Assalamualaikum..
Okay, so second day kat Ipoh ni plannya nak berjalan jela. Since hari pertama tu dok makan dan lawat sedara kat Ipoh. Hari kedua baru betul-betul nak berjalan area Ipoh ni.
Awal pagi tu plan kalau ikut aku, nak ke Restoran New Hollywood. Memang famous kan restoran ni. So aku dengan husband pun pergi lah sana. Kedainya hujung macam tak berapa nak nampak signboardnya. Tapi memang nampak ramai gila orang.
Sampai-sampai je rupanya kedai tu jenis banyak-banyak gerai orang jual. Ada jual macam-macam lah jenis makanan. More to Chinese punya makanan lah. Aku memang excited nak cuba, sebab pernah nampak orang post makan kat sini macam best je. Tapi husband aku ni jenis tak boleh kalau tengok cina ke apa yang masak. Walaupun ramai gila orang Melayu makan situ. So takpalah, kitorang cancel makan kat sini. Jalan tempat lain. Sobs.
(Dislaimer : Aku tak kata sini tak halal ke apa, sebab aku pun tak sure. Cumanya case aku ni, suami yang tak suka makan tempat macam tu. Tu je okay :) )
Okay next kitorang terus ke area utama Ipoh Old Town kat Jalan Panglima. Area ni ada Plan B, which is also a famous cafe in Ipoh. Tu pun aku pernah ternampak orang post kat socmed diorang. Hiks. Aku pun excited lah lagi sekali. Dah lah tengah lapar time ni dari pagi tak makan. Minum coffee kat hotel je yang 3 in 1 tu. Haha.
Sampai area ni memang kenalah sangat bersabar. Punyalah sesak. Dengan pelancongnya, dengan local yang nak ke bank ke apa agaknya, sebab area ni agak padat dengan bangunan-bangunan utama. So sabar jela yang paling diperlukan. Dan sekali lagi sabar diperlukan untuk cari parking. Tapi aku advise untuk parking je area parking yang disediakan. Bayar jela RM5 pun walaupun rasa macam nak sekejap je. Sebab daripada kena beli kupon untuk pakai sekali je kan. Ataupun kau rela hati kena saman. So pilihan di tangan anda. Haha.
Dan setelah berjaya parked kereta dan berjalan beberapa kilometer, akhirnya aku sampai jugak Plan B ni dan ambik gambar sahaja! Sebab sekali lagi tak makan. Haha. Okay lupakan pasal makan tu, sebab lastly kitorang pergi Aeon je makan kat Pizza Hut. Lol.
Area ni memang nice sangat. Idea yang fresh and tak typical. Sebab tu dia hipster. Haha. Banyak jalan nak masuk ni. Dan menariknya, setiap celah tu macam ada je benda. Tetibe masuk sini, ada orang jual tu. Masuk sana, ada jual benda lain pulak.
Dan jangan pelik sebab kat mana-mana ada je orang bergambar. Haha. Dah tempatnya cantik. Semua mestilah nak OOTD sikit satu dua kali ye dak?
Best sebab bila dah jalan sini, korang boleh pusing lagi berjalan ke area lain jugak. Sekeliling tu menarik je. Ada je street art, kedai-kedai, cafes, bangunan pun cantik-cantik. Memang area tumpuan pelancong.
Walaupun penat gila berjalan, tapi rasa tetap jugak nak berjalan. Sebab nak merasa semua sekali tu je. Dah tak payah pergi lagi dah next time. Penatttt. Haha. Tu je sebabnya rupanya eh.
Dok sibuk berjalan tiba-tiba terjumpa satu tempat ni macam ada menara jam. Tak sure sebenarnya ada apa kat situ. Jengah macam tu jela sebab time ni dah mula panas. Kitorang dah nak berjalan balik ke parking kerete tu sebenarnya. So tengok-tengok macam tu jela. Lepas tu jalan laju-laju nak pergi makan. Haha.
Apa-apa pun untuk first timer jadi pelancong kat Perak ni, sebenarnya banyak tempat menarik boleh pergi. Ni belum lagi masuk list tempat yang konon nak pergi tapi tak jadi.
Lost World of Tambun (Ni dok berangan nak pergi air panas dia, last-last tak pergi jugekkk), MAPS (sebab mahal muahaha), Zoo Taiping (ni pun berangan nak singgah jugak tapi tak larattt), Gua Tempurung (next time maybe), dan banyak lagi lah.
Harap-harap kalau ada rezeki pergi Perak lagi, bolehlah singgah ke tempat-tempat yang tak sempat pergi tu. InshaAllah.
Bye Perak. Thanks for being nice to us. Till next time.