Pages

the clown is here

:)

Wednesday 26 March 2014

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalamualaikum..

hohoi.
harini saja lah nak post pasal JPO ni. kata anak johor kan. haruslah selitkan sikit pasal JPO ni. salah satu tarikan kat johor katanya. lagipun dekat sangat dengan rumah. kalau tak pernah pergi macam menipunya kau ainnn *dushdush*

perginya dah banyak kali jugak, tapi percayalah, hanya mampu mencuci mata dan menemani orang je. nak membeli adalah sangat tak mampu. memang orang kata OUTLET ni selalunya lagi murah daripada kedai2 branded kat luar tu. tapi kat JPO ni, harganya lebih kurang je aku rasa dengan kedai lain tu. lagipun johor kan, apedehal kalau johorian taknak beli barang2 kat sini, singaporean bersepah beli barang kat sini. duit berlambak. makanya, mungkin itulah tujuan JPO ni. nak attract orang singapore. ehhh tapi bukanlah singapore je, malaysian yang mampu bolehlah jugak shopping kat sini. aku ni belum lah tahap duit tu tak tahu nak buat apa lagi. so kalau nak beli pape tu baiklah pergi ke Mydin ke, Giant ke, takpun Econsave. haaa gitu. 

yang kali ni adalah versi membawa rakan2 bukan anak johor berjalan sekitar johor. haaa description dia, agak lengkap di situ. HAHA. alkisah masa cuti mid sem ni, kitorang kan kena balik awal sebab banyak benda nak settle kan, so kitorang ambik inisiatif untuk kurangkan kebosanan dan ke-frust-an kami dengan berjalan sekitar JB. and to JPO we go! :))

dan untuk yang tanya cerita midsem bila punya cerita ni, ni adalah mid sem break yang lepas. ni dah jumpa midsem break lagi baru gagah update cerita yang lepas. memang macam tu. korang tunggu jela cerita midsem kali ni sekitar sem depan ae. haha.


ika - aku - mia


sem lepas kan ku busy dengan PEC. dan masa midsem break tu pun kena balik utm awal sebabkan PEC tu. so dah alang-alang duduk utm, bawaklah diorang ni pergi JPO ni sebab diorang tak pernah pergi lagi masa ni. bolehlah aku riak sikit konon-konon aku orang johor yang sangat terror bab jalan-jalan kat area johor ni. padahal. =.=

apa aku boleh kata (konon-konon tolong promote JPO lah ni kan), tempat best dan cantik. kedai pun banyak. dan kemurahan harga tu depend. ada barang yang memang harga okay, ada yang macam tak kena langsung dengan barangnya. macam aku haritu dok usha blazzer macam okay. baju, kasut, beg tu semua certain kedai okay jugak. so kena pandai pilih lah. tu je.

dan untuk mereka yang duduk sekitar johor tu moh ler melawat JPO ni. kalau banyak duit sila lah shopping. Tahun Melawat Malaysia katanya. huhu



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...