak abah.


Family potrait


Aku kannnnn, tak hire sesapa pun untuk ambik gambar. Haha. Jenuh wei orang distribute brochure lah promote itu ini kat aku kan. Pakej studio gini, outdoor gini. Tapi tak ambik langsung. Sebab satu takda duit lebih untuk benda2 ni. Haha. Sebab dua, aku kurang percaya sangat benda2 gini dengan ramai orangnya dia nak handle ambik gambar jugak. Kang duit melayang gitu je. Gambar tak seberapa kan. Tak memenuhi kehendak dan piawaian aku. Haha. Dan aku lagi percaya adik aku ke kawan aku ke ataupun tangan aku sendiri yang menyelfie. Amboi. Dan hasilnya ni jela gambar family yang ada waktu konvo haritu. Minta tolong Syida ambikkan. So selamatlah duit sikit. Ceh selamat lah sangat.


Aku yang belajar lama2, dia nak jugak rebut topi aku tu. Lol

Tanpa kawan2 aku jugak tak mungkinlah aku berjaya tempuh 4 tahun ni kan. Impossible. Dorang lah yang tolong susah payah kat sana. Masa sakit, masa pening, masa tak tau nak buat assignment macam mana.Yang tolong hulur gula2 bila mengantuk dalam kelas. Yang tolong arrange jadual exam biar tak berderet killer paper dalam satu masa. Haih. Dorang lah yang muncul tolong apa yang patut. Thanks semuanya. Harap semua berjaya dalam apa2 jugak yang korang jalani lepas ni.


SHAC UTM 2011-2015



Dan untuk 3 ketul manusia ni. Thanks sebab selalu support each other. Thanks jadi modal lawak masing2. Thanks jadi penceria hidup selama ni. Thanks banyak2. Walaupun belajar tempat lain2, tapi tak pernah putus hubungan. Still be there bila yang lain perlukan semangat. Still ada untuk dengar masalah semua. Walaupun dah ada kawan baru, tapi masih jugak melayan karenah kawan2 lama. Terima kasih abianggg :)

Hmm lepas tu lagi sorang ni pulak. Thanks muncul hujung2 tetibe je mana datang entah. Haha. Sebab muncul hujung je tak banyak sangat lah nak terima kasih kot. Haha. Tapi tetap terima kasih sebab terlalu banyak sabar. Tu jela. Haha. Semoga berjaya dengan lebih cemerlang lagi lepas ni okeh. Kerja baik2 gaji besar sikit boleh belanja travel lepas kahwin. Lol. Dahlah bye.


Sebab belajar kat jepun, tu yang ambik gambar pre-convo gitu tuh. Ok
(saja part gambar ni taknak besarkan. ngehngehngeh)




Penutupnya, doakan lah Ain dan rakan2 beliau menjadi semakin berjaya lepas ni. Semoga cita2 masing2 tercapai. Mudah2an, Ameen.



Saturday 9 January 2016

Happy New Year 2016!

Assalamualaikum 2016 :)

Ha muncul-muncul je tahun baru. Tahun lepas mana pergi entah. Haha. Dan walaupun dah berapa hari tahun baru, tetap lah nak wish Happy New Year!!!

Dan se-cliche2-nya ayat adalah, semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Walaupun cliche habis, tapi memang tu pun yang kita semua harapkan kan? Mana ada sesiapa yang willingly nak diduga dengan dugaan lagi dahsyat dari sebelumnya betul tak? Kalau ada pun (yeah sure sebab semua tu bukan di bawah kuasa kita), jadi diharapnya kita semua makin kuat dan tabah dan mampu handle dugaan tu dan jadi lebih baik lah. Ha nak juga lebih baik kat hujung tu. lol

Dah tahun baru lepas tu macam sedar apa je aku buat entah tahun lepas ni. Tahu2 je tahun baru dah. LOL. Tapi sebenarnya bila belek2 balik ohhhh banyak jugak aktiviti aku buat tahun lepas. Lagi2 lepas belek gambar. Fuhh penuh memori rupanya. Haha.

Jadi sebab tak sempat cerita tahun lepas. Apa kata kita mulakan awal tahun ni dengan throwback. Harapnya semua akan bertahan melihat segala throwback yang ada.

Tapi yang pasti next entry lah. Haha. Ok bye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...