Pages

the clown is here

:)

Wednesday, 7 February 2018

Menara Condong Teluk Intan

Assalamualaikum..

Dari Sekinchan, kitorang naik terus ke Perak. Destinasi yang nak dituju adalah "Menara Condong Teluk Intan".




Area ni banyak kedai tepi dia dan kebanyakan jalan dia one way. So kalau terlepas satu lorong tu, kena tunggu sampai next lorong yang boleh masuk lah. Azab jugak nak cari parking area ni. Haha. Mungkin sebab banyak kedai tepi tu kan, jadi orang ramai parking walaupun bukannya nak pergi Menara Condong ni pun.






Menara dia memang condong. Tapi tak silap aku, dia condong sikit sikit. Dulu awal tak condong pun. Sekarang baru makin condong macam tu. Dah menara condong, aku pun ikut condong bila bergambar. Haha.




Kita boleh masuk menara ni sebenarnya. Bila masuk nampak macam tegak, tapi sebenarnya boleh rasa senget sikitlah keadaan dalam tu. Bila jalan tu terasa.


husband bergetar tengok aku kot tu gambar semua gigil


Level paling bawah tu ada sikit macam info lah ditampal. Boleh baca sikit-sikit tambah pengetahuan tentang menara ni.




Oh ye, kalau perasan, dari luar nampak macam 8 tingkat kan menara ni. Actually bila kat dalam tu, ada 3 tingkat je. Dia memang design macam tu, bagi ilusi luar banyak tingkat. Sebenarnya 3 tingkat je. Setiap tingkat tu jadi tinggi lah dia punya siling tu.




Tangga dalam menara ni pun agak sempit. Kalau bertembung dengan orang lain bertentangan arah sama ada nak turun atau naik, salah sorang memang kena mengalah. Tak boleh nak jalan sekali.

Dekat dalam tu ada jugak jual-jual souvenir. Bolehlah nak beli atau tengok-tengok. Aku tengok je. Macam biasa. Haha.


keluar menara dengan ilmu penuh di dada


Balik dari situ nak cari mee kicap popular tu. Tapi tutup jugak. Dah kenapa entah nasib asyik tak menyebelahi kitorang. Haha. Jadinya cancel, teruskan perjalanan ke next destination je.



Fall in love to Sekinchan - Part 2

Assalamualaikum..

Dan dah tiba masanya untuk menyambung cerita tentang trip ke Sekinchan.

Last cerita tu dari Kuala Selangor, kitorang terus gerak ke Sekinchan. Tapi awal-awal dah google tempat makan best kat area tu. Ngam pulak kitorang nak sampai tu dalam tengah hari macam tu. Memang waktu lunch dan perut pun dah kosong, memang semua rasa macam menariklah.

Tapi dalam banyak-banyak tu, ramai suggest "Faridah Mentarang Bakar". So kitorang waze lah ke situ. Memang kebanyakannya bagi cadangan makan kat situ. Tapi on the way ke sana tu, banyak jugak kedai-kedai makan yang macam best tepi jalan.

Sepanjang jalan tu banyak kedai makan yang diorang bukak depan rumah. Signboard tepi jalan besar-besar. Senang nak cari kedainya. Tapi mungkin sebab waktu ni waktu cuti, dorang ni pun kebanyakannya tutup. Kecewa. Dan lebih mengecewakan, bila sampai kedai "Faridah Mentarang Bakar" tu, dia pun tutup. T_T

Dan sebabkan dah lapar. Kitorang pun cari jela kedai yang menarik. Google lagi, ada Mi Udang King keluar. Waze sekali lagi ke tempat tu. Lepas tu, tutup jugekkkk. Dah kenapa semua nak tutup entah. Last-last makan je kedai mana ada yang bukak. Makan mee bandung. Okay lah buat kenyang. Tapi tak terbaik sangatlah. Biasa je.




Oleh sebab kedai yang kitorang makan tu tepi pantai je. Lepas makan dok jalanlah kejap tepi pantai. Walaupun kulit dah menangis kepedihan sebab panas, tapi takpa gigih jugak hadap. Dan walaupun lepas makan, tetap beli makanan tambahan. (Refer gambar atas) Lol




Tepi kedai tu ada macam satu kampung nelayan. Oh ye masa makan tu, husband aku nak order mee bandung udang gred A. Dia kata lagi besar. Tapi orang kedai tu cakap udangnya belum sampai lagi. Yang kecik je ada. So mungkinlah seafood dia kat sini memang jenis fresh, naik dari laut terus orang beli. Bestttt.

Masa kitorang jalan tepi pantai tu pun nampak bot baru sampai. Lepas tu ramai orang datang untuk beli. Very nice. Aku suka sangat suasana macam tu. Rasa macam hidup penuh nikmat. Makanan segar-segar gitu. Rasa sihat sangat. Haha.

Dah puas memanaskan diri, kitorang pun gerak ke "hotel" yang kitorang dah booked. Tapi on the way tu sempat singgah sawah padi. Tapi masa ni macam dah lepas musim menuai. Tapi tetap lah cantik bagi aku yang jakun ni. Haha. Pusing sekejap lepas tu balik ke hotel.




Sejujurnya, sangatlah panas time ni. Dalam gambar memang tak nampak. Tapi hakikatnya, hanya mereka yang merasai je tau. Haha.





Puas bergambar, baru balik hotel. Dan untuk pengetahuan korang, kat sini banyak sangat jual mentarang tepi-tepi jalan. Mula-mula aku ingat mentarang ni nama tempat ke apa. Tak pernah tau pun wujud makanan ni. Haha. Rupanya dia sejenis seafood. Macam kupang/kepah tapi lagi sedap. Shell dia nipis je. Dan kalau besar tu memang isi dalam dia pun besar. Tak macam kupang, kadang besar je lebih, dalam kecik kan.

Aku pun beli jugak. Dah siap dibakar setengah kilo RM18. Suami aku nak beli sikit lagi sebab macam nak rasa-rasa je. Tapi tak boleh. Rugi lah dia kan jual sikit je. Haha. Baunya sedap. Makan lagilah sedap.

Macam tu lah rupa mentarang tu. Ada sos jugak untuk cicah

Dan sampai-sampai "hotel", kitorang terkejut, rupanya tu adalah rumah yang dijadikan hotel. Tengok kat Agoda siap 5 stars tau. Tapi sampai tu kitorang carilah mana hotel, rupanya dia rumah corner lot jadikan hotel. Dengan receptionist takda masa sampai tu. Husband aku sampai call, lepastu owner kot cina angkat. Tiba-tiba dengar bunyi motor masuk, pekerja dia baru sampai. Masuk bilik pun biasa je. Tak rasa hotel langsung. Nama je indah bukan main. Kena tipu rupanya. Haha.

Sampai je hotel, rehat kejap sampai petang. Dah lepas asar macam tu, kitorang gerak ke pantai. Tu lah bestnya Sekinchan ni yang buat aku fall in love sangat. Ada sawah padi, ada pantai, seafood segar.




Pantai dia macam meriah gila. Tak macam kebanyakan pantai sekarang yang dah ditambak, pantainya masih suci lah senang kata. Haha. Ada lah kedai-kedai tepi tu, orang jual-jual. Ada yang main layang-layang lah. Meriahhhh. Cuma banyak anjing lah berkeliaran. Anjing tu tak kacau orang. Tapi kalau jalan tepi pantai berpasir tu, faham-fahamlah. Tahi anjing tu bersepah. Kena berjaga-jaga.




Ada sikit kawasan tu macam ditambak jugak lah. Tapi tak banyak. Untuk duduk-duduk macam tu je.



Minta tolong adik hipster ambikkan gambar. Nasib baik cantik.



Nak masuk kawasan ni agak berpusing jugaklah. Sebab dia dalam kampung-kampung. Tapi bila sampai macam tak sangka, ada pantai rupanya dalam ni.


sempat jugak tidur sambil layan angin pantai haha


Dah dok syok melayan sunset, balik terus cari kedai makan. Time ni pun sibuk cari kedai yang best, last2 semua tutup. Terus makan je mana-mana yang jumpa. Tapi nasib baik okay dan sedap.




Okay cukuplah itu cerita kat Sekinchan hari tu. Lepas ni tunggu mood rajin nak bercerita lagi. Lul


Gambar depan "hotel" lah sangat tu


Tuesday, 30 January 2018

Fall in love to Sekinchan - Part 1

Assalamualaikum..

"Unplanned trips are the best"

Tu omputih cakap. Dan aku yang berdarah jawa ni, tak mampu menidakkan sebab memang betul!

Ceritanya, lepas selesai majlis bertandang belah lelaki haritu, plannya nak berjalan ke Ipoh start 27 Disember tu. Tapi tengok semuanya settled dalam Isnin tu jugak, kemas semua settle.

Dan tiba-tiba pulak terlintas di fikiran suami aku tu, nak ke Sekinchan. Sebab ada kawan dia pernah stay kat homestay tengah sawah tu. Aku pun melonjak kegembiraan je, dalam diam memang berharap sangat dapat pergi situ. Tapi sebab last minute sangat, semua
dah fully booked. I is kecewa T_T (Part ni je jadi tak best untuk unplanned trip ni)

Tapi misi tetap diteruskan. Kami search jugak hotel yang ada. Tapi cari haruslah paling murah. Haha. Akhirnya dapat jugak hotel yang dikehendaki. Tapi ada sejarah hitam tentang hotel ni. Nanti aku sambung part tu kat hujung-hujung nanti. Haha.

Okay sambung cerita awal-awal gerak ke Sekinchan ni, kitorang singgah sekejap kat satu tempat ni ada rumah api, ada muzium. Kat Kuala Selangor kot tak silap. Kawasan ni atas bukit. Kalau kereta memang one way je lah.




Cantik sebab nampak kawasan sekeliling tu. Laut pun boleh nampak kat belakang tu kalau perasan. Sebab rumah api kan, memang berdekatan lah dengan laut.




Ha itulah dia rumah apinya. Kalau dulu-dulu, ada rumah api ni biar senang kapal-kapal yang berlayar kat laut nak tau dah nak sampai darat kan. Tak silap aku tu lah function dia. Tapi sekarang ni tak tau lah ada guna lagi ke tak cara macam ni.




Panas ya amat okay time ni tengah hari buta. Tapi tak kisah semua tu. View cantik. Dan paling penting, ambik gambar lighting sangat membantu. Haha.




Kawasan ni banyak monyet. Ada je pengunjung bagi makan. Cuma bagusnya monyet-monyet tu tak kacau orang. Dia kacau orang yang bagi makan je. Kira behave lah. Haha.




Dan kat situ jugak ada muzium sejarah tentang Selangor. Kitorang masuk je sebab free. Haha. Baca lah jugak sejarah-sejarah dahulu tu. Kira berilmiahlah trip kitorang ni kan. Ehem. Muzium ni kecik je. Pusing sekejap dah keluar balik. Banyak tentang senjata-senjata lama, salah silah kesultanan selangor, barang-barang zaman dulu, macam tu lah lebih kurang yang aku ingat.










Dah puas tambah ilmu, kitorang baliklah apa lagi. Teruskan perjalanan lagi. 

Okay cukup untuk Part 1 ni. Walaupun post kali ni sebenarnya belum masuk pun part Sekinchan lagi. Muahaha. Baru perjalanan ke Sekinchan rupanya. Ni je mampu taip buat masa sekarang. Next post baru betul-betul masuk Sekinchan trip okay.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...