Pages

the clown is here

:)

Sunday, 28 February 2016

Famous Chicken Rice Ball In Malacca

Assalamualaikum..

Ha tak habis lagi entry pasal Melaka ni. Korang mesti rasa macam eleh pergi Melaka je punnn. Haha tapi takpa lah tak kisah aku nak jugak cerita.

Kali ni pasal tempat makan. Masa pergi haritu, kitorang sempat mencari makanan untuk lunch jela. Sebab pergi sehari je. Pergi pagi balik tengah hari macam tu. So lunch jela kena cari makan.

Lepas discuss dengan partner jalan2 aku kali ni, kitorang pun decide nak pergi makan chicken rice ball sebab bila google pasal best food in Malacca ni, memang akan terkeluar cadangan makanan tu. Lepas tu macam best je sebab sebelum ni tak pernah try pun. Jadi moh ler kita.


Ee Ji Ban


Awal2 tu masa nampak nama kedai Ee Ji Ban siap tulisan cina bagai mulalah nak was2 sikit. Tapi bila baca kat review semua rupanya kedai ni halal. Siap ada Jalan Jalan Cari Makan, Mad Markets semualah ada singgah and review pasal makan kat sini. Fuh lega. Kalau tak kecewa je dahlah memang tengah excited. Haha.




Nak makan kat luar boleh, nak makan kat dalam pun boleh. Masa aku datang tu ramai jugak orang Melayu tengah makan situ. Tengok je kat gambar atas ni, penuh keratan surat khabar yang cerita pasal makanan kat sini. Lepas tu siap tayang lagi rakaman JJCM dengan mad markets kat tv dia. Komersial habis. Haha

Menu dia ada nasi ayam biasa tu, rice ball, ayam ada setengah ataupun suku ayam (steam atau roasted), sayur2, sambal sotong, sambal udang dan banyak lagi lah.

Kitorang order ni. Tadaaaa


Kailan masak sos tiram, chicken rice ball, 1/2 ayam mixed roasted & steam, sambal sotong dan air


Masa order tu tanya lah berapa besar rice ball tu since kitorang first time kan, tak dapat nak imagine berapa banyak nak order. Then orang tu kata orang dewasa selalunya order sekali makan 10 biji, kanak2 5 biji. Satu biji tu RM0.30. Oleh sebab kitorang macam nak rasa2 je, kitorang order lah 10 biji dulu. Lepas2 tu boleh tambah lagi. Tapi bila dan datang macam ni, nasi dah habis pun tak jadi nak order, dok sibuk ratah lauk. Haha. Semua sedap. Berbaloi makan jauh2. Haha.


muka kenyang


Nasib baik lah wei perut tak nampak dalam gambar. Kalau tak memang jelas lemak berlipat kat tepi. Haha. Ayam tu ingat half sikit jela, tapi macam banyak pulak. Mungkin kena datang ramai2 lagi kot. Haha

Tapi memang sedap. Memang sesuai lah dapat gelaran "Famous Chicken Rice Ball in Malacca". Anugerah ni aku yang kurniakan. Haha.



Saturday, 27 February 2016

Pantai Klebang Melaka

Assalamualaikum..

Ingat last entry pasal jalan Melaka? Ok ni sambungannya. 

Lepas pergi makan tu kitorang menuju ke Klebang pulak. Alah Klebang yang popuar dengan coconut shake dia tu. Tapi aku satu je aku cari kat Klebang ni. Aku cari timbunan pasir yang macam cantik je bila ambik gambar tu. Tapi tak jumpa pun. Kat mana entah. Haha


Hai Pantai Klebang 


Pergi Pantai Klebang tengah2 hari wei panas ya ampunnn. Tapi ada pokok2 jugak tepi tu so bolehlah aku menumpang teduh dan menumpang kasih. Haha. Sini semua dah tambak habis dah. So different u know. Haha. Tapi cantik. Cuma takda ciri2 natural tu lah bagi aku. Ala2 Danga Bay tu jugak.


Gerai makanan yeayy makanan


Berderet gerai tepi tu. Semua guna bas terpakai. Toilet pun dalam bas okeh. Mengalir ke mana sisa2 tu aku tak kaji lah pulak. Haha


Bustel @ Klebang Melaka


Ni antara tarikan kat Melaka ni. Hotel Bas ataupun Bustel. Unik kan. Guna bas terpakai untuk jadikan hotel macam ni. Nice je tengok. Cantik pulak tu.


Receptionist

Mungkin boleh try next time kan. Siapa nak rasa concept yang rare boleh lah try. Selamat mencuba. Haha.

Hujung seberang tu dia macam still ada construction lagi. Mungkin lepas ni ada lagi penambahan mana2 lah kat situ. Kena pergi lagi ni. :))



Jalan Melaka 2016

Assalamualaikum...

Siap ada 2016 okay tajuk. Sebabnya kalau tak letak nanti confuse jalan yang masa bila since pergi Melaka ni macam dah banyak kali je. Haha.

Hal ini terjadi pada minggu lepas. Saja lah berjalan sampai Melaka pulak. Tengok apa kot2 baru kan. Eh rupanya memang banyak yang baru dan lain dengan last time pergi.


Kita pergi dengan dia ni lah. ihik


Sampai je Melaka tempat pertama dituju adalah Dataran Pahlawan tu. Sebab senang parking situ boleh je pusing semua tempat lain. Lepas tu terpaksa beli kupon parking sebuku tu padahal nak parking berapa jam je alahai. Siap bincang ni nanti kita jual lah kat orang mana2 yang baru sampai. Muahahaha.

Lepas tu berjalan lah kaki menuju ke Kota A Famosa bangunan merah2 tu. Dulu pergi time sekolah kot last. Ramai gila pelancong kat sini. Mungkin dia ada group2 dia lah kan. Kitorang je macam apa jalan berdua. Eh who cares?


Dari tangga A Famosa


Lepas tu gigih panjat tangga nak naik atas tu. Ingat macam okay kot uncle2 tua tu semua boleh je panjat. Tengok macam tak tinggi sangat je. Tapi rupanya mengah jugak. Tula makan lagi makanan berminyak. Haha.

 Atas tu macam ada church apa entah tinggalan zaman portugis dulu. Ada patung dia besar jugak kat tengah tu kan. Ada kubur2 rasanya sekali kalau tak silap. Ada lah dia tulis sejarah sikit2. Ada lah orang tu orang ni punya nama. Tapi semua aku tak kenal. Buta sejarah. Haha.


Yang ni dari atas sekali


Kalau perasan dari sini boleh nampak laut semua. Menara Taming Sari tu memang dekat je so jelas lah kalau tengok dari atas ni. Cantikkk. Sukaaa. 

Menara Taming Sari tu pun macam dah tak ramai je yang nak naik. Dulu masa awal2 aku pernah lah pergi. Beratur dia sampai ke pintu masuk. Bukan main. Awal2 kan. Excited lah. Tapi masatu aku pergi jengah macam tak ramai je. Atau pun masa aku pergi je macam tak ramai orang padahal sebenarnya masih ramai je nak naik. Tu tak sure.


Selfie sikek


Kat atas ni lebih kurang je macam A Famosa bawah tu. Dia ada bangunan2 macam tu. Dalam tu ada lah orang busking ke apa. Ada jual2 cenderamata jugak. Tapi aku tak tergoda dengan semua tu Alhamdulillah. Paling tergoda pun topi lah sebab panas. Haha.


Dari dalam



Nampak tepi2 ada batu2 petak tu. Kat situlah dia tulis setiap nama orang yang dikuburkan kat sini. Dia explain jugak apa dia punya jawatan, apa dia buat untuk Melaka dulu2. Pusing sini dan acah2 minat Sejarah kejap. Ambik gambar mana macam cantik then turun balik.

Turun ikut laluan yang sebelah kanan pulak. Lepas tu pusing2 kat bawah tu pulak. Bawah ni memang penuh beca. Meriah je since memasing taknak kalah dengan lagu. Haha. Hindustan, dangdut, lagu baru semua ada wei. Nak naik takda maknanya lah sebab masa jalan sebelah pakcik beca sorang ni dia tengah promote beca dia lepas tu terdengar lah harga dia RM40 sekali pusing. So takpala jalan kaki lagi best. Haha. Tapi aku syak ada je lagi murah kot kan. Mungkin pakcik tu pusing jauh sikit ke apa. Haha.




Lepas tu ada jual2 jugak kat lorong tu. Tapi macam sunyi sikit lah area tu. Tak berapa ramai orang. Kalau lalu situ pun dia macam takdalah panggil2 kau ke apa. Rilek tenang je. Mungkin dah biasa kot takda siapa nak beli barang dia. Haha.

Banyak muzium lah area sini. Muzium apa je entah. Atas tu ada muzium. Bawah ni ada muzium. Tepi tu sikit ada muzium jugak. Eh banyak lah.


Pilih pilihhh

Beca pelbagai citarasa & jenama



Lepas tu duduk kejap sebab dua2 mengah dah. Haha. Dah lah tak bawak air. Pesen malas nanti nak gendong2 barang. Lepas tu nampak air pancut ni pun menyelerakan gila. Apatah lagi akak2 kelantan sebelah kitorang yang pegang air jus tembikai tu. Cryinggg


Acah hipster



Then berjalan lah lagi pergi kat tepi sungai tu. Nampak lah ada cruise semua. Besttt. Nak try naik rasa dia macam mana tapi hmmmm


Mampu menatap je signboard


Eh tapi jangan salah sangka tau. Sebenarnya RM15 je naik cruise ni. Dia ada beza lah kalau weekdays ke weekend semua. Tapi RM15 ni untuk weekend atau public holidays kalau x silap. So try lah. Agak murah kan. Lagi murah daripada beca tu kot. Haha.




Tepi sungai ni ada sekelompok meriam sedang bergembira. Haha. Kat sini nak ambik gambar ke apa cantik lah jugak. Tapi macam aku yang nak jengah tengok sungai pun terhalang tembok je baik tak payah. Haha. Meriam tu pun lagi tinggi daripada aku. Tembok belakang tu tinggi gila. Bukan dari tempat aku berdiri ni tau. Dari sebelah sana menghadap ke sungai. Tapi aku kena jinjit lah kalau nak tengok sungai tu. Kecewa.




Lepas tu berjalan jela sepanjang sungai tu sampai jumpa balik Dataran Pahlawan ni. Mula2 nak jalan Jonker Street jap. Tapi tak jadi patah balik terus menuju ke shopping mall tu bagi sejuk badan. Haha. Fikir nak makan mana apa semua. (Yang pasal makan next entry kot haha)

Dah berjaya decide nak pergi mana barulah balik semula tempat parking tadi. Naik kereta je menuju ke tempat pilihan. Yeay makan. 

See ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...