Pages

the clown is here

:)

Wednesday, 26 March 2014

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalamualaikum..

hohoi.
harini saja lah nak post pasal JPO ni. kata anak johor kan. haruslah selitkan sikit pasal JPO ni. salah satu tarikan kat johor katanya. lagipun dekat sangat dengan rumah. kalau tak pernah pergi macam menipunya kau ainnn *dushdush*

perginya dah banyak kali jugak, tapi percayalah, hanya mampu mencuci mata dan menemani orang je. nak membeli adalah sangat tak mampu. memang orang kata OUTLET ni selalunya lagi murah daripada kedai2 branded kat luar tu. tapi kat JPO ni, harganya lebih kurang je aku rasa dengan kedai lain tu. lagipun johor kan, apedehal kalau johorian taknak beli barang2 kat sini, singaporean bersepah beli barang kat sini. duit berlambak. makanya, mungkin itulah tujuan JPO ni. nak attract orang singapore. ehhh tapi bukanlah singapore je, malaysian yang mampu bolehlah jugak shopping kat sini. aku ni belum lah tahap duit tu tak tahu nak buat apa lagi. so kalau nak beli pape tu baiklah pergi ke Mydin ke, Giant ke, takpun Econsave. haaa gitu. 

yang kali ni adalah versi membawa rakan2 bukan anak johor berjalan sekitar johor. haaa description dia, agak lengkap di situ. HAHA. alkisah masa cuti mid sem ni, kitorang kan kena balik awal sebab banyak benda nak settle kan, so kitorang ambik inisiatif untuk kurangkan kebosanan dan ke-frust-an kami dengan berjalan sekitar JB. and to JPO we go! :))

dan untuk yang tanya cerita midsem bila punya cerita ni, ni adalah mid sem break yang lepas. ni dah jumpa midsem break lagi baru gagah update cerita yang lepas. memang macam tu. korang tunggu jela cerita midsem kali ni sekitar sem depan ae. haha.


ika - aku - mia


sem lepas kan ku busy dengan PEC. dan masa midsem break tu pun kena balik utm awal sebabkan PEC tu. so dah alang-alang duduk utm, bawaklah diorang ni pergi JPO ni sebab diorang tak pernah pergi lagi masa ni. bolehlah aku riak sikit konon-konon aku orang johor yang sangat terror bab jalan-jalan kat area johor ni. padahal. =.=

apa aku boleh kata (konon-konon tolong promote JPO lah ni kan), tempat best dan cantik. kedai pun banyak. dan kemurahan harga tu depend. ada barang yang memang harga okay, ada yang macam tak kena langsung dengan barangnya. macam aku haritu dok usha blazzer macam okay. baju, kasut, beg tu semua certain kedai okay jugak. so kena pandai pilih lah. tu je.

dan untuk mereka yang duduk sekitar johor tu moh ler melawat JPO ni. kalau banyak duit sila lah shopping. Tahun Melawat Malaysia katanya. huhu



Tuesday, 25 March 2014

The Accountant

Assalamualaikum..

kami accounting students. ye kami. dan bila dikaitkan dengan accounting je, semua terus terfikir nerd, boring, serabai, straight, tak pandai bergaya, skema. =.=

oh well kami memang akui pun. hikk

eleh tapi takdalah poyo sangat kot. boleh je bersosial. cuba ajak. kalau ajak confirm jadi. Lol

see?




ni lah riadah malam kami. sebab petang sibuk kelas kononnya, so malam lah kami serang badminton court ni. hoyehhhh *lompat2*

oh sebelum tu maafkan saya atas pendahuluan yang entah apa-apa kat atas tu. hekhek.

haritu tiba-tiba chieng semangat ajak book court semua nak main badminton. aku dengan mala memanglah dah pernah plan nak pergi main badminton kat court utm ni. selalu main kat kolej je seksa mengejar bulu tangkis je sebab angin kuat kemaen. dan akhirnya plan kami tu dah dijayakan oleh chieng. suka suka. court booked from 8pm until 10pm. main lah puas-puas kat situ. :))


aku dan syida


aku dari satu court ke court lain tak berhenti. asal nampak kosong sikit terus masuk. tapi paling best masa main dengan farah. dia "terror" sangat wei. terror sangat sampai nak nangis aku main dengan dia. tolonglah lepas ni sesiapa yang lain tu try main dengan farah. once in lifetime mesti kena try jugak. aku dah pernah sekali cukuplah. kah

dan dah puas main kenalah puaskan perut pulak. tau-tau raja dengan farah bawak makanan. kitorang semua tak tau pape. tau nganga mulut je makan. siap donat dengan pizza pulak tu. kau nak kata apa lagi. calories burned tak sampai berapa yang masuk balik double. redha jela. rezeki jangan ditolak orang kata. aherherher




dan kami dah plan for next time punya pulak. cepat je kalau bab main-main ni. cuba plan untuk seminar cegah rasuah, ada yang nak? hahaha

tapi apa-apa pun, aku sayang semua adik-beradik SHAC aku ni. muah sikit :*



Sunday, 9 March 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum..

a shock news. no one expect that to happen. no one wish that to happen though. but when Allah said, "Kun Fayakun". jadi maka jadi lah ia. takda sapa yang boleh menidakkan. takda sapa yang boleh menghalang. semua dibawah kuasaNya. Dia lah Yang Maha Kuasa.

keep on praying. keep on dua. 
never underestimate the power of dua, the most powerful weapon of Muslims. it is not the last option we can choose. it is the most powerful option that we had as a Muslim. so keep on praying to Allah. Dia yang Maha Mendengar. Yang Maha Pengasih. Yang Maha Penyayang.

this tragedy is not anyone's tragedy. it's a world tragedy. everyone involve. so nobody can make fun of others absolutely. it's not a joke, it's a tragedy. those jokes do not fit this situation right now. just imagine u are the one who in the flight. or your beloved one is there in the flight. do respect. 

Allahuakbar.
kepadaNya kita beriman, dan kepadaNya kita meminta pertolongan.
Berdoalah padaNya, nescaya dia akan kabulkan doa kita. 
InshaAllah.


#PrayForMH370



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...