Pages

the clown is here

:)

Thursday 8 May 2014

SPRM visit

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan, SPRM visit here it comes. 


tina - kede - me


hari kedua ni kitorang diarahkan pakai baju korporat accounting tu. so semua pun kebiruan lah pada hari tu. senang kalau hilang kat mana2 orang boleh cam. tak payah nak buat pengumuman ke apa ke. haha. oh ye, belakang tu bukan almari ye. jangan confuse. tu baju budak2 ni memasing rajin nak menggantung blazzer diorang. maka mempersembahkan wardrobe SHAC students. haha

visit ke SPRM ni tak banyak gambar sebab dari awal memang tak dibenarkan bawak handphone segala bagai tu. masuk dan kamu hanya dibenarkan menyimpan kenangan indah dalam bentuk memori di dalam kepala saja. mungkin dia saja bagi kita rangsang otak kita, tak payah nak depend on gadget sangat. agaknyalah. haha. ok tak, ada lah dari segi security and all that. korang pun boleh fikir logically kan benda2 gitu. sebagai pelawat kita kena hormat. 




CAKKK!

terkejut kan? saja bagi segar sikit. herm

visit ke SPRM ni sangat menambah pengetahuan lah aku rasa. sebab selama ni jenis tak berilmu sangat. kahkah. maksud aku macam apa diorang buat, apa sistem diorang guna, macam mana keadaan dalam tu, semua tu lah. mungkin boleh agak lah kan. hasil tengok kat dalam tv ke drama tu semua. tapi ni versi real depan mata punya. so lebih meyakinkan lah. haha. 

pape pun best pergi sini. awal2 tu kitorang semua kena ambik gambar. memang gitu konsep dia. sebab gambar tu nanti semasa pelawat tengah sibuk jalan2 melawat sana sini, diorang akan cuci dan framekan gambar tu so that hujung sesi lawatan tu dia akan bagi balik gambar tu kat kita sebagai kenangan. :)

lepastu kat dalam tu menariklah sebab dapat pegi bilik kawad cam, dapat masuk dan tengok lokap dia, pergi bilik pameran dia. dan lastly ada sikit sesi perkongsian antara pihak SPRM dengan UTM. oh masatu ada sekali students dari UMT kot kalau tak silap. so bergabung sekali dengan diorang.

dan habis tu dapat makanan free. bagusnya gini. tolong semua tempat lawatan buat macam ni. kahkah.

kitorang lunch terus kat situ dan keluar dari situ dalam pukul 1.00pm kot. lepastu tak terus balik pun. pergi Alamanda kejap sementara tunggu yang lelaki2 tu pergi solat jumaat kat masjid putrajaya tu. dan gerak balik ke UTM pukul 3.30pm. yeayyy balik! haha




ni lepas keluar je dari SPRM tu. semua dah dapat handphone dengan kamera masing2 terus selfie. memang kami dan selfie berpisah tiada. tapi yang bencinya diorang tak ajak aku sekali. masuk belakang je tu ha si tudung purple tu. setapak dua tapak je lagi nak masuk dalam selfie dah kan. cis sungguh.

-.-''

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...