Pages

the clown is here

:)

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi!!!
*excited*

Serius, kali ni excited lain macam nak Ramadhan. Siap doa banyak-banyak haraplah dapat merasa first Ramadhan, at least. Hari first puasa tu lain tau rasa dia. Kannn? Yang next days tu macam lain jugak rasa dia, tapi bila yang first tu dapat sambut, ramai-ramai, dengan family or kawan-kawan, nikmat dia lain macam. Aku ni siap kira hari, wei sempatkanlah hari first, malam nak terawih tu pleaseee la dapat rasa (if u know what I mean). Hiks

Alhamdulillah sempat rasa. Berpeluang puasa 1 Ramadhan. Berpeluang terawih 1 Ramadhan. Yeayyy. Happy me. :) Semoga dapat lah merasa sebulan Ramadhan ni inshaAllah.

Last year dengan this year sangat berbeza. Last year aku duduk Bangi, part time sepanjang Ramadhan tu. Sehari sebelum raya je dapat puasa kat rumah dengan mak abah adik-adik sekalian. Sobs. Tangisan di perantauan sadis sendu semua lah. Tapi yang syoknya ada family lain kat sana, which are my new friends. Yang tak rasa pun macam baru kenal. Semua treat ya rabbi apesal baik sangat. Aku jahat-jahat gini, diorang baik je. Apehal wei. Cuba balas dendam sikit. Leuls. But nope. Semua baik je. Penat kerja pun tak rasa sangat. Sebab ada je yang tolong support dengar luahan perasaan semua ni. 

Dan tahun ni, as an intern pulak time puasa ni. Sampai lah seminggu sebelum raya nanti. Tapi takpa lah kan. Kat Johor jugak. Weekend je balik rumah. Dapatlah rasa dua-dua, puasa dengan kawan-kawan, dan jugak dengan family tercinta. Gittew

Puasa ni kerja dapat balik awal. Yeay! Awal pukul berapa? Pukul 5.30 je wei. Kah Kah Kah. Tu pun masuk pukul 8.30. Kah Kah Kah lagi. Awal sangat lah tu konon. Tapi ok lah. Dari pukul 6 baru keluar office. Memang naya lah. 

Dah buat check list untuk Ramadhan kali ni? Jom lah buat sama-sama. Sampai hujung nanti boleh review balik. Mana kurang boleh tambah next year, inshaAllah kalau ada kesempatan.

Apa-apa pun, may this Ramadhan brings us closer to the Almighty, makes us better person inside and out, be the best Ramadhan so far for us. InshaAllah. 

Salam Ramadhan peeps :)



Sunday, 14 June 2015

What are you doing oing oing?

Assalamualaikum...

Happy Sunday chuols :)

How's your weekend? Mine is good so far. Good lah kan sebab dah settle satu persatu kerja yang sepatutnya boleh settle lama dah tapi masih terkapai-kapai hujung nyawa macam ni baru nak pergi settlekan. It's soooo Ain. 

So, let's forget about today. Let me bring you guys back in few months ago, can I?




Saja nak share what am I currently doing. Basically now I'm still in my internship period. Sejak last January masatu sampai lah pertengahan July ni. Argh macam lama je. Wei tak wei. Kejap sangat aku rasa. Tau-tau dah tinggal sebulan je ni. Apesal kejap sangat eh? Lepas ni aku dah tak bergelar student dah kan? Serius lah? Jangan main-main. Ish

So far, everything's went well. Sangat seronok dan bahagia berpraktikal kat company tu. Takda nak meroyan sedih penat ke apa. Eh penat tu kenalah ada. Baru nampak bekerjaya. Tapi hati tenteram jela kat situ. Takda nak aduh sana aduh sini aduh aduh sayang mengapa kau curang ke apa. Luls. Maksudnya memang best lah. The environment, the people, the allowance haha ok bye.

Banyak belajar memang tak payah tanya. Memang sangat banyak. Tu pun aku rasa tak cukup lagi. Tu yang rasa apesal 6 bulan kejap noh. Hek eleh kau ni. (padahal dari Isnin pukul 9 pagi nak ke 6 petang tu pun berpeluh tunggu. Hek)

 "Lepas ni nak buat apa? Kerja mana?"

Soalan yang selalu diajukan oleh mereka tidak kira peringkat umur, bangsa, atau agama. Dan jawapan aku mestilah clishe. Apa jawapannya? Alah korang fikirlah sendiri. Yang mana macam sedap dengar tu, tu lah jawapannya. Kekeke

Ok lah tu je.

Tak menarik eh cerita ni? Takpa lah.


Saturday, 13 June 2015

HOLLA!

Assalamualaikum..

Yes I'm back!

Decided to start blogging back since I think here is the only place where I can express myself by being myself. Luls. Penat okay sejak tak aktif blog ni, semua nak cakap boleh cakap dalam hati je. Hati pun penat dah dengar aku bebel. Mesti sekarang hati ni quite happy sebab beban dia at least kurang sikit. Haha. Crazy me yes I always crazy u know. Hmm

Since this is my very first entry since the blog is publicized back, so please I beg, pleaseee give me time to get my skill of blogging macam dolu-dolu balik. Memang lah dulu takda skill apa sangat, tapi terernya bab bebel tu masyaAllah memang tak boleh dinafikan kan? So yang tu lah, yang part bebel tu lah kan, bagi masa sikit. Bagi aku panaskan sikit jari-jemari runcing ni untuk menaip. Gitu

Dan semestinya, selama senyap bukan ada cerita best sangat. Ada lah kot, part yang tu kahwin, yang ni kahwin, yang sana pun dah nak kahwin, and yup semua pasal kahwin. Kau dah dewasa Ain, dewasa. *In denial*

Tu je lah kisahnya. Mungkin akan dikongsi satu-satu. Sebab my blog seems to be my diary. Sinilah tempat cerita macam-macam supaya esok bila baca balik terimbau balik dan memori semua datang balik. Sesuai untuk si pelupa yang hamat macam aku. Kehkeh. 

Oleh itu, tamat dulu lah entry kali ni. Bye

(Aku dah cakap, aku dah tak pandai bebel)



*merenung entry lama-lama apesal boleh panjang kemaen*



p/s : Keputusan hasil rundingan pihak-pihak bertanggungjawab, beberapa entry lama telah disepakati untuk di revert to draft atas dasar-dasar tertentu. Harap semua menghormati. Keputusan adalah muktamad. Surat-menyurat tidak dilayan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...