Assalamualaikum..,
Lepas trip ke Ipoh haritu, aku dengan husband terus naik ke Penang. Mula-mula memang tak plan nak pergi Penang pun sebab bajet ciput. Haha. Lepas kahwin kan banyak guna duit, so takda lah nak berjalan beriye sangat pun. Buat ada-ada je kononnya.
Tapi last minute husband cakap nak pergi rumah abang dia kat Penang tu. So aku on jela. Dah diajak, jangan tolak ye dak?
Bila sampai Penang dari Perak tu, kitorang memang terus check in hotel. Sebab kat Agoda tunjuk 12.00pm dah boleh check in. Tapi sampai-sampai je bro receptionist tu macam serba salah, sebab lain time dia. Patutnya pukul 3.00pm baru boleh masuk. Tapi nasib baik bilik kitorang dah siap kemas, so dia bagi je masuk awal. Thanks bro! Haha
Hotel kitorang kat seberang, bukan kat pulau. So lepas solat jumaat baru kitorang masuk pulau. Nak makan-makan dan jalan-jalan. Nak masuk tu kitorang decide naik ferry. Dua-dua aku dengan husband first time naik ferry ni.
Ni lah Penang Sentral. Macam tengah banyak renovation sana sini. Mungkin nak upgrade lagi lah kan. Nak masuk ni kena bayar ikut jenis kenderaan. Lepas dah masuk tu, beratur lah korang dengan kereta-kereta sekali tunggu turn naik ferry.
Sesungguhnya masa tunggu nak naik ferry ni memang menguji kesabaran betul. Lepas tu hujan pulak time ni. Agaknya mainkan peranan jugak lah kelewatannya tu. Aku dengan husband dua-dua dah tahap kebulur sampai ada jajan dah lemau dalam kereta pun kitorang bedal je. Haha. Punyalah lapar time ni. Dah terbayang makanan macam-macam. Tapi dalam hati memang dah ada aim dah nak makan apa sebenarnya bila sampai tu.
Tu ha hujan. Hujan dan lapar dan lambat. Stresssss. Tapi tetap lah rilek dan cool. Barulah syiok kan. Tapi abang ipar aku cakap, time tak peak macam ni selalunya ferry tak banyak sangat. Kalau time orang balik kerja ke pergi kerja ke, tu baru banyak sikit. So mungkin tu jugak sebab lambat tu.
Dah dapat naik ferry muka ada happy sikit lah. Lebih kepada jakun sebenarnya. Haha. Kereta dok rilek kat tengah tu je. Orang boleh keluar. Ada yang dah tak hairan kot, duduk jela dalam kereta kan. Haha.
Lebih kurang gitu lah ferry nya. Kereta boleh naik, motor, orang jalan kaki gitu je pun boleh naik jugak.
Sebabkan depan tu penuh orang, kitorang tukar ke bahagian tepi pulak. Yang bestnya kat tepi ni lagi nampak jelas air laut tu. Lepastu jambatan pulau pinang tu pun boleh je nampak.
Beginilah keadaannya ye anak-anak kat depan tu. Penuh orang. Daripada sesak gitu, baiklah aku beralih arah. Haha.
Ecececeh |
Yang tak bestnya time ni basah sikit. Sebab hujan kan. Oh ye nampak tak belakang aku tu macam ada jajan-jajan tu. Kat dalam ferry ni ada je orang berjualan. Setakat air, buah, jajan tu boleh lah beli.
Dan toilet pun ada je kat atas ferry ni. So jangan risau kalau tiba-tiba makanan kau makan tadi nak hadam time atas ferry ni jugak. Tapi sisa pembuangan ke mana, aku rasa korang boleh faham-faham sendiri kot kan. Haha.
Aku memang sibuk ambik gambar je time ni. Whatsapp kat family. Haha. Dorang tak dapat join, dapat tengok gambar je dulu okay kot kan.
Oh ye, bila dah sampai ke tengah sikit, akan nampak ada obor-obor kat laut tu. Aku macam apa plastik banyak-banyak ni. Lepastu husband bagitau tu obor-obor. K jakun. Haha. Nak ambik gambar tapi macam tak jelas je, tak guna pun. Haha.
Ni bila dah makin dekat dengan pulau. Makin lama makin jelas lah kan. Time ni hujan, so agak berkabus sikit. Tapi makin lama makin jelas.
Bila dah nak sampai tu, masing-masing kenalah get ready. Kang sorang tak jalan lagi-lagi yang depan, semua tak dapat nak jalan jugak kan. Stuck kat situ taknak turun-turun dah kenapa. Haha.
So bagi aku, experience naik ferry ni best. Tapi cukuplah sekali kot. Untuk bagi rasa je. Tak kuasa nak naik lagi, menunggu lagi berejam nak masuk pulau tu. Haha.
No comments:
Post a Comment