Pages

the clown is here

:)

Friday, 15 November 2013

mindful

Assalamualaikum..

hye and hello everyone! 

happy that finally I can write and post something in this blog. ahaaa tetibe rasa rajin malam ni. so let's use that kerajinan tu to the max lah. jangan sia-siakan. huhu

reflection. 
that's the main point here. just like, sometimes we need it. really need it. bila2 masa free, even busy pun, kita perlu nilai dan muhasabah balik diri kita. sebab apa perlu, sebab kita tak boleh lah syok sendiri dengan setiap apa yang kita buat. kadang2 masa kita buat sesuatu atau cakap sesuatu, kita tak perasan pun apa kita buat dan cakap tu. sebab otak kita dengan badan bukanlah setiap masa seiring kan. kadang2 hati kata lain, otak kata lain, lastly kita buat atau cakap benda yang lain. dan kadang2 mungkin jugak kita memang sengaja. kita sengaja cakap yang menyakitkan hati orang, kita sengaja buat sesuatu untuk aniaya orang. gara2 hati dan emosi. so kita perlulah take some times untuk reflect balik apa yang kita buat tu. betul ke salah ke? kenapa kita buat? apa kita dapat? reflect okay, reflect.

avoid bias. 
sebab apa, kadang2 kita memang muhasabah diri, but then keep on comparing ourselves dengan orang lain. and even worst, kita nampak yang baik je pada kita, dan yang jahat semua ada pada orang lain. faham tak? macam kita tak berlaku adil. eventhough kita bukanlah terang2an describe comparison tu, tapi still kita sebenarnya tak berlaku jujur pada diri sendiri. faham kan? :) 


reflect yourself


kita selalu lupa nak muhasabah diri kita. nilai balik semua perbuatan kita. mungkin takda masa. mungkin jugak kita tak cari masa tu. walhal sebenarnya kita dah diberi masa secukupnya. paling tidak pun masa wajib 5 kali sehari tu. SOLAT. setiap kali solat tak salah rasanya kita ambik sikit masa untuk duduk, segarkan minda balik, buang yang buruk, simpan yang baik. positifkan diri kita. memang kadang tu kita rushing, solat pun laju kemaen kan. tapi tula, kadang tu cuma alasan kita je. kena dengan cara yang betul, inshaAllah boleh.

aku pun jarang buat. kira ni sebenarnya adalah kata2 untuk diri aku sendiri jugak. aku selalu lupa yang masa 24 jam ni terlebih cukup sebenarnya. selalu perasan busy. tapi sebenarnya busy dengan apa pun tak tahu. then bila sampai satu masa tu, aku akan realise yang aku terlupa sesuatu. lupa diri lah senang kata. 

selalu terjadi dan aku hanya sedar bila ada benda buruk jadi pada aku. dah dapat balasan dah baru nak sedar dan beringat. contohnya sakit. aku ni susah nak sakit. jarang sakit. walaupun sebenarnya aku ada asthma, tapi bukanlah selalu. but once dah kena, sakit tu susah nak baik. macam demam. mula2 selsema, then batuk. lepastu demam panas. dan aku kalau demam, bukan demam yang biasa acah2 panas kepala makan panadol 2 biji sembuh terus. aku kalau dah sakit boleh bawak seminggu terbaring, pengsan, mampu bukak mata makan tidur dan repeat lah semua tu sampai seminggu. bila dah sakit teruk macam tu barulah aku sedar diri sikit. yela dah rasa sakitnya tu, pulak tu teruk. rasa macam dah dekat sangat ajal tu. baru nak insaf. masa ni lah baru nak ingat dosa2 lampau. 

dan bukan ke sakit tu kifarah dosa. penawar dosa kita. bila aku ingat macam tu, aku syukur balik sebab Allah balas aku on the spot. aku buat salah dan Dia hukum aku terus kat dunia ni. aku tak dapat bayangkan kalau balasan tu aku terima kat akhirat nanti. Nauzubillah. begitu untungnya jadi hambaNya. maha pengasih maha penyayang. 

dan sebelum terlambat, marilah kita sama2 muhasabah balik diri kita masing2. saling mengingati. saling terima pandangan orang. inshaAllah :))



Sunday, 8 September 2013

girls day out

Assalamualaikum..

hai hai hai. harini hari ahad. esok isnin. isnin pertama untuk 3rd year aku sebagai student di UTM sanjungan bangsa itu. lajunya masa ni. T_T

dan harini masih sempat update blog. saja gagahkan diri update jugak harini. sebab kalau tak bila lagi. mungkin tunggu next cuti nanti. sanggup korang tunggu? haha

kisah harini pasal semua sayang2 saya. sweet sangat. auww. 

siapakah mereka?


amah - aku - nana - zura


hoiiii semoranggg. zura ada wei. tolong excited sama2 plisssss.
haha. aku sangat excited nak jumpa zura. nana dengan amah tak sangat. haha. kongajo sangat. bukanlah macam tu. cumanya si zura ni aku dah lama gila tak jumpa. sejak masuk uni terus tak jumpa. almaklumlah zura kan orang melaka. -,-''

masa dorang datang jemput aku kat rumah, zura yang keluar panggilkan aku. aku depan gate je dah jerit. terlebih excited. terlupa ada jiran tetangga. haha. masuk2 kereta je kena sound dengan nana. nana memang tau. suka dengki dengan aku. haha. 

lepastu bergerak lah kami. mula2 dorang nak pegi jusco taman u tau. aku nak nangis rasa masa dorang kata nak pegi taman u je. tolonglahhhh. jangan bagi aku feel balik u sangat boleh tak. ngada ah dorang. T_T

aku apa lagi, mana boleh biarkan. terus pujuk amah selaku driver. dan akhirnya memberi hasil seperti yang diinginkan. haha. terus tukar plan pergi jusco tebrau. aku adalah suka. terloncat2 dalam kereta. haha. tapi yang kembali menyedihkan, kami semua tak tau jalan. jom nangis balik. kitorang semua tau sebenarnya (nak cover), cuma kitorang tak tau jalan yang lebih dekat je. haaaa baik punya cover line tak? haha

last2 semua ikut kata hati masing2. nasib baik betul. haha. dan sampai2 je terus cari makanan. baju ke skirt melambai2 kitorang buat2 tak layan je. yang penting perut ni kena jaga. merajuk susah nanti. so marilah ke sushi king.




nasib baik sangat kami. walaupun lunch hour tapi sushi king tak ramai orang. eh ramai jugak, cuma tak penuhlah. masih ada tempat. sukalah kami.




sambil makan sambil cerita macam2 sambil gelak2. semua buat2 lupa yang semester baru dah nak start dah. haha. paling kesian adalah zura. dia baru je cuti seminggu. sebab dia ada praktikal masa cuti tu. sebab tu raya kitorang tak dapat jumpa dia. sedih kan kisah zura ni. huuuu.. 




oleh sebab zura jarang masuk blog ni, mari letak gambar dia banyak2 sikit. hehe. zura ni kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi. masuk matrik pun dengan dia je. sebelum masuk u pun dengan dia jugak. isi borang lah, bayar itu ini lah, pergi cop sana sini, semua dengan dia. kemudian, sejak kami masuk u, kami terus tak dapat jumpa. ni tak adil. kenapa pisahkan kami?? kenapa?? dengki sangat lah kan?? suka lah kami macam ni?? (emosi tak stabil tetibe dah kenapa) 
-..-


sebelum


selepas


dan kami..


aku dan zura



amah dengan nana


they're a true friends. they're a good friends. they're my friends.
semoga persahabatan kami kekal selamanya.
ameen..




Thursday, 29 August 2013

potluck raya

Assalamualaikum..


potluck raya edisi 2013


ngeh ngeh ngeh

tetibe memulakan majlis dengan ketawa kambing dah apesal aku ni. haha. okaylah kan. seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni, akan ada episod lain untuk raya kali ni kan, ni lah sebenarnya. potluck-raya-acah2-pandai-masak-je-semua namanya ni. haha. hari kejadian adalah hari sabtu lepas. betul2 lepas habis exam. *heavennnnn* rasa macam dihargai sangat. kengkonon diorang semua sambut hari aku bebas exam gitu. haha.

alkisahnya, potluck ni nana yang cadangkan. eh nana lagi? yang dulu tu macam nana jugak je. haha. tak kisahlah kan. okay, nana cadangkan then ajak lah sapa2 yang ada masa join sekali. mula2 macam ramai tau nak ajak. alih2 masa berkumpul tu terus semua macam "eh, ni je ke kawan aku? sikitnya." haha. sebab ramai dah balik uni masing2 lah, ada yang praktikal lah, ada yang pergi kenduri kahwin lah. kira masing2 macam banyak pulak halnya masa hari kejadian. makanya yang tinggal adalah kami2 je. walaupun begitu, kami2 ini tetap meriah-semeriah2nya. kemonlah kan, raya namanya. mesti lah meriah. *fliphair*

dah namanya potluck kan, so semua kena lah bawak makanan masing2. aku ni dahlah kepala otak kosong gila masa fikir nak bawak apa tu. siap text dengan zizah dengan nana nak bawak apa semua. serius kosong. blur. mungkin salah exam sebelum tu. hohoho. lepastu ngadu kat zizah, " adoiai zah, susahnya assignment nana bagi ni. takda idea langsung" haha. nak google pun tak boleh, memang susahlah kan?

dan paling mengecewakan, nak pakai baju apa pun tak tau. haha. sekali lagi zizah jadi mangsa jadi kaunter pertanyaan. "zah, ni sebenarnya kita ni beraya ke apa? kita nak kena pakai baju raya ke baju biasa2 je?" haha. zizah pun aku rasa dah jadi blur sebab aku blur. and lastly end up dengan mix and match je. match ke tak tu tak pasti lah. haha.




maka dengan itu sambunglah balik ceritanya, "kami2" itu adalah aku, nana, amah, fiza, zizah, shera, dan jugak yusmiza. tempat kejadian adalah kat rumah nana. thanks nana and family bagi kitorang tumpang rumah kejap. hehe.

serius best. mula2 ingat nak buat potluck makan2 je kat rumah nana sambil borak2 kan. tapi kitorang borak daripada pagi tu sampai lah ke petang macam bosan je. jadi semua terus decided nak pergi beraya sekali. lagipun masa beraya yang sebelum tu, rumah2 diorang ni belum singgah lagi. jadi masing2 pun bawak diri pergi beraya rumah shera, yusmiza, amah, zizah dan jugak teacher mas. :))




kitorang ni perginya cuma bertujuh je, tapi naik sampai 3 kereta. jadi aku sebagai penumpang ni boleh buat pilihan, kejap naik kereta ni, kejap naik kereta tu pulak. bahagia rasa macam orang kaya kereta banyak pulak. siap ada driver lagi. haha. yang lain siap perli, "haa ain lepas ni nak naik kereta yang mana pulak?" haha.




dan kitorang pergi rumah teacher mas jugak. lama sangat dah tak jumpa teacher mas ni. kalau pergi sekolah ada event pape pun tak dapat jumpa teacher mas. rindu yang amatlah senang ceritanya. lagipun kitorang memang ada janji nak datang beraya rumah teacher mas ni. tapi haritu barulah berkesempatan. rumah teacher sangat best. meriah sangat. dahlah dapat makan mee goreng panas2. asal ada makanan je terus best melampau2. siot sangat ni namanya. haha. yang aku dengan nana siap buat macam rumah sendiri. siap discuss nak jodohkan anak kitorang nanti. tolonglahhhh tolonglah jauhkan nana daripada aku. mengarut sangat jadinya nanti. tak boleh cover ayu langsung dengan dia ni. haha.

lastly rumah zizah. masatu aku balik awal tak sempat raya rumah zizah. so kali ni aku dapatlah pergi. kiranya nasib baik jugak masatu tak pergi kan, kalau tak malu wei dua kali raya rumah zizah dua kali. dia takpalah, dah biasa. ehh. hehe peace zizah. jangan ambik hati. :))

begitulah berakhirnya. lepas ni dah tak raya lagi kot. tunggu raya haji jela pulak. hehe. and next time, hopefully lagi ramai kawan2 yang dapat join. dan harapnya aku sendiri dapat join. kang kawan2 je ramai yang join, rupa2nya diri sendiri duduk rumah je. tak fun langsung. haha.

okay dah, sehingga berjumpa lagi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...