Pages

the clown is here

:)

Tuesday, 9 February 2016

Ecru Tuckshop

Assalamualaikum..

Ecru Tuckshop Kulai. Dekat je dengan Aeon Kulai tu. Depan je. Senang je nak cari. Dan oleh sebab dekat sangat dengan rumah, banyak kali jugak aku dah menyinggah. Layankan tekak. Haha.

Dari segi menu dia, agak banyak pilihan dia. Ada nasi2, mee pun ada, spageti ada, chicken chop, fish and chip, dan banyak lagi lah. Ni tahun baru dengar2 dia ada tambah lagi menu. Yang baru2 belum sempat nak try lg. Kena try jugak ni nanti. Haha. Sesiapa nak usha dulu boleh tengok instagram dorang @ecru_tuckshop. Haa pergilah cuci mata dulu sebelum cuci tekak dan perut. 

Meh aku belanja sikit je yang sempat snap masa pergi haritu dengan zura.


Matcha latte


Hei yang ni matcha bukan yang deyyy macha roti canai satu. Bukan eh. Ni matcha ataupun green tea. Ni favourite aku. Memang kaki green tea. Sekali dapat matcha latte ni memang mengimbau zaman belajar kat jepun dulu. Eceh berangan. Haha. Tapi sedap. Pekat je. Aku suka yang hot ni. Tapi cold pun ada jugak. Boleh pilih.


pilihan kami hari tu


Macam aku cakap. Banyak sebenarnya menu dia. Tapi aku pernah try chicken parmigiana dengan meatball dia. Pernah rasa jugak nasi goreng, spageti dengan lam mee. Okay ada rasa dan sedap. Menu untuk breakfast pun boleh tahan menarik. Ni ada menu baru macam fisherman's basket jugak dan yang tu sangat2 rasa nak try soon. Boleh lah korang try jugak. Pergi tengok instagram dorang cepat2 untuk dapatkan idea sebelum serang ok.


Zura bersama makanan


Bersama kawan baik terpaling baik lagi2 bab makan memang paling ngam. Muahahaha. Dia ni berkali2 ok ajak ke ecru ni. Tu yang aku mampu rasa banyak menu tu. Eh tapi tak cukup banyak lagi. Ok jom pergi lagi.




Alahai gambar tak menarik dan tak membantu langsung. Haha. Takpa. Sekali lagi ditegaskan, silalah ke ig @ecru_tuckshop ni terus ok. Senang lagi nak tengok makanan apa nama dia semua. Gambar semua jelas dan menarik perhatian. Takda kau terpinga2 masa datang. Sebab kat menu bukan semua ada gambar. Jadi boleh tengok dulu kat ig.

Selamat menjamu selera. Brpp



Sunday, 7 February 2016

Kota Tinggi Waterfall

Assalamualaikum..

Hujung tahun lepas, aku dengan family saja lah pergi Air Terjun Kota Tinggi. Lepas abude habis SPM dia. So saja lah konon nak bagi memasing enjoy sikit. Nak ajak jauh2 tak mampu lagi akak dik. Maaflah. Haha. 

Dah bertahun jugak tak pergi air terjun kota tinggi ni. Selalu pergi kat Gunung Ledang je. Kota Tinggi punya air terjun ni memang dah lama tak jejak. So tengoklah jugak kan kot2 ada beza ke dari sebelum ni pergi. 

Kitorang pergi hari Jumaat. Dah terang2 lah kosong kan tempat ni. Haha. Saja memang taknak pergi weekend. Nanti ramai orang tak puas lah nak mandi. Lagipun kebetulan Amal cuti hari jumaat tu. So aku laju jela apply cuti jugak. Alangkah bahagianya bila bos tak banyak soal. Dia tau kot aku dah gigih kerja so dia bagi je cuti. Muahahaha

Gerak dalam pukul 7.00 pagi. Sampai dalam pukul 8.00 pagi. Masa pergi tu abah lalu jalan Felda Inas sebab boleh potong banyak lah. Tu kot cepat sikit. Memasing pun dah tak sabar nak mandi. Bukan main. Kat rumah malas je nak mandi padahal. Aku lah paling malas. Eh

Sebab awal sangat sampai, eh bukan setakat awal. Orang paling first sekali selepas pekerja2 bangla kat sini aku rasa. Memang masa sampai tu kereta pertama lah yang masuk senang cerita. Haha. Jadi makan lah dulu kami semua. Lapar lah hoi bangun terus siap2 je mana sempat makan. Dan nasi lemak ayam mak adalah penyelamat perut pagi tu. Omnomnom


Kakak - Abude - Abah - Abang Ngah - Adik - Emak


Kau tengok abude mata pun separuh terbukak lagi. Haha. Dah kenyang memasing apa lagi panaskan badan dulu. Yela nanti dah mandi sejuk kan.




Mak dok tergelak je dengan perangai adik. Kalau aku bukan gelak lah rasa nak gertak ada lah. Hoi jangan buat perangai macam ni lagi! Gitu




Oh rupanya sekarang bila masuk akan ada bangla ni pegang kamera ambik gambar dulu. Nanti nak balik tu dia tanyalah nak beli ke tak gambar dia ambik masa datang tu. Tapi aku tak beli dan tak tau berapa harga gambar tu. Cuma boleh agak mesti mahal punyalah. Jadi aku lebih bijak, minta tolong dia ambik gambar kitorang satu family sekali lagi guna phone kitorang je. Jadi dapatlah seketul gambar family macam ni. Haha. Aku agak sama je gambar yang dia ambik pakai kamera dia pun. Lehhh




Pertama sekali mestilah kena naik paling atas. Tapi tak mungkin nak memanjat kan. Mak abah mana larat. Paling atas pun part yang ada air terjun tu jela. Haha. Ada satu keluarga ke dua keluarga je masa kitorang sampai tu wei. Memang terasa air terjun tu kitorang yang punya. 

Dah puas mandi betul2 bawah air terjun kitorang turun bawah sikit. Bagi adik2 puas berenang. 


Pesen tak reti sejuk tak reti penat




Abah pun taknak kalah. Semua pun lah. Aku je dah mengalah awal2. Tak mampu dah tahan kesejukan kelaparan semua lah.

Dah puas kat situ. Ke bawah lagi. Kat kawasan hujung tu ada gelongsor semua lah. Adik biasalah dia memang nak try semua.




Memasing. Hmm.

Masa datang ni memang musim hujan. So adalah kejap tu hujan. Semua memang cari port je dulu nak lindung dari hujan tu. Kat sini memang banyak pondok2 semua. Bolehlah berteduh kejap. Berhenti je hujan terus sambung balik semunya. 

Best memang best. Sebab dah lama tak pergi waterfall. Tapi aku rasa macam dah kurang best. Macam air tu dah kering sikit. Memang macam lawak tapi betul kot. Ada area yang macam takda air sangat. Mungkin pengaruh cuaca ke apa tak pun dia ada buat sekatan kat mana2 ke air takungan tu. Entah.


Wonderful


Still, another blessed Friday with the family :)) Alhamdulillah

Sunday, 31 January 2016

Cookies & Ginger, Adda Height

Assalamualaikum..

Hmm of course lah pasal makanan lagi.

Kali ni kita review sikit pasal satu restoran kat Adda Height, JB. Nama restoran ni Cookies & Ginger. Kalau lalu highway kempas tu boleh masuk exit Bandar Dato Onn dan dari situ carilah korang Adda Height. Malas aku nak explain. Sebab aku pun guna Waze je. Muahahaha.

Restoran ni bukak hari-hari dan tutup hari Rabu. Ingat tu Rabu tak bukak tau. Jangan jadi macam aku sering dikecewakan gara-gara terlupa sendiri Rabu dia tutup. Haha.

Nah waktu operasi dia untuk senang faham.

Isnin-Selasa & Khamis : 5.00 petang sampai 10.00 malam
Jumaat-Ahad : 5.00 petang sampai 10.30 malam

Yang masa ni aku pergi lepas balik kerja. Hari Jumaat tu, singgah UTM ambik seseorang dan berdesup ke sini. Kalau dari UTM Skudai tu dalam 15 minit je kot. Ke kurang. Macam tula.


Dan ni lah "seseorang" tu. Miaaa

Aku datang sini dua kali. Yang dengan Mia ni kali kedua. Dan dua2 kali ni memang sentiasa lah ramai orang. Penuh je. Parking toksah cakap lah. Pusing kali kedua baru dapat tempat kosong. Fuhh

Makanan kat sini sedap sangat. Apa yang aku makan? Meh ler tengok gambar.




Yang atas tu Mia punya, salmon. Aku punya yang bawah chicken chop. Sorry lah aku lupa apa entah nama menu ni. Tau makan je. Haha. Dia lain sikit lah dari menu chicken chop biasa which is dia ada nasi macam nasi goreng tapi tak tau lah nasi apa sebenarnya. Sedapppp. Aku belek2 nasi tu macam sayang nak makan. Tapi sedap serius tak tipu wei.

Aku punya menu dengan Mia punya beza salmon dengan ayam je kot. Nasi dengan vegie tu semua sama. Sos dia kat ayam tu pun sedap. Ahh senang cakap sedaplah. 


Brownies


Lepas tu kitorang order Brownies seperti yang tertera di atas lepas nampak ada meja sebelah order lepas tu kitorang pun tergoda. Haha. Yang ni pun sedap. Brownies dia masih suam2 macam tu, tambah dengan vanila ice cream tu ohmaiiii. Sedap je mencair dalam mulut. Lepas tu dia tak manis sangat. Kira takdalah rasa nak pitam kemanisan makan brownies ni. Korang faham kan keadaan yang bila kita makan benda manis gila sampai gigi pun rasa nak tercabut time tu jugak. Aku banyak kali kena bila makan brownies ke kek ke. Tapi yang ni sedang elok je lah. Pulak kombinasi dengan ice cream tu, lagi lah kick.




Jenguk sikit suasana dalam restoran ni. See? Penuh je. Yang ni pun kitorang nasib dapat duduk dalam sebab ada seat kosong. Awal2 masa order tu kitorang masih kat luar duduk meja yang 6 kerusi tu sebab dalam semua penuh.

Lepas tu yang datang ni takda lah budak2 remaja yang baru nak up je. Yang kejar cafe hipster semata. Kat sini ada yang family, ada students, kawan2 tempat kerja, siap ada foreigner lagi. Nampak tak dia punya best restoran ni sebab tu mampu tarik ramai orang tak kira siapa.

So far (untuk dua kali ni jela haha), aku rasa makanan dia sangat2 best. Yang first time aku datang tu aku makan fish and chips. Yang tu pun sedap dan banyak dan aku tak mampu habiskan. Haha.
Menu lain aku rasa boleh tahan jugak. Sebab apa aku cakap macam tu. Sebab mata aku dalam makan tu sibuk jugak menjengah meja2 sebelah punya menu. Semua nampak menarik. Dan kawan2 yang pernah datang pun semua cakap sedap dan berbaloi dengan menu yang dorang pilih.

Cumanya dia punya air takdalah banyak pilihan sangat. Tapi aku rasa okay je. Sebab kita datang nak makan bukan nak minum. Haha. Kiranya kalau datang sini, tak payah imagine ada air gelas2 besar ada coklat2 mengalir tu. Takda. Mungkin akan datang kan. 


Kasi sikit. Last.


Dan untuk aku, restoran ni tak macam kedai2 makan hipster yang lain. Yang hanya indah rupa dan harga je. Kat sini sedap dan berbaloi. Servis pun tiptop. Pelayan pun baik. Even owner dia pun rajin datang meja2 customer tanya food okay tak, nak sos tak. Which is great! 

Nak pergi lagi next time. Yay!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...