Pages

the clown is here

:)

Saturday, 9 January 2016

Happy New Year 2016!

Assalamualaikum 2016 :)

Ha muncul-muncul je tahun baru. Tahun lepas mana pergi entah. Haha. Dan walaupun dah berapa hari tahun baru, tetap lah nak wish Happy New Year!!!

Dan se-cliche2-nya ayat adalah, semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Walaupun cliche habis, tapi memang tu pun yang kita semua harapkan kan? Mana ada sesiapa yang willingly nak diduga dengan dugaan lagi dahsyat dari sebelumnya betul tak? Kalau ada pun (yeah sure sebab semua tu bukan di bawah kuasa kita), jadi diharapnya kita semua makin kuat dan tabah dan mampu handle dugaan tu dan jadi lebih baik lah. Ha nak juga lebih baik kat hujung tu. lol

Dah tahun baru lepas tu macam sedar apa je aku buat entah tahun lepas ni. Tahu2 je tahun baru dah. LOL. Tapi sebenarnya bila belek2 balik ohhhh banyak jugak aktiviti aku buat tahun lepas. Lagi2 lepas belek gambar. Fuhh penuh memori rupanya. Haha.

Jadi sebab tak sempat cerita tahun lepas. Apa kata kita mulakan awal tahun ni dengan throwback. Harapnya semua akan bertahan melihat segala throwback yang ada.

Tapi yang pasti next entry lah. Haha. Ok bye.


Sunday, 28 June 2015

Wall Climbing @ Putrajaya Challenge Park

Assalamualaikum...

Memanjat dinding (Wall climbing?)

Ok hodoh bunyinya. Jomlah guna bahasa inggeris walaupun macam tak memartabatkan bahasa kebangsaan gayanya. Luls.

Masatu, Kelab SRC UTM ada buat aktiviti wall climbing dekat Putrajaya Challenge Park. Mala selaku pengupdate segala aktiviti menarik sekitar UTM (gah, title dia pun. LOL), telah mengajak aku join aktiviti ni. Yela. Sebelum tu bila ada flying fox dengan abseiling, aku asyiklah tak boleh join sebab takda kat UTM. Kali ni dia awal-awal inform. Lantas apa lagi, cepat jela aku yes kan. Haha. Lepas tu yang bestnya, Amal pun ikut. Mengada kan. Nak hashtag "overlyattachedbrother" ke tak ni? Haha.




Masa dalam bas nak pergi ke Putrajaya. Nampak tak Amal kat situ? Kalau tak nampak buat-buat jela nampak. Kah Kah Kah.

Gerak ke Putrajaya malam Sabtu. Padahal bukan jauh sangat kan. Siap tidur dalam bas. Lepas tu aku nak ngamuk rasa tidur diganggu dengan suara pakcik bas yang alahaiii gaduh dengan bini muda ke apa dari gerak sampailah nak dekat sampai tu tak habis-habis gaduhnya. Nak gaduh tunggu lah esok pagi ke apa. Ni dalam telefon malam-malam pun jadi. Eh taklah malam sangat. Pagi-pagi buta lah kira. Hmm tabahlah.

Lepastu dalam pukul berapa entah dah sampai Nismilan (Negeri Sembilan), tidur sampai subuh, breakfast terus dan baru gerak ke Putrajaya. Tu pun dalam pukul 8 dah sampai. PCP tu bukak pukul 10 tak silap. So pagi tu buatlah aktiviti sendiri i.e borak, tidur, mandi, dan sebagainya. :P



Aktiviti dalam kumpulan. Aku ni kan first timer. Amal pun sama. Amy, Mala, dengan Farah semua pun sama. So kitorang terpisahlah sebab kenalah ada yang boleh ajar kan dalam setiap kumpulan tu. Bukan ajar apa sangat pun, macam sharing pengalaman and tunjuk lah apa nak buat apa semua tu lah. Sebab bukan setakat panjat suka-suka kan. Diorang pun kena lah jaga aspek-aspek penting macam keselamatan, kecekapan,keceriaan, keharmonian, kehormatan dan ketatasusilaan. Eh.

And then, here we are!




Dah masuk dan kosong. Yela. Kitorang yang tolong bukak, memang lah kosong cerita dia. Haha. Lepas tu sesi panaskan badan, barulah lepas tu main panjat-panjat. Yeayyy!




Rupanya dia bukan main panjat ikut suka je macam panjat pokok durian kat kampung tu. Eh apesal pulak pokok durian pun nak dipanjat. Gagaga. Kat sini ada lah peraturan dia. Kalau panjat tu ada batu-batu berwarna kat situ. So kau kena ikut route yang tula which means kalau merah, semua batu merah je kau boleh pakai untuk panjat. Kalau biru, birulah. Kalau hijau, ha mak kau hijau. Luls.

Dan dia jugak ada level dia. Level senang dan makin susah dan susah lagi. Aku mestilah try yang paling senang. Amal try dari senang tu lepas tu up lagi. Dia dengan Mala jela. Aku dah try paling senang tu pun macam, wei kau biar betul ni paling senang wei? Haha.




Dan bila sedar diri memang tak larat nak naik sini banyak kali even dah rehat pun, terus pergi panjat kat tempat lain. Haha. Aku tak ingat lah apa benda entah nama-nama dia. Tapi yang aku try tu jenis tak payah pakai tali pun takpa. Lepas tu bawah tu siap ada tilam boleh main lompat-lompat. Aaa apa lagi lepas naik tinggi-tinggi lepastu terjun ke bawah. Haha. Berapa kali je aku naik sampai atas terus tak lompat ke bawah. Yang seterusnya main lompat je ke bawah. Haah buat hal sendiri. Suka hati aaaa. Esoknya ngadu kat mak sakit badan sakit kaki tangan semua sakit, nah ambiklah kena padan muka setepek. Tabah.  




Muka puas dah dapat try wall climbing like finallyyyyy. Haha. Tapi memang akan cuba lagi sekali. Sebab tak puas jugaklah hati ni bila sekali naik je dah semput. Kau lemau sangat dah kenapa Ain. Ooo bila lompat-lompat tu tak semput pulak. Hekhek




Yang ni lah yang sesi lompat-lompat tu. Haha. Kat sini jela berani ambik gambar macam tu pun. Cer yang tinggi-tinggi tu? Tak mampu okeh. Gayut saiye. Kekeke.

Kitorang kat PCP ni sampai tengah hari je. Sebab dah senior kan, yang organize semua junior, buat kepala lah kakak-kakak ni. Kahkah. Kitorang minta izin lah nak lepak luar jap. Sebab masatu Tia dengan Chieng pun ada datang jugak. Lepak sekali. Kitorang pergi lepak kat IOI City Mall. Sebab memang tu dah dekat sangat dah tu. So lunch kat situ, borak-borak dan baru kembali kepada ahli-ahli memanjat tadi. 




Mini reunion untuk SHAC yang tak lama lagi dah nak grad inshaAllah. Will definitely miss them so much. Tapi kitorang masing-masing taknaklah gabra macam alaaa nanti lepas grad tak boleh jumpa dah rindu semua aaa macam mana ni. Gah. Sebab takpa wei, bila ada masa semua memang akan sporting je lepak sesama. Bila yang KL turun JB, yang JB kumpul lepak sama. Bila yang JB naik KL, yang KL akan susun jadual datang lepak sama. Macam tula kitorang. Sebab tu tak rasa sangat nak berpisah. Sebab kita semua takkan terpisah. Sobs

And as for wall climbing, kau tunggu aku datang lagi. Lol


Saturday, 20 June 2015

The Gift

Assalamualaikum..

Puasa tak korang ni???
Haha ok awal-awal dah sergah orang. Maaf. Salam 3 Ramadhan. :)

Saja hari ni rajin nak menaip pagi-pagi gini. So sudi-sudikanlah.

Haritu, hari lepak sepanjang hari nama dia. Ika, Mia, Wani, aku dan eh tetibe Zul atau lebih dikenali sebagai Zuzu di waktu malamnya (lol) terselit sekali. Ni lah dia wajah-wajah yang hang out tak ingat dunia dari breakfast sampai dinner itu. Hiks




Oh gambar Zul takda. Dia tukang snap je. Haha

Bermulalah kisah kami hari itu dengan masing-masing bangun tidur lantas mempersiapkan diri lalu menaiki kereta si Zuzu dan menuju ke kedai makan untuk bersarapan soto, mihun sup, roti canai, dan juga nasi lemak telur goyang. Fuhhh. Korang baca satu nafas ke apa tu? Haha. Masa ni belum puasa lagi tau. Kang tetibe mengarut apa budak ni puasa-puasa pergi breakfast. Haha.

Ni sebenarnya aku tak plan apa, tau-tau Mia ajak je. Rupanya Ika nak datang Johor waktu tu. So diorang dah plan lah nak berjalan apa semua kan. Lepas rindu semua. Tu yang jadi sampai sehari terus keluar berjalan tu. 

Lepas breakfast tu masing-masing dalam kereta tetibe senyap je. Senyap kekenyangan. Baru nak keluar dari Skudai tu. Eh tak, tu baru kat pintu depan UTM. Haha. Masing-masing pantang kenyang. Leuls. Tapi kejap jela senyapnya. Kejap je dah meriah balik. Oh nice begitulah yang kita mahukan.

Jadi, lepas breakfast tu kami menuju ke Giant Tampoi. Kenapa ke sana? Sebab nak karok. Haha. Awal sampai wei. Tempat tu pun baru nak buka. Saja lah kan kot-kot first customer dapat discount ke apa. Tapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Tak perlu lah berharap lagi lepas ni. Haha.

Memasing suara aaaa apesal power sangat??? Rasa macam bukan pergi karaoke ni. Ni mungkin pertandingan nyanyian anjuran majlis daerah lepas tu aku tersalah join sebab ingatkan pertandingan puisi kampung sri lalang tadi. Gituu. Ahh tapi takpa, aku buat-buat yakin je suara aku sama sedap macam diorang. Kah Kah Kah


suara tak sedap so kita main gambus jela eh eh eh?


Lepas semua suara dah daripada Ziana Zain terus jadi Zain Saidin (tetibe), maka keluarlah kami menuju ke arah selatan. Haah memang aku tengok kompas time tu. Haha. Kitorang pergi Komtar JBCC pulak gais. 

Buat apa sini? Tempat lepak ongkaya je nih? Ala kita sejukkan badan je cukuplah. Lol. Masuk Sephora main lipstik kasi merah semua, main minyak wangi bagi bau Nora Danish sikit, main apa-apa yang boleh dimain, lepas tu keluar lah. Haha. Because exactly bak kata Mia, Sephora is a playground for women bruh. Takkan tak tau. Huh

Then pergi pulak Butik Sincerely By Us (SBU) kat Nong Chik. Bagi yang tak tau, SBU dah bukak dah kat JB. Dekat je dengan Big Food Cafe. Pergilah jengah sesapa SBU fans tu yeh. Rambang mata jugaklah. Nasib baik sedar diri hujung bulan lama lagi time tu. Kehkeh.

Lepas tu makan. Makan kat Stulang Laut. Makan apa? Semua ada. Daging ada, sayur ada, cendawan pun ada, sotong, hmm apa entah lagi. Oh katak takda. Lol. Habis licin semua, yela sehari berjalan berapa banyak kalori habis kat situ. Acah. 

Dan akhir sekali, lepas isyak tu sempat lagi pergi Bazar Karat. Masatu dah penat dah. Semua takda nafsu nak beli apa-apa dah aku rasa. Jalan je dari hujung ke hujung. Makan ais krim goyang rasa milo Wani belanja, dan patah balik semula. Penattt

Dan berakhirlah hari kami di atas dua tilam berkongsi 4 orang. Sebab wei mana boleh senang-senang stopkan. Malam tu sambung lagilah borak dengan diorang. Topik apa biarlah rahsia antara kami. Wuwuwu.

Begitulah kisahnya. Aku rasa aku ada lupa part mana-mana ni. Takpalah. Janji kenangan tu yang masih tersimpan dalam hati sanubari ini yeahhh. 

Terima kasih kawan-kawan yang baik dan cantik. Pemberian Allah yang tak terhingga. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...