Assalamualaikum..
Hujung tahun lepas, aku dengan family saja lah pergi Air Terjun Kota Tinggi. Lepas abude habis SPM dia. So saja lah konon nak bagi memasing enjoy sikit. Nak ajak jauh2 tak mampu lagi akak dik. Maaflah. Haha.
Dah bertahun jugak tak pergi air terjun kota tinggi ni. Selalu pergi kat Gunung Ledang je. Kota Tinggi punya air terjun ni memang dah lama tak jejak. So tengoklah jugak kan kot2 ada beza ke dari sebelum ni pergi.
Kitorang pergi hari Jumaat. Dah terang2 lah kosong kan tempat ni. Haha. Saja memang taknak pergi weekend. Nanti ramai orang tak puas lah nak mandi. Lagipun kebetulan Amal cuti hari jumaat tu. So aku laju jela apply cuti jugak. Alangkah bahagianya bila bos tak banyak soal. Dia tau kot aku dah gigih kerja so dia bagi je cuti. Muahahaha
Gerak dalam pukul 7.00 pagi. Sampai dalam pukul 8.00 pagi. Masa pergi tu abah lalu jalan Felda Inas sebab boleh potong banyak lah. Tu kot cepat sikit. Memasing pun dah tak sabar nak mandi. Bukan main. Kat rumah malas je nak mandi padahal. Aku lah paling malas. Eh
Sebab awal sangat sampai, eh bukan setakat awal. Orang paling first sekali selepas pekerja2 bangla kat sini aku rasa. Memang masa sampai tu kereta pertama lah yang masuk senang cerita. Haha. Jadi makan lah dulu kami semua. Lapar lah hoi bangun terus siap2 je mana sempat makan. Dan nasi lemak ayam mak adalah penyelamat perut pagi tu. Omnomnom
Kakak - Abude - Abah - Abang Ngah - Adik - Emak |
Kau tengok abude mata pun separuh terbukak lagi. Haha. Dah kenyang memasing apa lagi panaskan badan dulu. Yela nanti dah mandi sejuk kan.
Mak dok tergelak je dengan perangai adik. Kalau aku bukan gelak lah rasa nak gertak ada lah. Hoi jangan buat perangai macam ni lagi! Gitu
Oh rupanya sekarang bila masuk akan ada bangla ni pegang kamera ambik gambar dulu. Nanti nak balik tu dia tanyalah nak beli ke tak gambar dia ambik masa datang tu. Tapi aku tak beli dan tak tau berapa harga gambar tu. Cuma boleh agak mesti mahal punyalah. Jadi aku lebih bijak, minta tolong dia ambik gambar kitorang satu family sekali lagi guna phone kitorang je. Jadi dapatlah seketul gambar family macam ni. Haha. Aku agak sama je gambar yang dia ambik pakai kamera dia pun. Lehhh
Pertama sekali mestilah kena naik paling atas. Tapi tak mungkin nak memanjat kan. Mak abah mana larat. Paling atas pun part yang ada air terjun tu jela. Haha. Ada satu keluarga ke dua keluarga je masa kitorang sampai tu wei. Memang terasa air terjun tu kitorang yang punya.
Dah puas mandi betul2 bawah air terjun kitorang turun bawah sikit. Bagi adik2 puas berenang.
Pesen tak reti sejuk tak reti penat |
Abah pun taknak kalah. Semua pun lah. Aku je dah mengalah awal2. Tak mampu dah tahan kesejukan kelaparan semua lah.
Dah puas kat situ. Ke bawah lagi. Kat kawasan hujung tu ada gelongsor semua lah. Adik biasalah dia memang nak try semua.
Memasing. Hmm.
Masa datang ni memang musim hujan. So adalah kejap tu hujan. Semua memang cari port je dulu nak lindung dari hujan tu. Kat sini memang banyak pondok2 semua. Bolehlah berteduh kejap. Berhenti je hujan terus sambung balik semunya.
Best memang best. Sebab dah lama tak pergi waterfall. Tapi aku rasa macam dah kurang best. Macam air tu dah kering sikit. Memang macam lawak tapi betul kot. Ada area yang macam takda air sangat. Mungkin pengaruh cuaca ke apa tak pun dia ada buat sekatan kat mana2 ke air takungan tu. Entah.
Wonderful |
Still, another blessed Friday with the family :)) Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment