Pages

the clown is here

:)

Wednesday, 20 September 2017

Melaka River Cruise

Assalamualaikum..

Kalau baca post lama aku berjalan kat Melaka ni (refer sini), aku ada menyatakan keinginan aku untuk naik cruise kat Melaka ni. Tapi time tu tak naik pun. Rasa macam tak perlu, dengan panas-panasnya time tu. So batalkan niat.

Tapi kali ni sebab berjalan time malam, sejuk sikit, dan pemandangan pun macam nice je berlampu-lampu bagai, maka aku dan kawan-kawan trylah naik Melaka River Cruise ni.




Tengok tu sepanjang Melaka River tu memang cantik. Untuk mana yang tak tau, keliling sungai tu ada banyak kedai-kedai menarik. Kiranya kalau korang makan atau melepak kat kedai tu, akan ada port sebelah belakang untuk korang menikmati suasana tepi sungai tu.




Nampak tak tu berderet kedai tepi tu. Bersinar-sinar memanggil korang datang kat situ. Haha. Korang takkan kesunyian pun kalau naik bot ni. Tak perlu sendu-sendu, sebab sini sentiasa meriah. Bukan kedai makan je, ada je benda-benda lain lagi yang boleh menarik perhatian korang. Memang cantik.




Sepanjang sungai ni memang ada je kedai-kedai. Bila siang mungkin tak nampak sangat meriahnya, tapi bila malam macam ni, memang meriah. Ada jugak nampak mural cantik-cantik sekeliling tu. Kiranya memang diorang menitik beratkan keindahan untuk tarikan pelancong kat sini lah. Kira #DontMessWithMelaka lah ni. Haha.




Ni dia geng aku naik cruise ni. Dia takdalah cruise sangat. Cuma sebuah boat yang boleh naik ramai-ramai. Haha. Sekali naik tu memang ramai boleh naik. Ada beberapa group lain pun naik sekali dengan kitorang time ni.




Masa awal-awal naik ni, aku excited lah, nak duduk depan sekali. Nak menikmati pemandangan dengan clearlah kononnya. Tapi lepas dah naik ni, aku cadangkan semua orang yang naik ni, avoid lah selagi boleh daripada duduk depan sekali.

Sebabnya, bila dah bergerak je bot ni, air akan terpercik ke dalam bot. Lagi-lagi part corner, memang confirm terpercik airnya. Bila bertembung dengan bot lain, lagilah bergelora air tu. Air dia kalau sesuci lebaran takpa jugak, ni bau dia halamakkkk. Jadi korang kalau naik, aku nasihatkan duduk lah bahagian dalam sikit.




Macam aku cakap tadi, sepanjang sungai ni korang takkan sunyi lah. Boleh tengok sekeliling dia. Cantik-cantik je semua, dengan lampu warna-warni. Meh cuci mata sikit.






Korang akan lalu bawah banyak jambatan. Tak perlu tundukkan kepala. Confirm lepas. Haha.




Nak naik tuuuuu..








Tetiba ada jambatan nama bapak sendiri. Sejak bila kerah tenaga buat jambatan kat sini, bah?




Nampak tak jambatan yang sama, tapi warna lampu dia sudah bertukar dah. Cantikkkk




Masa naik ni memang ada beberapa bot lain jugak. Kiranya sentiasa ada jela bot ni. Tak susah nak naik. Kalau pergi kat kaunter tu, beli je.

Untuk harga tu, berbeza-beza ikut jenis. Eh jenis ke? Haha. Maksud aku kalau dewasa lain, kanak-kanak lain. Untuk MyKad holder pun lain, untuk pelancong lain. Dan semestinya untuk hari biasa dengan hari cuti, confirm lain. So nak lebih specific bolehlah refer dekat signboard tepi tu. Ataupun kalau nak bajet-bajet dulu, boleh google siap-siap.




Ok muka ada senyiummmm. Dah merasa naik cruise ni, muka ada banyak senyiummm. =P



Tuesday, 19 September 2017

E-day Ily & Faiz (Part 1)

Assalamualaikum..

Di saat post ini di update, kami dah selamat bertunang 6 bulan yang lepas. Haha. Betul-betul genap 6 bulan baru berani up cerita. Bukan apa, kata orang bertunang lebih baik disembunyikan kan? Tapi sejenis pelupa macam aku ni, lebih baik share kat sini. So nanti baca balik baru ingat semula cerita lama. Tu pun kalau time tu aku belum lupa lah yang aku pernah ada blog. Haha.

19 Mac 2018.
Tarikh pertunangan aku dengan Muhammad Faiz bin Rusli. Pergh bagi nama penuh terus. Kot ni pun lupa jugak sat lagi ke macam mana? Muahaha.

Pilih tarikh main suka hati je. Takda fikir nak cantik ke apa. InshaAllah tu memang tarikh yang dah ditetapkan Allah, dan maka terjadilah semuanya. Oh ye masatu cuti sekolah. So kalau Johor ni bolehlah buat Ahad. Kalau tak, Sabtu je lah orang available pun.

Persiapan semuanya agak lebih kurang je. Ok first untuk Part 1 ni, nak share pasal barang hantaran jela dulu. Sebab bebelan ni akan jadi terlampau panjang. Kena by part. Haha.

 So, untuk hantaran kitorang decide nak bagi benda yang betul-betul kami berdua akan pakai. Taknak bagi benda yang asal bagi nampak banyak je, last-last nanti tak guna pun. Dan lagipun kitorang dua-dua setuju nak bagi hantaran ni masa bertunang je, masa kahwin nanti tak payah nak serabut kepala lagi untuk hantaran lain. Alhamdulillah family tak bising pasal ni. Setuju je. So okay jela.

 Ada sekali Faiz datang sini bulan 12 tahun lepas, tengah-tengah lepak kat KFC (masatu konon celebrate berdualah birthday dia), kitorang keluarkan handphone masing-masing, tulis barang apa yang masing-masing nak. Haha. Time ni lawak, sebab macam tetibe dia tulis lepas tu aku pun macam "Ohhh kau ingat kau sorang je serius, aku pun lah. Meh sini list barang". Tapi aku cakap dalam hati jela. Haha. Tapi dalam tiba-tibanya tu, banyak jugak list dia bagi. Bankrupt lah aku mak. Lol. Yang aku pulak sikit-sikit tak tau nak apa. Benda first minta adalah Telekung Siti Khadijah, lambang cinta sejati. Ewahh. Lepastu yang lain-lain tu fikir banyak kali. Nak beg lah, nak buku lah, nak set pencuci muka lah (sebab masa ni muka teruk gila, jerawat segala bagai, breakout habis, so nak lah try set yang mahal2 kot2 dapat kan HAHAHA), nak kasut, dll lah.

Lepas tu masih jugak aku tak tau nak barang apa yang betul-betul nak ni. Sampai habis makan, jalan-jalan kejap kat Aeon Tebrau tu, cari idea apa nak. Setiap kali idea datang, setiap kali tu tulis. Gigih taknak lupa. Lepas tu untuk senang jugak nanti boleh bajet nak berapa banyak duit guna untuk barang  hantaran ni je kan.

Dah nak dekat tu dalam sebulan sebelum majlis kot, baru cari-cari barang. Faiz datang Johor. Jadi kitorang pun pusinglah cari barang. Banyak gila tempat pergi sehari tu je. Penat tau tak penatttt shopping dengan Faiz ni. Semua benda nak tengok dulu. Geram pulak aku. Haha. Berikut adalah list tempat kitorang pergi.


1. City Square
Faiz ajak tengok-tengok. Betullah tengok je. Tak beli apa, jalan je dari tingkat atas ke bawah semua tengok je. Fine.

2. Aeon Tebrau
Dia jugak yang ajak. Dan dapatlah jam dia seketul. Aku beli jugak. Tapi beli barang bukan barang hantaran. Muahahaha. Barang hiasan untuk bilik. Kira halal lah. Untuk tunang jugak. Kasi seri sikit bilik. Mihmih.

3. Aeon Bukit Indah
Kat sini aku beli barang. Beli beg kot. Faiz beli sweater rasanya.

4. JPO
Asalnya nak beli kasut-kasut untuk Faiz. Kenapa kasut-kasut? Ye sebab lebih dari sepasang. Hmm. Tapi satu pun tak beli kat sini. Last-last memang aku jugaklah yang beli. Beli minyak wangi kat Victoria Secret.

5. Aeon Kulai
Kat sini beli banyak sikit. Beli sepasang kasut Faiz (ye baru sepasang ye, baruuuuu), beli seluar Faiz, beli purse aku, dan juga coklat-coklat. Awal gila beli. Padahal masatu ada lagi dalam sebulan kot nak bertunang. Fikir balik tak cair ke coklat tu nanti. Haha. Tapi dah beli kira halal jela. Cair nanti ganti lah lain.

6. Al-Ikhsan Taman Universiti
Kan aku cakap kasut Faiz baru sepasang kan. Yang ni yang kedua. Tapi dia pergi sendiri. Aku tak ikut dah. Dapatlah kasut yang dia nak. Sebab singgah kedai lain semua dia tak berkenan.


Dan barang-barang hantaran minta Kak Sarah jiran aku untuk hias dan siapkan semuanya. Cadang awal aku nak buat sendiri. Tapi Kak Sarah offer harga baik punya. Tambah memang cantik pun dia buat. Simple dan cantik. Sini aku paparkan untuk tatapan korang semua. Ewah.


Buah-buahan (Dari pihak aku)


Coklat (Dari pihak aku)


Kasut futsal


Kasut jalan


Jam tangan


Set sweater & seluar


Beg & purse


Buah-buahan (Dari pihak Faiz)


Telekung


Coklat (Dari pihak faiz)


Perfume


Kek (Dari pihak Faiz)


Kek (Dari pihak aku)


Cincin


Itu jela. Semua aku tengah guna sekarang barang-barang tu. Takda satu pun tersimpan tanpa hala tuju. Haha. Yang penting dah lepas satu majlis. Lepas ni aku cerita tentang majlis tu pulak. Harap masih mampu lah nak bercerita. Ikut aku kadang malas. Haha.

Ok thanks membaca. Doakan yang baik-baik untuk aku please.

Monday, 18 September 2017

Upside Down House Gallery Melaka

Assalamualaikum...

Sesungguhnya, lawatan ke tempat ini berlaku di tahun lepas. Sekian untuk makluman.

Haha. Aku rasa banyak gila benda boleh update kat blog ni. Tapi oleh sebab takda kesedaran tentang kepentingan update blog, maka banyaklah kejadian/kenangan yang terkubur begitu saja. Muahaha. Tapi taknak terus hilang dari memori, aku terus tulis kat sini tanpa berlengah lagi.

Upside Down House Gallery ni korang boleh waze je. Ataupun sebagai rujukan, boleh refer alamat kat bawah ni :

Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia

Dia kat macam deret-deret kedai je.

Untuk makluman korang jugak, aku pergi sini dengan colleagues aku, kira company triplah. So sebelum pergi tu, dia bagilah list tempat yang kita akan pergi. Aku excited bila nampak tempat ni dalam list, sebab expectation aku adalah sebuah rumah yang memang dari luar je pun dah nampak terbalik.

Macam ni



Tapi bila sampai sana, aku macam ohhhh okayyyy dia studio je actually. Sebab tu lah namanya gallery kot. Kiranya dia macam dalam sebuah kedai, dia renovate semua dalam tu macam dalam sebuah rumah, tapi susunan perabot dia semua terbalik. Begitu.


Ni nak membuang macam mana ni?


Yang sebenar keadaan dia macam bawah ni.



So camera trick korang kat sini kena power, baru nampak macam real. Jangan risau, kat sini ada staff dia yang akan tolong korang ambik gambar. Jadi kalau datang dengan kawan-kawan berlima, confirm lima-lima ada dalam gambar, tanpa perlu korbankan salah sorang daripada kawan korang untuk jadi photographer. Ataupun hanya mampu selfie saja sebab nak make sure semua masuk. Haha.

Tapi time ni ada jugak aku paksa kawan aku tolong ambikkan gambar. Haha.
Contohnya..

Bedak ke mana, sikat ke mana entah

Dah nama pun rumah kan, mestilah ada bilik tidur.


Apa guna ada katil, kalau tidur beralaskan siling???


Last-last redha je tidur kat siling dengan happynya



Kalau time lapar ni mau terbang terus meja tu nak capai makanan tak dapat-dapat, bukan setakat orang yang terbang.




Baru nak acah rajin basuh baju, sapu sampah semua, baking, sekali jadi gini terbatal terus niat di hati. Ahaks.


Call pakwe jap lah, suruh tolong selamatkan kitorang semua yang berubah jadi belon ringan semacam (Walaupun hakikatnya berat badan sendiri pun malu nak sebut)


Pakwe dah datang, nak bukak pintu pun tak mampuuuu.


Okay dah merapu. Habis feeling-feeling spiderman. Haha.

Yang mana ada gambar group tu, kebanyakannya kitorang minta tolong staff sana yang ambikkan. Dia bagusnya sebab semua boleh masuk dalam gambar. Yang tak bestnya, staff sana punya skill/cara semua sepesen je.

"Okay tengok depan" *Snap satu gambar*
"Okay angkat tangan" *Snap satu gambar*
"Okay last tengok atas" *Snap lagi satu gambar*

Dan habis. Tu je. Semua tempat dia cakap macam tu. Kitorang pandang memasing dan redha jela gambar-gambar tu. Tu yang korang tengok sepesen je semua gambar. Tempat je lain. Haha.

Untuk yang nak mencuba, bolehlah singgah. Tapi rasanya mana yang jauh ke apa tak perlu gigih sangat pergi Melaka semata-mata nak pergi sini. Kebanyakan negeri lain pun dah ada dah konsep macam ni. Kena rajin google je. Haha.



Friday, 15 September 2017

Critical Time

Assalamualaikum..

Hmm aku ni dah dalam waktu-waktu kritikal sekarang ni. Masa macam ni aku kena ikat perut, ikat dompet, ikat duit sekali kalau boleh. Sebab kenapa, nanti-nanti jela aku cerita.

Jadinya sekarang, salah satu cara aku buat untuk capai matlamat aku tu, aku unfollow segala jenis instashop dekat IG. Muahaha. Konon dengan tak melihat barang-barang jualan diorang tu, aku akan mampu kawal diri dari "Terbeli" lah kan.

Alhamdulillah, so far berhasil.

Tapi masalah seterusnya adalah, hari-hari akan dapat email notification daripada Lazada lah, 11 Street lah, Nile segala bagai tu lah, tentang promosi-promosi yang ada dari diorang. T_____T

Nanti aku of courselah kadang tu "terbukak" jugak usha-usha. Dengan niat nak mengusha benda yang perlu je. Yang betul diperlukan saat ini. Tapi bila dah usha-usha tu nanti "tertengok" pulak benda yang tak penting. Dan "termasuk"kan ke Cart. Banyak betul "TER" aku ni. What the ...

Ni semua salah internet & teknologi masa kini lah ni. Zaman dulu nak beli barang kena pergi kedai. Nak keluar ke kedai pun dah perlukan duit. Kalau confirm takda duit, confirmlah tak akan keluar. Takkan lah terbeli barang-barang yang tak berfaedah tu.

Zaman sekarang dah lain, dok goyang kaki kat rumah, asal bank account masih belum menunjukkan amount bawah RM20, selagi tulah boleh shopping. Salahkan teknologi jela aku mampu sekarang ni. Haha.

Tapi aku masih dalam keadaan terkawal Alhamdulillah. Harapnya bertahan untuk beberapa bulan lagi ni. Korang doakan aku.

Macam aku sendiri...




#Donedoakattwitter



Monday, 11 September 2017

Hokkaido Ice Cream Puff

Assalamualaikum...

Pagi ni hujan. Hari Isnin lah nak hujan ek. Ahad ke Sabtu time cuti-cuti taknak pulak hujan. Kalau hujan boleh aku layan tidur (Padahal tak hujan pun dok syok layan tido kahkah).

Sejuk-sejuk ni tiba-tiba terbayang benda yang lebih menyejukkan.

Ais krim.

Halamak. Sedapnya. Sebagai peminat ais krim yang tegar (sebenarnya minat semua jenis makanan muahaha), tak kira panas ke sejuk ke beku ke, ais krim time teringin tu memang tak boleh buat main. Kalau boleh nak terus dapatkan. Kalau tak terbayang lah nanti makan dengan roti lah, yang cone biasa tu je pun dah sedapnyaaaa. Tak perlu nak yang mahal-mahal pun.

Yang bawah ni lagi lahhhhhh




Ais krim ni tengah viral time tu. Konon nak try lah rasa. Pergi Batu Pahat tau. Kat Old Street Commercial Centre tu. Time tu baru jugak bukak. Bukan main ramai orang. Sebab tempat ni cantik, rare sikit design dia apa semua. So memang menarik lah kalau nak singgah. Eh alamak tercerita benda lain pulekkkk. Haha.

Ok balik pada ais krim ni. Sedapppp. Aku try mint choc, green tea dengan ap eh putih tu. Kelapa kot. Tak ingat dah. Sebab ni lama dah pergi, tahun lepas. Haha. Tapi semua sedapppp. Dia punya macam roti tu actually bukan sejenis roti pun. Dia rangup. Memang macam tu kot style Hokkaido Ice Cream puff ni.

Nak makan kena gigih tau. Sebab bentuk dia tu macam menyusahkan jugak nak makan. Haha. Tapi tak kisah. Janji sedap. Ada je dalam cup kalau nak. Tapi sebab aku nak try dia punya puff tu, so beli yang ni. Baru dapat rasa kelainan sikit. Haha.




Kedai dia secoet kecik je kat situ. Aku gigih pusing cari kedai dia ni, last-last rupanya kat situ je. Haha. Masa ni memang ramai orang lah. Sekarang ni aku tak tau lah. Kot-kot kedai pun dah tak wujud dah. Haha. Tapi harapnya ada lah lagi. Mungkin dah kurang viral tapi masih ada je peminat dia. Macam aku. Hiks.



Thursday, 7 September 2017

Appreciation

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni tak lepas dari pertolongan orang sekeliling. Tak kira kenal ke tak, kadang tu eh tetibe je dia tolong kita kan. So kita sebagai manusia yang berakal dan berhati perut, mestilah ada perasaan untuk balas balik kebaikan orang. Just to show we appreciate their assistance. Kadang tu dengan hanya kehadiran dia je dah buat kita rasa nak hargai. Bukan nak suruh tolong apa pun kan.

So yeah. Itu lumrah. Dan sewajarnya, bila dah terima kebaikan, kita balas balik dengan kebaikan. Kalau tak pada orang yang sama, just balas je dengan random people around us. So that the kindness can be spread out and everyone can feel that in this world, masih wujud kebaikan tu.

Randomly yang macam, bila kita drive dalam jammed ada accident etc, kita bagi signal untuk tukar lane, then ada driver belakang slow down the car supaya kita dapat masuk. It's simple. Itu juga satu kebaikan. Then kita pun balas balik untuk orang depan kita yang nak tukar lane. So kita dah balas kan kebaikan tadi. Bukan pada orang yang sama, tapi pada orang lain. Tapi toksah lah kot baik hati sangat semua orang kau nak bagi masuk lane kau end up situ pulak yang jammed. Lol. Tapi gitulah konsepnya.




Dan jangan lupa jugak untuk diri sendiri. Jangan jadi kejam pada diri sendiri. Diri kita pun pinjaman Allah. So kena jaga baik-baik sebagai tanda syukur. Jangan terlampau baik pada orang, akhirnya diri sendiri terabai or merana.

Appreciate ourselves too. Jaga kesihatan, jaga ibadah, jaga emosi. Once a while belikan something untuk diri sendiri. Manjakan diri tapi jangan melebih. Teringin makan sesuatu then go get it. Lebih baik lepas buat sesuatu yang kita rasa berbaloi untuk spend some money on ourselves. Macam dah habis exam dan we get a good result, so why not belanja diri sendiri makan best-best. Sebab sebelum tu confirm dah struggle study for the exam kan. (Lain lah kau sejenis terer gila tak study tapi result gempak gitu).

So yeah, jangan lupa hargai diri sendiri.

I love me!



Tuesday, 29 August 2017

Murtabak Cheese Majid Kg Kurnia

Assalamualaikum..

Makan lagi. Ok jangan kecam sis sebab sikit-sikit makan je. Dah tu hobi nak buat macam mana. Haha.

Sekali lagi makanan best area JB ni. Agak dikenali seluruh Malaysia. Amboi. Haha. Murtabak Cheese Majid kat Kg Kurnia, JB.

Kalau korang waze je memang jumpa tempat ni. Dekat dengan Kebun Teh, dekat dengan Larkin, dekat dengan apa lagi entah. Lol. Tapi senang cerita kalau dah kat area JB ni memang senang dah nak jumpa, ikut je waze tu tunjuk ke mana.

Kat sini menu ada macam-macam. Maksud aku menu murtabak ni lah. Ada yang biasa, ada yang cheese. Lepas tu kalau cheese tu pun ada lagi dia punya peringkat menu dia tu. Ada biasa, ada special, ada jumbo. Aku rasa perbezaan tiga-tiga ni adalah kemeriahan cheese dia. Paling meriah haruslah paling mahal. Dan ada tiga jenis murtabak, ada ayam, daging, dan kambing. Boleh lah pilih ikut mana tekak tu berkenan. Nak try semua pun boleh.




Nyums.

Yang aku try kat atas tu special punya. Kambing special kalau tak silap. Cheese dia sumpah meleleh. Bila nak ambik tu tarik macam makan pizza tu. Sila bayangkan. Muahahaha. Tapi biasalah bila lambat sikit dah keras sikit cheese dia. Jadi makan panas-panas baru best.


Gooooooddd

Dan kat sini style dia, korang datang, dia ambik order murtabak apa, air apa semua, nanti dia hantar direct ke meja. Tapi dia hantar murtabak dengan air tu je. Kuah ke sambal ke apa semua kena ambik sendiri. Self-service. Kat tengah tu ada lah satu balang besar untuk kuah dia. Ada sos dengan timun jugak. Ikutlah selera masing-masing nak makan macam mana. Dah habis makan, pergi kaunter, tunjuk meja nombor berapa, dan dia bagitau total harga semua.

Kalau rasa nak tapau bawak balik, atau memang taknak makan kat sini, boleh beli kat depan kedai ni je. Ada dia jual yang dah siap bungkus. So senang. Beli lepastu belah. Tapi takdalah drive thru eh. Haha.

Ok thanks again for reading. Silalah mencuba murtabak cheese kat Kg Kurnia ni. Kalau takda geng ajaklah aku. Hiks



Wednesday, 23 August 2017

Restoran ZZ Sup Tulang

Assalamualaikum..

Restoran ZZ Sup Tulang ni rasanya tak perlu dah kot diperkenalkan. Dah famous siap ada cawangan banyak lagi area Johor ni (tak sure luar Johor ada tak). Artis pun bukan main ramai dah melantak kat sini. Rakyat marhaen apatah lagi. Tapi aku nak jugaklah share experience makan kat sini.

Nama restoran je dah sup tulang, so memang yang main dish dia sup tulang lah. Tapi ada menu lain. Dan aku paling suka mee rebus dia. Kat sini ada jugak ayam penyet, western food pun ada. Jadi banyaklah jugak pilihan dia.




Konsep kat sini agak menarik. Ada meja yang boleh duduk bersila. Ada yang boleh duduk kat kerusi. Bumbung semua atap nipah punya style. So sejuk je walaupun kau makan tengah-tengah hari buta. Haha. Tapi kipas pun memang ada disediakan. Bukan takda langsung dengan harapan angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa ada. Kipas ada okay. Aircond jela takda.


Tengok tu bumbung dia.

Masa aku pergi ni ramai orang, walaupun dah pukul 3 lebih. Mula-mula tu ingatkan nak feeling-feeling makan kat rumah bersila kampung style gitu, sekali tengok meja-meja macam tu semua penuh. So duduk jela kerusi biasa. Tak kisah lah semua tu. Ada yang lagi penting daripada tu semua.

Apa dia?

Of course lah paling ditunggu-tunggu mestilah makanan dia. Perghhh. Telan air liur ke tak tu?




 


Kalau nak order macam aku makan ni, boleh cakap nak mee rebus tulang. So dia akan bagi sebijik macam ni. Dia punya tulang tu akan dapat dalam 4 ketul. Tapi aku punya 3 ketul je. Cis.




Pergi time ni dengan adik dengan mak. Tiga-tiga order mee rebus tulang ni. Adik cakap sebab sup dah selalu masak kat rumah. So bila makan kat luar ada menu lain ni dia nak try yang lain lah.




Mak pun macam puas hati makan mee rebus ni. Tengah penat balik kursus, dapat makan pulak sedap macam ni. Sengihlah dia. Tapi muka still muka penat. Sabtu pun kena kerja kan, kesiannnn.

Dan proses membersihkan mee rebus pun bermula. Adik memang feveret dia lah kalau tulang-tulang macam ni. Dia akan cungkil habis segala isi dia. Memang berbaloi bawak dia ni. Dengan orang lain punya makanan sekali dia sapu bersih. Haha.

Korang tengok jela perangai adik aku tu. Korang tengok pun confirm kenyang.


Angkat siki tulang, bagi clear mee semua.


Okay dah clear segala mee, bolehlah bersihkan tulang pulak.


Sedut sikit bahagian dalam tu. Ada banyak sum-sum dia. 


Dan saya pun bahagia. Tamat.


Belum tamat sebenarnya. Pinggan aku dia tarik jugak, pinggan mak pun dia tarik jugak. Semua dia kasi licinkan habis-habisan. Haha. Puas hati orang belanja makan macam ni. Berbaloi setiap sen.

Oh ye, setiap mangkuk kalau order tulang ni, dia akan bagi straw bagi senang nak sedut tu. So tak payah korang susah-susah fikir macam mana nak sedut dalam part paling sedap tu kan. Haha. Tak payah jugak korang gadaikan straw air minuman korang semata-mata nak sedut tu. Haha.

Oleh sebab itu jugak, kau bising macam mana sedut sum-sum tu orang sekeliling takda hairan pun. Sebab semua sama. Tak payah cover cun sedut lemah lembut ke apa. Semua orang memang confirm sedut sampai bunyi punya. Lepas tu takdanya nak acah-acah pakai sudu bila nak operate tulang ni. Semua pakai tangan je. Baru puas.




Tu muka aku puas jugak tu. Lol. Selamat mencuba semua.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...