Pages

the clown is here

:)

Friday, 31 January 2014

Gunung Ledang edisi 2013

Assalamualaikum..

Ni cerita tahun lepas. Yesss tahun lepas. Biasalah. eh biaaasaaa diaa. Haha.

Sebenarnya dah tak ingat mende. Sebab tahun lepas kan. Moh ler throwback je sebab macam kesian ada cerita ni tapi simpan je. Muahaha. Cakap jela dah takda modal lain nak cerita kan. Ek eleh.

Ok lah geng ke gunung kali ni adalah ahli keluarga aku je. Nak bawak sapa lagi takkan nak bawak ahli keluarga awak pulak. Kan kita belum jadi keluarga lagi. Kahkah.


abah - mak - kakak - amal - abude - adik


Yang paling bahagia mestilah adik. Dia kan suka mandi2 gunung ni semua. Aku sebagai kakak mithali mestilah bahagia bila adik bahagia. Hmm

Gunung Ledang ni favourite kitorang sebab rasanya masih kekal dan kuat lagi suasana semula jadi dia. Lepas tu kawasan dia luas ada atas bawah tepi sana pun ada eh larrr sini pun ada. Ha macam tu. Siapa yang rajin boleh lah naik tinggi2 sana lagi. Tapi aku tak ler nak naik tinggi sangat. Mak abah tak kuat dah. Tapi bawah pun best je.


Kau tengok ni rasakan best dia? Muahahaha


Biasalah kalau mandi gunung takdanya nak sekejap memasing. Berhenti kejap pun sebab nak makan je lepas tu masuk berendam balik. Ha lagi satu aku suka kalau air terjun Gunung Ledang ni adalah dia tak halang kau nak bawak makanan. Ada certain waterfall strict tak boleh bawak makanan kan. Siap ada check2 lagi. Lepas tu boleh makan makanan dia jual je kat dalam tu. Masalahnya kalau jual murah takpala. Ni makan secoet je rasa kenyang dah sebab mahal. Yang tu mostly waterfall yang dah upgrade lah kot dah buat ala2 waterpark sikit. Tapi Gunung Ledang tak lagi dan harapnya kekal lah sampai bila2.


bekalan kami


Dan boleh jugak kalau yang rajin tu nak buat BBQ ke apa ke. Ada tempat disediakan. Best kan? Boleh lah makan panas2 gitu lepas puas bersejuk2 dalam air kan. Tapi makanan tu bawak lah sendiri. Dia sediakan tempat je. Kau angkut je makanan kau prepare dari rumah siap2 lepas tu bakarlah kat situ.




Dah puas mandi, marilah pulang ke pangkal jalan ye anak2. Nak mandi berapa lama lagi. Mandi kat rumah je dah lepas ni.




Byeeee puteri gunung ledang. Eh nenek kebayan



Monday, 23 December 2013

#UTMPEC2013

Assalamualaikum..

hai hello hola holi diberi nama. ehem

yang sana tu, jangan buat2 terkejutlah tetibe ada post baru kat blog ni. please jangan ye. LOL

okay tanpa pembukaan yang baik. okayyy nampak dah makin lari skill blogging tu. takpa, pelan2. :P

alkisahnya, dengan rasminya esok bermula lah study week dan oleh sebab itulah aku ada masa nak update blog ni. sebab baru lah bebas daripada segala assignments, tests, quiz, programs, blablabla and etc.

lepas study week, exam week, dan lepas tu bermula cuti semester. jadi sebelum berakhirnya semester kali ni, apa kata aku share sikit apa benda yang aku buat semester ni. salah satunya lah ye. 

 it's called Perodua Eco-Challenge 2013 (PEC2013) yawww!

apa PEC ni? soalan yang sering kitorang dapat.
dan jawapannya, PEC ni sebenarnya satu competition yang dianjurkan oleh Perodua. yerrr Perodua, yang produce kereta tu. so kalau dah dia produce kereta, kitorang yang join pertandingan ni mestilah ada bersangkut paut dengan kereta jugak kan. 

ye betul tu betul sangat. 
untuk tahun 2013 ni, PEC buat satu theme baru. theme ke? alah lebih kurang lah. kali ni, setiap universiti yang join diberi sebijik MyVi dan pasukan yang join tu kena modify kereta tu dengan new design, new features, new tagline, dan macam2 lagi lah. kiranya macam kena produce kereta baru untuk Perodua ni. 

setiap universiti tu akan ada engineering team dan jugak marketing team. and here we are!


engineering team


marketing team


meriah kan?
a very big family. 
UTMPEC family :DD

dan pada 12, 13, dan 14 Disember yang lepas, pertandingan sebenar bermula di Shah Alam. both marketing and engineering team ada challenge dia tersendiri. dan kami semua telah cuba yang terbaik. 


this is our car.
PERODUA NYDIA


ha ni lah dia Perodua NYDIA!
tu nama produk kitorang. it means safe and comfortable.

dan untuk pengetahuan semua, UTM team menang tempat ke-3 untuk presenter terbaik, dan jugak tempat ke-5 untuk long distance challenge. wohooooo
*kembang2 hidung sebab bangga*

apa2 pun, jujur aku cakap aku tak melihat pada kemenangan tu sangat. pengalaman dan ilmu sepanjang join PEC ni yang sangat2 bernilai. dapat belajar benda baru. dapat kenal kawan baru. dapat tengok dunia baru. haaa macam2 lah.

dan sebenarnya aku jugak bangga dengan kebolehan kawan2 aku. aku sedar masalah yang ada, aku tahu kekurangan yang ada, but then we all try to made it happens. memang korang semua hebat2 belaka lah. and some of them yang memang betul2 work hard untuk PEC ni, subhanaAllah korang memang terror sangat lah weiiii. tak tahu nak kata apa dah. salute and salute and salute again. korang kuat dan harapnya kemenangan kali ni mampu bagi kepuasan kat korang. next time kita pulun habis2 lagi bagi memang keseluruhan pulak. haaa tengok, punya ambitious perempuan ni. :P

apa2 pun, for the UTMPEC family, we made it!
walaupun banyak masalah, banyak halangan, banyak dugaan, tapi kita still bertahan together and overcome all those things kan. lepas tu menang pulak tu lagi. haih lagi lah best. jom bangga sama2 jom. haha


UTMPEC's family



dan mereka :))

ehhh, sebelum tutup cerita ni, bagi aku ruang untuk ucapkan TAHNIAH kepada Mia. my one and only classmate yang join PEC sama dengan aku. 

to Mia,
congratulation bebeh! u're the best. present best, nyanyi best, menari best. ahhh semua lah best. and therefore u deserve to be a winner. 
and thanks jugak sebab join PEC. sama2 share idea, masalah, cerita dan macam2 lagi. seriously kalau Mia takda, memang rasanya tak mampu kuat sorang2 dalam PEC ni. eceh kemaen ayat. haha
okay dah. romantik sangat pulak rasa. :P
in short, tahniah dan terima kasih :DD

gonna miss #UTMPEC2013


Thursday, 28 November 2013

The Garbage Truck Theory

Assalamualaikum..

first and foremost, korang semua kena baca dulu cerita bawah ni. the whole story tau, jangan mengelat baca setengah2 pulak. jentik dahi tu kang. hikkss :P


The Garbage Truck Theory


dah habis baca dah? 
ada rasa apa2 tak lepas habis baca tu?

this story was shared by one of the lecturer in UTM. nice and very inspiring. touched as well. 

plus, masa lecturer tu cerita, nada dia cerita and the way dia explain every part of this story memang amat2 best dan menarik. he read and explained line by line. dia buat students dia ni semua ambil masa untuk fikir dan reflect balik pada diri sendiri, termasuklah aku.

lately memang aku busy. busy macam2 lah. assignment, test, interview, program and etc. and mostly semuanya melibatkan kerja2 yang berkumpulan. bukan individu lagi dah. kenalah dengan situasi sekarang kan. dah tahun 3 ni, dah nak LI dah pun, keadaan haruslah lain sikit daripada dulu kan. sekarang ni semuanya berkaitan dengan real situation bila dah masuk alam pekerjaan nanti. masa kerja nanti lagilah kita akan hidup dan jumpa dengan ramai orang yang kita entah kenal entah tak. dan bila hidup dalam masyarakat yang lebih besar scope nya ni, macam2 perangai kita akan jumpa. dan confirm lah bukan semuanya kita boleh terima dan suka. even orang lain pun belum tentu suka kat kau kan. baik ke jahat ke is not the point, basically bila kita dah set mind tentang certain people ni, kita akan keep on judging them based on those perception kan. 

so, apa kata kita try to avoid that action. 
macam mana? macam cerita atas ni lah. :)

be positive. always and always.
cuba jangan merungut sana sini, orang tu macam ni, orang ni macam tu, but end up diri sendiri sebenarnya tak berapa bagus pun. (okay yang ni kena suruh diri sendiri baca banyak kali. HAHA)

dan dah tau tu, cuba bagi yang terbaik. ikhlaskan hati dalam bekerja. inshaAllah semuanya akan kembali kepada apa yang dirancang. Allah kan ada :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...