Assalamualaikum...
Memanjat dinding (Wall climbing?)
Ok hodoh bunyinya. Jomlah guna bahasa inggeris walaupun macam tak memartabatkan bahasa kebangsaan gayanya. Luls.
Masatu, Kelab SRC UTM ada buat aktiviti wall climbing dekat Putrajaya Challenge Park. Mala selaku pengupdate segala aktiviti menarik sekitar UTM (gah, title dia pun. LOL), telah mengajak aku join aktiviti ni. Yela. Sebelum tu bila ada flying fox dengan abseiling, aku asyiklah tak boleh join sebab takda kat UTM. Kali ni dia awal-awal inform. Lantas apa lagi, cepat jela aku yes kan. Haha. Lepas tu yang bestnya, Amal pun ikut. Mengada kan. Nak hashtag "overlyattachedbrother" ke tak ni? Haha.
Masa dalam bas nak pergi ke Putrajaya. Nampak tak Amal kat situ? Kalau tak nampak buat-buat jela nampak. Kah Kah Kah.
Gerak ke Putrajaya malam Sabtu. Padahal bukan jauh sangat kan. Siap tidur dalam bas. Lepas tu aku nak ngamuk rasa tidur diganggu dengan suara pakcik bas yang alahaiii gaduh dengan bini muda ke apa dari gerak sampailah nak dekat sampai tu tak habis-habis gaduhnya. Nak gaduh tunggu lah esok pagi ke apa. Ni dalam telefon malam-malam pun jadi. Eh taklah malam sangat. Pagi-pagi buta lah kira. Hmm tabahlah.
Lepastu dalam pukul berapa entah dah sampai Nismilan (Negeri Sembilan), tidur sampai subuh, breakfast terus dan baru gerak ke Putrajaya. Tu pun dalam pukul 8 dah sampai. PCP tu bukak pukul 10 tak silap. So pagi tu buatlah aktiviti sendiri i.e borak, tidur, mandi, dan sebagainya. :P
Aktiviti dalam kumpulan. Aku ni kan first timer. Amal pun sama. Amy, Mala, dengan Farah semua pun sama. So kitorang terpisahlah sebab kenalah ada yang boleh ajar kan dalam setiap kumpulan tu. Bukan ajar apa sangat pun, macam sharing pengalaman and tunjuk lah apa nak buat apa semua tu lah. Sebab bukan setakat panjat suka-suka kan. Diorang pun kena lah jaga aspek-aspek penting macam keselamatan, kecekapan,keceriaan, keharmonian, kehormatan dan ketatasusilaan. Eh.
And then, here we are!
Dah masuk dan kosong. Yela. Kitorang yang tolong bukak, memang lah kosong cerita dia. Haha. Lepas tu sesi panaskan badan, barulah lepas tu main panjat-panjat. Yeayyy!
Rupanya dia bukan main panjat ikut suka je macam panjat pokok durian kat kampung tu. Eh apesal pulak pokok durian pun nak dipanjat. Gagaga. Kat sini ada lah peraturan dia. Kalau panjat tu ada batu-batu berwarna kat situ. So kau kena ikut route yang tula which means kalau merah, semua batu merah je kau boleh pakai untuk panjat. Kalau biru, birulah. Kalau hijau, ha mak kau hijau. Luls.
Dan dia jugak ada level dia. Level senang dan makin susah dan susah lagi. Aku mestilah try yang paling senang. Amal try dari senang tu lepas tu up lagi. Dia dengan Mala jela. Aku dah try paling senang tu pun macam, wei kau biar betul ni paling senang wei? Haha.
Dan bila sedar diri memang tak larat nak naik sini banyak kali even dah rehat pun, terus pergi panjat kat tempat lain. Haha. Aku tak ingat lah apa benda entah nama-nama dia. Tapi yang aku try tu jenis tak payah pakai tali pun takpa. Lepas tu bawah tu siap ada tilam boleh main lompat-lompat. Aaa apa lagi lepas naik tinggi-tinggi lepastu terjun ke bawah. Haha. Berapa kali je aku naik sampai atas terus tak lompat ke bawah. Yang seterusnya main lompat je ke bawah. Haah buat hal sendiri. Suka hati aaaa. Esoknya ngadu kat mak sakit badan sakit kaki tangan semua sakit, nah ambiklah kena padan muka setepek. Tabah.
Muka puas dah dapat try wall climbing like finallyyyyy. Haha. Tapi memang akan cuba lagi sekali. Sebab tak puas jugaklah hati ni bila sekali naik je dah semput. Kau lemau sangat dah kenapa Ain. Ooo bila lompat-lompat tu tak semput pulak. Hekhek
Yang ni lah yang sesi lompat-lompat tu. Haha. Kat sini jela berani ambik gambar macam tu pun. Cer yang tinggi-tinggi tu? Tak mampu okeh. Gayut saiye. Kekeke.
Kitorang kat PCP ni sampai tengah hari je. Sebab dah senior kan, yang organize semua junior, buat kepala lah kakak-kakak ni. Kahkah. Kitorang minta izin lah nak lepak luar jap. Sebab masatu Tia dengan Chieng pun ada datang jugak. Lepak sekali. Kitorang pergi lepak kat IOI City Mall. Sebab memang tu dah dekat sangat dah tu. So lunch kat situ, borak-borak dan baru kembali kepada ahli-ahli memanjat tadi.
Mini reunion untuk SHAC yang tak lama lagi dah nak grad inshaAllah. Will definitely miss them so much. Tapi kitorang masing-masing taknaklah gabra macam alaaa nanti lepas grad tak boleh jumpa dah rindu semua aaa macam mana ni. Gah. Sebab takpa wei, bila ada masa semua memang akan sporting je lepak sesama. Bila yang KL turun JB, yang JB kumpul lepak sama. Bila yang JB naik KL, yang KL akan susun jadual datang lepak sama. Macam tula kitorang. Sebab tu tak rasa sangat nak berpisah. Sebab kita semua takkan terpisah. Sobs
And as for wall climbing, kau tunggu aku datang lagi. Lol