Assalamualaikum..
cis.
eh tetibe.
lol.
hari ni tetibe datang mood nak bercerita. cerita lama pun jadi lah. ala okay dah terkantoi dah ni cerita lama. cis lagi. tapi percayalah, tak lama sangat pun, dalam sebulan yang lepas je. kottt. entah.
seperti biasa lah, cuti sem takkan lengkap kalau tak buat aktiviti berfaedah dengan geng2 jemah ni. (baca : melepak).
rancang dah dari sebelum cuti lagi. ke sebelum final exam? haha punyalah lama plan. excited sangat nak jumpa dorang. sibuk tanya bila balik johor. aku lah yang sibuk tanya. yang aku biasalah, takda sapa nak tanya. mungkin tak penting. T_T
tapi apalah sangat rancangan manusia ni. rancang je mampu, dari awal konon nak jumpa, at last hujung2 cuti jugak baru dapat jumpa. tu pun aku dah buat ayat sedih sebab dah nak start new sem tapi tak jumpa2 lagi. apa korang ni?? tolonglah tolonggg. tau2lah UTM kan paling semangat setiap kali mesti paling awal start sem baru. dorang pulak dengan nada innocent tanya "kenapa Ain balik awal sangat? ada program ke?". hermmm. tak korang. takkk. memang UTM dah nak start sem baru dah. :'( terus dorang ikutkan kehendak hati gua. esoknya terus keluar sesama. macam mana aku tak cair dengan mereka ni. haha
tapi kan yang bestnya aku tak tahu pape pun yang dorang nak ajak keluar pada hari kejadian. tau2 dorang dah ada depan rumah, dah cantik2 semua. aku masih belum mandi. -.-"
nasib baik aku ada kebolehan mandi 5 minit je. haha. ok tak. 5minit ++. haha. kesian dorang tunggu aku bersiap. aaaaa rasa tak berguna kejap.
yang aku punya tahap blur siap ingat zura datang tu sebab nak jumpa mak aku. vongoknya rasa. kawan aku tapi tetibe nak jumpa mak. apa kes kau ain? takda relation langsung. ada pun sikit je kot. masa zura tanya nak ikut tak ain? baru aku faham oohhh korang datang nak ajak jalan ae. oh okay. terus angguk kepala. tengok diri sendiri atas bawah baru ingat diri sendiri tak mandi lagi. haishhh
dan teruslah kami berempat memulakan hari kami pada haritu. mula2 teman Amah pergi hospital. lepastu pergi bukit liki pulak. kesian Amah tak sihat. tapi lama dia sampai berapa kali entah Amah keluar masuk. kesian dia. kitorang kat luar pulak macam2 cerita dah keluar. gelak jangan ceritalah. pakcik jual karipap tu pun sampai banyak kali offer beli air dia jual. mungkin dia takut kitorang kehausan cerita banyak sangat. huahuahua
dan dah settle kes Amah, kitorang pun pegi lah berjalan. pergi lunch. pergi cuci mata kat Aeon Kulai tu. beli kek. dan lepak kat Hutan Bandar Putra. acah2 sweet lah dating cenggitu. haha.
nana ain amah zura |
part kek tu tak boleh menahan. Amah masa sampai Hutan Bandar Putra tu terus pergi jumpa kawan dia kejap. tinggallah kami dengan kek tu berempat2an (kata ganti berdua2an. huhu). mula2 keadaan masih terkawal. ambik2 gambar je. gambar macam tu macam ni. konon2 nak tunggu Amah sampai lah baru makan sesama. tapi sorang2 iman mula rapuh. sentuh2 buah yang ada kat atas kek tu. dan zura paling tak kuat nampaknya, dia lah yang pertama sentuh dan makan buah yang ada tu. aku tak mampu menghalang. aku hanya mampu kata "takpa kot zura, satu je tak effect pape rasanya. kita cover balik dengan buah yang lain." huahuahua. syaitonnirojim sangat. tapi bila dah zura mulakan first step, step seterusnya jangan kata lah. aku dengan nana ikut join lah menghancurkan kek tu. maaf Amah. kami tak kuat awakkkkk. T_T
dan tamatlah kisah kami pada hari itu. eh tetibe tamat. haha. dah petang masatu balik lah. Hutan Bandar Putra tu pun dah ramai orang. dorang dahlah bersenam riadah bagai. kitorang kat bawah pondok tu dok makan kek. rasa bersalah pada diri sendiri. pomis esok jogging. *suara hati pernuh gemersik berbicara* hamboi.
amah ada. dia belakang kamera. |
terima kasih Allah kurniakan aku kawan2 yang baik macam mereka ni. kawan2 lain tu jangan kecik hati pulak. korang pun baik jugak. kalau boleh memang nak kumpulkan semua sekali lepak sesama. tapi apakan daya, lain kali mungkin boleh. huhu
sekian.
laporan harian dari saya.
No comments:
Post a Comment