Pages

the clown is here

:)

Monday, 25 January 2016

55th UTM Convocation

Assalamualaikum w.b.t..

Sepanjang tahun 2015, banyak benda jadi. Baik dan buruk. Tapi inshaAllah semuanya adalah yang terbaik. Yakin yeah kamon. Haha.

Dan yang terpaling baik untuk tahun 2015 mungkinlah akhirnya aku dah graduate. Huahuahua. 4 tahun belajar untuk degree sahaja, memang macam lama tapi tau2 dah sarung jubah dengan topi tu je. Time flies so fast gais. Penat kejar.

Alhamdulillah. I made it. Kita semua lah. Kawan2 sama course, lain course, lain universiti. Tahniah semuanya. *Peluk tepuk2 bahu*

Walaupun orang kata belajar dekat je. Balik rumah pun boleh kata tiap minggu. Naik bas pun tambang tak sampai RM10. Tapi tu lah. Sebenarnya dugaan dia tetap ada. Cuma mungkin lain lah dengan orang lain. Rezeki aku part kalau ada masalah tu senang je nak minta tolong family sebab dekat. Tapi ada je part lain yang susah tu, percaya lah.

Dan itulah sebabnya perasaan happy dia susah nak ungkap. Walaupun tak berapa nak mendalam sebab belajar pun main2 je kan (hmmm). Tapi tetap happy bila tengok muka2 bahagia di sebalik kejayaan ni. Siapa lagi kan. Family. Kawan2. Semua lah. Yang dalam diam doakan biar senang semuanya. Tu lah yang buat aku kuat sampai ke hujung. Walaupun banyak kali mengomel bila lah nak habis niiii. Gitu.




Mereka ni lah tulang belakang tulang depan kiri kanan semua lah. Kalau tak, dah terduduk dan tak bangun2 dah. Thanks mak abah adik2. Harap kejayaan yang sedikit ni dapatlah bagi kebahagiaan kat korang semua.




Jujur aku cakap, masa nak konvo tu, perasaan tu lambat betul nak datang. Perasaan happy sebab dah habis tu. Mungkin sebab aku hujung2 tu intern kan, so bukannya kat UTM dan belajar apa semua. So takda nak rasa cepatlah nak konvo. Bila surat datang pun macam rilek lagi. Takda perasaan punya orang. Haha. Tapi bila mak buat ayat, "Ye lah kak, ni anak pertama nak konvo. Mestilah happy.'' Hmm baru aku sedar, muka mak yang selamber macam takda perasaan tu sebenarnya sembunyikan perasaan happy sebak dia semua lah. Terus aku pun jadi teruja gitu. Haha. Yes, ni untuk mak abah.


Family potrait


Aku kannnnn, tak hire sesapa pun untuk ambik gambar. Haha. Jenuh wei orang distribute brochure lah promote itu ini kat aku kan. Pakej studio gini, outdoor gini. Tapi tak ambik langsung. Sebab satu takda duit lebih untuk benda2 ni. Haha. Sebab dua, aku kurang percaya sangat benda2 gini dengan ramai orangnya dia nak handle ambik gambar jugak. Kang duit melayang gitu je. Gambar tak seberapa kan. Tak memenuhi kehendak dan piawaian aku. Haha. Dan aku lagi percaya adik aku ke kawan aku ke ataupun tangan aku sendiri yang menyelfie. Amboi. Dan hasilnya ni jela gambar family yang ada waktu konvo haritu. Minta tolong Syida ambikkan. So selamatlah duit sikit. Ceh selamat lah sangat.


Aku yang belajar lama2, dia nak jugak rebut topi aku tu. Lol

Tanpa kawan2 aku jugak tak mungkinlah aku berjaya tempuh 4 tahun ni kan. Impossible. Dorang lah yang tolong susah payah kat sana. Masa sakit, masa pening, masa tak tau nak buat assignment macam mana.Yang tolong hulur gula2 bila mengantuk dalam kelas. Yang tolong arrange jadual exam biar tak berderet killer paper dalam satu masa. Haih. Dorang lah yang muncul tolong apa yang patut. Thanks semuanya. Harap semua berjaya dalam apa2 jugak yang korang jalani lepas ni.


SHAC UTM 2011-2015



Dan untuk 3 ketul manusia ni. Thanks sebab selalu support each other. Thanks jadi modal lawak masing2. Thanks jadi penceria hidup selama ni. Thanks banyak2. Walaupun belajar tempat lain2, tapi tak pernah putus hubungan. Still be there bila yang lain perlukan semangat. Still ada untuk dengar masalah semua. Walaupun dah ada kawan baru, tapi masih jugak melayan karenah kawan2 lama. Terima kasih abianggg :)

Hmm lepas tu lagi sorang ni pulak. Thanks muncul hujung2 tetibe je mana datang entah. Haha. Sebab muncul hujung je tak banyak sangat lah nak terima kasih kot. Haha. Tapi tetap terima kasih sebab terlalu banyak sabar. Tu jela. Haha. Semoga berjaya dengan lebih cemerlang lagi lepas ni okeh. Kerja baik2 gaji besar sikit boleh belanja travel lepas kahwin. Lol. Dahlah bye.


Sebab belajar kat jepun, tu yang ambik gambar pre-convo gitu tuh. Ok
(saja part gambar ni taknak besarkan. ngehngehngeh)




Penutupnya, doakan lah Ain dan rakan2 beliau menjadi semakin berjaya lepas ni. Semoga cita2 masing2 tercapai. Mudah2an, Ameen.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...