Assalamualaikum..
Jujurnya, masa nak pergi Penang ni, aku dok usha instagram Cik Epal siap dengan blog-blog dia sekali. Aku tau dia rajin berjalan. Setakat Penang ni dah berapa kali kan dia pergi. So nak dapat idea nak makan mana, nak berjalan mana, semua aku tengok kat situ. Haha.
Dan benda pertama aku nak try adalah Mee Sotong Hameed Pata kat Padang Kota. Try waze dekat je lepas turun dari ferry tu. So apa lagi. Husband aku pun on je. Haha.
Kat sini macam food court tu. Kedai ni nak cari senang je. Korang tengok kedai mana yang ada orang beratur tu, kat situlah ia berada. Gitu. Haha. Sebab nak bagitau tengok signboard kedai ni, kecik nun atas tu. Korang nampak ke kalau dari jauh? Susah kan. Haha.
Dan oleh sebab beratur punya lama, dan nampak ramai gitu, aku pun cop tempat dulu, order air siap-siap. Malas nak tunggu. Husband aku je teruskan beratur.
Kedai air dia tepi tu je. Aku order ABC dengan coconut shake. Weh sedap je weh. Dengan dahaganya. Memang kena je tekak rasanya.
Dan tak lama kemudian, mee yang ditunggu-tunggu pun tiba. Haha. Panas-panas dia masak. Tu yang lama tu. Kena tunggu sorang-sorang punya order kan. Tapi berbaloi sangat-sangat. Sedapppp. Dia sejenis mee goreng lepas tu ada sambal sotong kat atas tu. Memang kena lah. Sampai ke perut bak kata mak aku kalau makanan tu sedap. Haha.
Perut dah terisi, kitorang pun berjalan lah kejap kat Padang Kota tu. Dah alang-alang kan. Dan kebetulan ada pasar hari kitorang pergi tu. Banyaklah kedai boleh menyinggah. Wink wink
Berjalan tepi pantai sikit. Ada orang mancing jugak kat tepi tu. Ada jual ais krim. Ada orang naik beca jalan situ. Bestlah. Kitorang berjalan je. Pusing-pusing sampai peluh macam apa dah.
Dah puas berjalan, kitorang stop jap. Dah okay, jalan lagi. Maklumlah, perut tengah penuh. Haha. Aku ni penat dok mengejar langkah suami aku je. Dia kan kaki panjang. Aku nak saingkan dengan selangkah dia je dah dua tiga langkah. Haha. Sakit hati aku. Lama-lama boleh kurus kot kalau berjalan macam berlari gini. Haha.
My husband. And I love him soooo much. Thanks bawak kita jalan. Lepas ni bawaklah lagi. Baru lah bertambah-tambah sayang. Haha.
Okay dah dulu, nanti sambung lagi trip Penang ni. Lebih kepada makan je sebenarnya. -_-