Pages

the clown is here

:)

Monday, 29 October 2012

raya haji versi 2012

salam aidiladha semua..

walaupon dah berapa hari lepas kan, tapi ok apa, takbir pon seminggu kan. setakat nak wish ni tak kisah lah bila. huhu. 

tahun ni raya seperti biasa, kat kampung simpang 6, batu pahat, johor. hamboi. bagi alamat siap2 uols. haha. biar senang nanti kalau ada yang carik dah tau dah kat situ. huhu.

raya hari jumaat kan. aku sekeluarga pulak balik kampung khamis malam jumaat tu. kengkonon nak balik lepas habis kelas terus. tapi tak jadi sebab abah kata dia nak balik sekali lepas balik kerja tu. ok lah kita tunggu lah abah kita habis kerja baru gerak sama. kita kan anak mithali. ihik

dan raya kali ni semua bersederhana sajo. baju pon main traffic light punya kaler je. takde tema2 bagai. tapi yang best, kali ni lain sikit sebab maknot sefamily buat korban sekor lembu. syukur semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

lepas siap je yang lelaki2 ni solat sunat raya, balik2 tu terus zap zap zap tukar baju. laju kemain. aku pon belum siap mandi time tu. ngehngeh. ni tak boleh salahkan sesapa lah, dah memang aku yang ambik nombor lambat sangat. jadinya turn nak mandi pon lambat. makanya siap pon lambat. begitulah alkisah hipotesis di pagi raya.


pengorbanan, eh eh KORBAN tu dibuat di surau tengah. kalau ikut yang berdaftar, ada 2 ekor dan nombor giliran lembu maknot tu nombor satu. jadinya bila dah nombor satu tu maksudnya yang 1st lah kan? apa aku cuba merepek ni?

ni lah lembu yang dikorbankan tu. haiwan tunggangan di akhirat nanti. inshaAllah

eh eh ada pakcik saya di situ. hehai pak ndong *lambai2*


memasingkan khusyuk je tengok lembu kena korban. aku kat depan ni takda sapa perasan


bismillahhirahmannirrahim
Allahuakbar
kalau ikutkan, yang ni pestime aku tengok lembu kena korban. bukan setakat korban lah, sembelih biasa tu pon sebelum ni tak pernah. kalau ayam tu memang lah pernah kan, tapi yang besar2 ni, ni lah yang pertama kali dalam hidup. fuhh bersejarah sungguh. ok ingat tarikh nanti nak cerita kat anak cucu sonang. huhu.

part nak start sembelih tu kan, nanti mesti ada lah suara2 yang suruh sapa2 yang tak berani tu jangan tengok. nanti takut pengsan lah apa kan. lagi2 yang pesen takut darah, jangan tengok sebab darah memang membuak2. ok part yang membuak2 tu aku tambah sendiri. bagi cerita best. huhu. tapi aku ni kan jenis "pedehal" kan. jadi tengok jela. bayangkan macam tengok final destination. eh gitu pulak. huhu. dan semuanya lancar je. :)

ni lembu yang berangka giliran 002 tu. huhu. lepas siap je lembu 1st kena sembelih kan, dia terus berdiri. dah tau lah tu turn dia dah sampai. huhu
 dan lepas je lembu kedua tu siap sembelih, maka sesi melapah pon bermula.

gambar adalah hasil zoom in kerana malas nak gerak2. banyak gerak nanti banyak lemak terbakar kan. tak kose i. sayang lemak uols. haha


tu dia maknot kite. comel kan? tengoklah anak sedaranya. hikhik

lepas tu kan tengah dok syok2 layan borak dengan semua kat surau tu, nampak pulak budak2 ni semua berderet atas jambatan ni. dah kenapa?

rupa2nya sesi membersihkan perut daaaa. pada sesapa yang tak pernah nampak perut lembu, ha cenggitu lah ghopenya


abah dengan abg kadir. berani mati je kan pakai baju kaler putih dua2 ni.

ni kulit lembu tu. ada kisah lawak tau di sebalik kulit ni tapi biarlah orang2 berkenaan je yang tau
HAHAHAHAHA *ketawa sakitkan hati sapa yang tak tau*

manusia2 yang terlibat dalam ini gambar, mempersembahkan..

jiya dengan cik pija

adik dengan jiya
dah besar ok mereka. dah lebih tinggi dari i. mencik.

dengan mak yang cun, manis, comel, ayu, anggun, duit raya macam tak dapat lagi je. eh

cik pija dengan puan hani

abude. jarang kan ada gambar abude kat blog ni. tu lah sapa suruh belajar jauh2. hoho



khusyuk bebenor gamaknya menonton lembu dilapah

mak dengan abah weeee

aku pon nak dengan abah jugak uolsss

time ni dah tinggal tunggu orang kampung siap lapah je
yang diorang ni dah kepenatan macam buat keja banyak sangat
mungkin dari tolong tambat lembu sampai nak agih2kan daging tu semua diorang yang buat
*mata ke atas*

makanan mesti ada. ada mee goreng, ada apam, ada kuih pulut tu, memang ajk kebajikan buat kerja dengan baik. huhu

baguskan, kat mana2 pon memang tak tinggal buku budak ni. buku dengan adik memang tak boleh dipisahkan. *muntoh*


yeay dah siap, dah nak balik. yeay2.

ni bawak barang hantaran
dah nak balik dah rombongannya. huhu

lepas siap tu kitorang pergi rumah mak ode kejap. hantar bahagian mak ode.


sampai2 je rumah port paling best adalah meja makan. haha. ni bukan masa raya je, masa senggang, masa exam, masa itu emas, semua pon memang meja makan adalah tempat paling best untuk lepak. huhu.

oh ye, esoknya maknot buat kenduri pulak. buat kenduri untuk perempuan. tapi gambarnya adalah kurang sangat2. jadinya tak payah lah nak updet ae. kira halal lah kan. huhu.


ni lah aku hari raya hari tu. kan traffic light tu. hoho
dan kenduri pon baju ni jugak
dan kalau ada majlis lain pon lepas kenduri tu, baju ni jugak. selagi belum berbau. huhu


dengan itu, tamatlah episod berkorban kali ni. semua pon lega. tamat...






Monday, 11 June 2012

funfair with funny people

salam..

kemain tajuk.nak english2 gitu.haruslah kata "oh my english!" *sambil tutup mulut bulatkan mata*

zaman sekarang ni kalau cerita pasal funfair orang mesti macam dah tak berapa nak heran kan? yela korang sume kan layan outdoor games kat genting je.tak pon layan universal studio singapore je kan.tak masal.
ok bagi adik2 yang tak mengenal erti funfair tu, sila bukak youtube carik cerita senario the movie yang zaman tok kaduk punye tu, nanti korang taulah funfair tu ghupe dia macam mana. jangan malas sangat. kalau nak berjaya kena rajin2 search. tengok nasihat akak bagus kan? ehem ehem..

dan sekali lagi cerita time cuti, kali ni ada watak tambahan sekali. kezen2 yang dah lama tak jumpa kita gabungkan sekali. tapi taklah semua. yang mana ada je. kebetulan cik sapeeja balik kampung hari tu. kebetulan jugak aku pon balik kampung. dan kebetulan pulak malam tu cik kadok suaminya puan hani nak keluar. kebetulan kitorang nak ikut. dan paling kebetulan adalah cik kadok bagi kitorang ikut. (selepas puan hani menggunakan taktik rajukan harimaunya.hahahahaha). dan kami pon keluar lah malam minggu hari tu. permai gila hidup gua seperti exam final adalah tahun monyet akan datang walhal time study week aku buat kerja gila ni.huhu.


dan watak2 yang terlibat kali ni adalah :
*cik kadok
*amal
*aku

mula2nya ingat nak karok lepas gian masing2 kan masing2 kan memang sore retis kan, tapi malangnya kitorang keluar time tu dah time2 mak2 ibu2 tarik selimut anak2 dah.jadi maksudnya adalah waktu ayng amat kritikal lah untuk carik pusat2 karok yang masih terbukak. ada lah satu tu tapi malangnya harga manyak mahal wo. mentang2 malam minggu kan. jadi kami pon decide nak ke BP walk je jalan2, amek2 gambar kat dataran tu. 

tapi sebelum tu kena layankan cik kadok kelaparan.merengek je dalam kereta.eh?haha. dah alang2 dia makan takkan nak tengok je kan yang lain, haruslah makan jugak isi.teman katanya.huhu



hasil tangkapan










bila dah kenyang semua pon berdezup nak ke BP walk kononnya. sekali tu nampak spotlite menyala2 menandakan funfair ada kat sebelah summit.terus tukar plan.tengok, sempoi kan kitorang? jomlah geng.huhu


ha hamek kau
mula2 nak naik wheel tu je tau. sekali nampak benda alah ni terus teruja masing2


 ha tu kitorang kat atas sekali tu, nampak?
ok nampak sangat aku tipu


dah puas dok tengok orang main, kitorang beli lah token siap2


dan sebagai persediaan tambahan, ke toilet lah dulu para peserta sekalian
hohoho


siap semua. dan kami pon naik atas tu terjerit terlolong lantak sebab kompom takda orang kenal korang pon kat atas tu.yang naik pon entah sapa2 kan. jadi buat jela apa yang anda suka. kepada yang tension, time ni lah nak lepas tension. takyah nak terjun2 jambatan pulau pinang (eh?) segala, naik ni kau jerit puas2. nak nangis pon nangis lah. yang penting masa agak2 nak berhenti tu kau terus buat2 senyum macam takda apa berlaku kat atas. baru nampak cool.huhuhuhu

awek cun sekali seantero donia

lepas puas tu, naik pulak naik nate pusing2 ni. yang ni betul2 nate wei. aku pening2 lalat, cicak, tebuan, lebah semualah. siyes memeningkan. dia pi pusing maintain 90darjah menyenget dengan kelajuan yang maintain jugak tak berubah2. memang aku layan dulu awal2 siap depang2 tangan syok berangin kan. tapi bila dah nak berhenti terus pucat lesi wei gua. turun je terus muntah kfc makan sebelum tu. abang2 tepi tu yang sibuk tanya ok ke tak gua tak layan pong. carik nahas bro2 tu, nasib baik je gua tengah pening time tu. fine fine fine.

dan oleh sebab2 yang dinyatakan di atas, kitorang pon pulang ke rumah tanpa pergi ke BP walk seperti yang dirancang. yelah kan kita hanya mampu merancang. hahaha.
maaf semua. janji lain kali tak buat lagi. janji.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...